2 Oktober 2018

CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Sakit kepala adalah satu masalah biasa yang dialami oleh semua orang. Ramai diantara kita yang pernah mengalami sakit kepala atau migraine berjam-jam atau berhari-hari lamanya. Pemgalaman ummi mengandung anak ke 4 ummi sering mengalami sakit kepala yang kadang-kadangnya berpunca dari cuaca panas. Sakit kepala ini boleh menyebabkan kita menjadi resah dan cepat marah.

Antara punca berlakunya sakit kepala ialah :

  • Tekanan
  • Kemurungan
  • Cuaca yang terlalu panas
  • Migrain (pengecutan saluran darah) 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Sakit gigi.
Sedikit tip yang boleh kita gunakan bagi mengurangkan dan mengatasi masalah sakit Kepala ialah :




1. URUT DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK PANAS
  • Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.
2. MINUM MINUMAN ELEKTROLIT
  • Kita juga boleh mengambil minuman elektrolit seperti 100 Plus Dan Revive bagi mengurangkan sakit kepala. a dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. 
3. MERENDAM KAKI DI DALAM AIR PANAS
  • Antara tip yang boleh di amalkan ketika berada di rumah adalah merendam kaki di dalam Air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, kita dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. 
4. MENGGUNAKAN PEK AIS


  • Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita merasa kebas . Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil Dan letakkan di atas kepala kita.
5. MEREHATKAN DIRI


  • Bagi sesetengah individu, pengambilan ubat bukanlah suatu keperluan memandangkan kesan yang akan rasa bukan bersifat kekal kerana sakit kepala kadang-kadang merupakan sakit yang akan berulang-ulang. Apabila sakit kepala menyerang dan kita berada di tempat yang sesuai kita disarankan untuk mengambil rehat seketika. Sekiranya berada di rumah kita boleh mengambil masa 30 minit untuk berehat seketika. 30 minit itu mampu memberikan rehat yang secukupnya untuk menghilangkan sakit kepala.


Antara supplement yang biasa di ambil untuk mengurangkan sakit kepala ialah B-Complex. Antara manfaat B-Complex ialah :

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya