25 Mei 2015

Pendarahan Awal Kehamilan


Bismillah wal hamdulillah

Sejak akhir2nie bnykja dengaq crita kehamilan kawan2...diri sendiri?belum lagikot...eheh...Alhamdulillah sikecil sya pn d 3thn...rezki belum lagi....tp x merancang apa2 pn...teringin jgk nk pregnant balik.terkenang pengalaman2 awal pregnancy...morning sickness.tp teringt pulak time sya pregnantkn sikakak Tasneem.awl2 pregnant sya mengalami bleeding..mmg menakutkan.mna x nya..setahn jugak sya menunggu...Risau mmg pastilak smpai 2,3 O& G jgk saya pegi...


Pendarahan Awal Kehamilan


Jom hrnie sya nk berkongsi dengan semua.

Pendarahan faraj atau spotting  yang berlaku awal kehamilan dikatakan perkara biasa dan ianya kerap terjadi.Selalunya adalah darah yang lebih kepada warna coklat dan merah jambu dan biasanya terjadi 1-3 hri sahaja.


Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil? 

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:


  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai firoid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.



Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?

Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Pastikan juga anda menjaga pemakanan diawal kehamilan dan pastikan anda berjumpa dengan pakar sakit puan sekiranya keadaan berterusan.





ikhlas penuh Cinta:




Fakhrati Aziz
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD Yan/Guar/Gurun/Bedong/SP/Alorsetar
Shaklee ID: 928633 asiahyusra84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0124322400 https://www.facebook.com/fakhrati.aziz

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya