1 Oktober 2018

TIP ATASI ALAHAN KEHAMILAM


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua... Dah lama rasa ummi X updatekan. Sibuk dengan kerja-kerja Opis Dan hal anak-anak. Alhamdulillah kandungan ummi dah memasuki trimester ke dua. Baby dah 3 bulan Dan membesar dengan jayanya.. 

Pengalaman mengandungkan Anak ke 4 nie memang betul-betul menduga kekuatan. Yalah pengalaman Anak sulung hingga Anak ke3 ummi okja. Since preggy anak ke 4 ni ummi memang mengalami alahan yg agak teruk.Bangun awal pagi memang perut tak boleh kosong Dan loya-loya sepanjang hari. Terasa nk muntah sepanjang masa. Bukan muntahpun, cuma sekadar angin yang keluar. Nak makan pun terus hilang selera.  Sekarang nak tengok phone pun rasa tak lalu Dan nak muntah. Hari tue ada mintak En.baba belikan asamko habuan hilangkan loya-loya tapi biasalah, suami tersayang suruh makan buah epalja..hasil bertanyakan kawan-kawan ummi nak sharelah sedikit tip yang ummi amalkan untuk hilangkan Dan kurangkan loya-loya nie.



1. HIDU BUAH LEMON
  • Awal-awal haritue ummi memang nak dan terasa nak minum segala yang masam memandangkan pahit mulut. Kebetulan kat rumah memang lemon selaluja ada stok ummi suka ambil lemon yang dibelah dua dan menghidu bau lemon nie pepagi. Hahahha.. Memang bau lemon nie sangat menyenangkan. 

2. MINUM TEH HALIA
  • Azam ummi untuk kehamilan keempat nie adalah mengurangkan pengambilan gula dan makanan manis. Alhamdulillah ummi dah mula mengamalkan pengambilan Teh halia organic bagi mengurangkan loya dan angin.

3. PENGGUNAAN MINYAK AROMATERAPI
  • Antara minyak yang ummi amalkan sepanjang kehamilan kalinie adalah penggunaan YOUNG LIVING OIL iaitu antara essential oil terbaik dunia. Antara favourite ummi adalah essential oil LEMON DAN R. C. Memang terbaik... Boleh hilangkan sakit Kepala Dan loya-loya ummi. 

4. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
  • Alhamdulillah nie memang en.suami punya cadangan. Beliau selalu ingatkan saya utk ambil makanan tepat pada waktu bagi memastikan angin dan sebu dalam perut kurang. Pastikan pengambilan makanan pada waktunya dan ambil dalam jumlah yang sedikit tapi kerap. 

5. DAPATKAN REHAT YANG SECUKUPNYA
  • Last tip dari ummi ialah dapatkan rehat secukupnya bag memastikan tubuh Dan Minda kita dapat berehat secukupnya. Tekanan Dan kelihatan boleh membuatkan loya dan mabuk kehamilan menjadi lebih teruk Dan buruk. 

Sepanjang 3 bulan lebih nie ummi memang Cuba jauhkan instant food dan proses food bagi mengelakkan loya dan alahan ummi makin menjadi-jadi. En.baba dah pesan no asamko Dan jeruk-jeruk bagai.. Antara alternatif ummi ialah :



Kalau terasa nak muntah atau loya-loya ummi akan kunyah Chewable Vita C yg agak masam bagi membantu ummi atasi loya tersebut




Ummi jugak mengamalkan Papermint Ginger bagi melegakan angin dalam badan yang mengakibatkan sebu dan loya-loya. Ianya bagus untuk usus kita. 

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya