28 Oktober 2018

MENGAPA BERLAKUNYA MASALAH KEBAS TANGAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Pernah tak anda tiba-tiba mengalami kebas-kebas tangan dan sakit di bahagian pergelangan tangan. Rasa kebas  tangan merupakan salah satu simptom yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Rasa kebas-kebas dan mencucuk pada tangan boleh berlaku secara berterusan ataupun seketika sahaja bergantung kepada penyebab.

Sebagai contoh, ia boleh disebabkan tekanan pada saraf ketika mana tangan dihempap oleh anda sendiri ketika anda sedang tidur. Ketika anda bangun daripada tidur, anda seolah-olah tidak merasakan kewujudan tangan anda. Tetapi keadaan itu akan beransur pulih dan hilang selepas tekanan tersebut dialihkan.

Saya sendiri biasa mengalami kebas-kebas tangan dan sakit dipergelangan tangan dan ianya makin kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Masalah kebas tangan yang berulang-ulang atau berpanjangan merupakan petanda kepada masalah sindrom Carpal Tunnel ataupun dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).




“CTS berlaku apabila saraf median yang terletak pada pergelangan tangan tersepit menyebabkan rasa kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan setengah bahagian pada jari kecil. Simptom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan melarat sehingga ke bahagian tangan dan lengan.” 
-Kol (B) Dr. Azmi Abdul Latiff, Perunding Ortopedik, Artoroskopi dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur

Tanda-Tanda Mengalami CTS

  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Punca Kebas Tangan

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kebas tangan ini berlaku. Ianya adalah:

1. Kencing manis 

  • Masalah ini merupakan salah satu masalah yang sering berlaku pada saraf periferi dan ia merangkumi 30% penyebab rasa kebas terutamanya pada bahagian kaki.
  • Dalam masalah kencing manis, ia akan bermula rasa kebas dan dicucuk pada bahagian kaki terlebih dahulu. Barulah ia akan naik ke bahagian atas seperti tangan. Lebih 2/3 daripada pesakit mempunyai simptom ini sebelum dia mengetahui bahawa dia sudah mengalami kencing manis.

2. Angin ahmar(strok)

  • Kerosakkan pada bahagian otak juga mampu memberi perasan kebas pada bahagian tangan pesakit

3. Sindrom saraf terperangkap (Nerve Entrapment Syndrom)

  • Ia boleh berlaku pada penyakit carpal tunnel syndrome, ulnar palsy dan juga radial nerve palsy

4. Penyakit yang melibatkan keseluruhan badan (Systemic disease)

  • seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakkan pada salur darah, keradangan kronik dna sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf

5. Kekurangan Vitamin

  • Kekurangan Vitamin seperti E, B1, B6, dan B12 adalah penting untuk perkembangan dan juga fungsi untuk saraf. Sebagai contoh kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan pernicious anemia yang merupakan menyebabkan utama masalah saraf neuropathy

6. Penggunaan alkohol

  • Penggunaan alkohol yang kerap akan menyebabkan kekurangan vitamin Thiamin dalam darah. Perkara ini akan banyak memberi kesan kepada bahagian saraf seseorang itu

7. Toksin

  • Logam berat seperti plumbum, arsenik, merkuri dan thallium dalam industri pembuatan seperti merkuri dalam produk kosmetik boleh memberi kesan kepada sistem saraf seseorang manusa.

8. Penyakit autoimun. 

  • Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah kebas tangan seperti Guillain-Barre syndrome, Systemic lupus erythematosus dan jugarheumatoid arthritis.

9. Kecederaan. 

  • Kecederaan yang melibatkan trauma seperti patah tulang belakang terutamanya kawasan tengkuk, ia boleh menyebabkan rasa kebas dibahagian tangan. Slipped disc dikawasan tengkuk juga boleh menyebabkan simptom ini berlaku


Contoh Pekerjaan yang Berisiko Mengalami CTS

  • Bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat
  • Pekerjaan melibatkan menaip berulang kali
  • Memandu kereta
  • Menjahit dan melukis
  • Penglibatan sukan yang menggunakan pergelangan tangan – pemain bola baling dan badminton
  • Pemain muzik professional

Faktor yang Menyebabkan Risiko CTS

  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok
Bagi mengatasi masalah kebas tangan ini, pesakit hendaklah berjumpa dengan pakar dan membuat rawatan awal bagi mengenalpasti punca berlakunya kebas tangan tersebut. Ianya penting bagi mengelakkan kebas tangan ini berlarutan dan menjejaskan pekerjaan kita seharian. 

Terapi juga boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah ini disamping penjagaan pemakanan yang mampu membantu mengurankannya. Antara supplement yang dapat membantu masalah ini ialah :


VIVIX

-Membantu dalam memperbaiki sel-sel, melancarkan perjalanan darah seterusnya merawat dalam masalah kebas serta dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol.


OMEGA GUARD

-Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflammatory ataupun anti-radang untuk membantu mengawal dan mengurangkan kesakitan dan bengkak.
- Omega juga berfungsi sebagai melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


OSTEMATRIX

-Antara kandungan utama ostematrix adalah kalsium di mana pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan arthritis.
-membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.


Kita juga haruslah mengambil langkah berjaga-berjaga bagi mengelakkan berlakunya masalah kebas tangan ini dengan mengelakkan melalukan kerja-kerja berat bagi mengurangkan risiko kecederaan. Pengambilan makanan yang sihat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit ini. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian



Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya