20 Oktober 2018

CARA MUDAH KECUTKAN JERAWAT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Wanita dan jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun hanya seketul ianya boleh merubah emosi seorang wanita. Pelbagai rawatan dibuat untuk mengecutkan jerawat yang baru nak tumbuh ini tanpa tinggalkan parut. Wanita sanggup lakukan apa saja untuk menghilangkan jerawat dan bekas parut yang tinggal. 

Antara tip mudah yang dapat kita lakukan bagi mengecutkan jerawat ialah :

1. SERBUK KULIT KAYU MANIS

  • Tumbuk sampai jadi serbuk kulit kayu manis. Serbuk nie boleh di blend menggunakan blender kering. Ambil  5-10biji bedak sejuk dan campur bersama setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis dan campur dengan air terus tempek di tempat yang ada jerawat yang baru timbul dan tempat parut2. Tunggu sampai kering dan bilas. Esok pagi jerawat anda pasti akan mengecut.



2. PES SERBUK KUNYIT

  • Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

3. JUS BUAH LEMON

  • Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH

  • Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
  • Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. WAP PANAS

  • Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

6. JUS TIMUN

  • Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

7. MADU

  • Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

8. KULIT BUAH OREN

  • Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

9. PEK AIS

  • Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

10. UBAT GIGI

  • Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya