26 Jun 2015

6 Tip Kekalkan Susu Ibu ketika Berpuasa

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan

Ramai ibu-ibu yang berasa gusar susu akan berkurangan apabila tibanya bulan puasa. Sama jugak seperti saya tatkala menyusukan Kauthar 2013 dan 2014.
Apabila anda memutuskan untuk berpuasa ketika masih lagi menyusukan sikecil, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami dengan jelas konsep penyusuan susu ibu.

Ketahui bahawa ketika bayi menyusu, saraf-saraf berkaitan penyusuan akan memberi rangsangan kepada kelenjar di otak iaitu hipotalamus bagi membolehkan ia menghasilkan hormon prolaktin dan oksitosin. Seterusnya prolaktin akan meransang sel-sel payu dara untuk menghasilkan susu ibu. 

Sementara itu oksitosin pula akan membantu dengan menyebabkan otot-otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu dari puting.

Tetapi 1 perkara yang ibu-ibu harus ingat...
Sedikit atau banyak jumlah susu tersebut dihasilkan adalah bergantung kepada kekerapan bayi menyusu secara langsung dipayu dara. Semakin kerap dia menyusu, semakin banyak susu ibu dihasilkan.

Dalam pada itu, bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa dan pada masa yang sama susu ibu dapat dihasilkan seperti sedia kala. maka ibu-ibu dicadangkan mengikut panduan di bawah.


1. Makan 3 kali sehari
  • Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa anda tetap perlu makan tiga kali sehari iaitu ketika bersahur, berbuka dan moreh. Sementara itu, ketika berpuasa, pastikan anda makan sedikit tetapi kerap.


2. Makan makanan seimbang


  • Sewaktu sahur, berbuka ataupun moreh ibu perlu memastikan bahawa makanan yang diambil adalah makanan yang seimbang. Biarpun pelbagai juadah makanan yang dijual di Bazar Ramadhan mungkin membuatkan anda rambang mata sehingga membeli makanan berlebihan dan tidak memenuhi keperluan pemakanan sihat. Jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya makanlah mengikut saranan Piramid Makanan.

3. Makan Kurma
  • Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Ia turut kaya dengan protein, serat, gula, Vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. kandungan protein untuk sebiji kurma adalah antara 1.8  hingga 2.0 %, 2.0 hingga 4.0 % serta manakala kandungan gulanya pula adalah 50 hingga 57 %.
  • memandangkan anda memerlukan tambahan kalori, jadi kurma adalah makanan yang paling ideal. Ibu-ibu digalakkan untuk memakan 3 hingga 7 biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya waktu bersahur.

4. Pengambilan banyak cecair
  • Jumlah cecair yang perlu ibu ambil adalah 3 liter sehari atau lebih. Ianya penting untuk dititikberatkan. Ibu digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Cara mudah untuk memastikan and mendapat bekalan air mencukupi ialah dengan meletakkan bekas berisi air kosong ditepi katil agar anda dapat meminumnya ketika terjaga sebentar daripada tidur sebelum waktu sahur.
  • Selain air kosong, jenis cecair lain yang boleh diambil ialah dari jus buah-buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti minuman coklat, bermalta dan susu segar. Air panas juga dipecayai membantu melancarkan susu ibu. 
  • Elakkan minuman berais atau sejuk terutamanya ketika waktu bersahur atau berbuka. Hal ini kerana air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori sekaligus membakar kalori berlebihan

5. Kerap menyusu dan mengepam
  • Bagi memastikan lebih banyak susu dihasilkan, maka  anda perlu kerap menyusukan bayi. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, anda perlu kerap mengepam payu dara. Semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Proses mengepam payu dara boleh dilakukan di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Ketika ini, kebiasaannya kuantiti susu ibu lebih banyak.

6. Bertenang dan yakin diri
  • Anda perlu sentiasa yakin dan positif bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk melengkapi keperluan anak. Perasaan risau yang dicetuskan oleh diri anda sendiri akan menjejaskan fungsi hormon oksitosin untuk mengeluarkan susu ibu. Fikiran yang tenang, tubuh yang relaks dan sifat yakin secara tidak langsung akan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.



ikhlas penuh cinta 
-ummi tasneem & kauthar-
0124322400

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya