14 Oktober 2018

TIP NAIKKAN BERAT BADAN ANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Berat badan ideal si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6kg hingga 9.4kg manakala bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah dari 7.4kg hingga 8.8kg. Jika mengikut kepada carta pertumbuhan, bayi perempuan dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Jadi bagaimana untuk menaikkan berat badan si kecil dan mengambil kira sekiranya masih menyusu badan . Ada beberapa kaedah yang dicadangkan seperti : 




1. TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU

  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, teruskan memberi susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Teruskan penyusuan mengikut kehendak si kecil iaitu breastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia  enam bulan. 

2. KHASIAT PEMAKANAN YANG MENCUKUPI

  • Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360kcal sehari dan 23gm protein. Bermula usia enam bulan segingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan makanan buat si kecil terhadap makan pejal. 

3. PROTEIN UNTUK PEMBINAAN BADAN

  • Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gm isi ayam atau ikan memadai. 

4. MENGURANGKAN PEMBERIAN LEMAK

  • Sesetengah ibu gemar mengambil petua untuk menaikkan berat anak dengan lebih cepat seperti mencampurkan nasi dengan mentega. Lebihan lemak tidak membantu menaikkan berat badan yang sihat. Yang perlu dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein. Antara tip yang boleh diamalkan ialah double-frying contohnya menggoreng isi ayam kemudian dicampur dengan nasi goreng atau roti telur yang disapu dengan mentega. 

5. MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN 

  • Antara makanan yang kaya dengan B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya ialah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun pada usia setahun, makanan laut adalah tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.

6. TERUSKAN USAHA

  • Galakan terhadap makanan perlulah diteruskan. Jangan mengalah sebaliknya teruskan berusaha terutamanya bagi sesetengah kanak-kanak yang memilih dan cerewet (picky eater). 

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya