22 Oktober 2018

MAKANAN YANG MENYEBABKAN PUNCA JERAWAT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Sebelum ini ummi ada berkongsi dengan semua punca-punca terjadinya jerawat. Tahukah kita, pemakanan kita seharian juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat pada wajah. Terdapat beberapa jenis makanan yang menggalakkkan kehadiran jerawat. Pastikan makanan ini dapat dielakkan bagi mengurangkan kehadiran jerawat. 

Antara makanan yang menjadi punca jerawat ialah :


1. MAKANAN BERMINYAK 


  • Makanan bergoreng pasti menjadi kegemaran semua orang. Namun bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat makanan yang berminyak seharusnya dihindari untuk mengelakkan terjadinya jerawat.

2. SUSU


  • Susu sememangnya mengandungi kalsium yang bagus untuk tulang, akan tetapi pada zaman serba canggih ini, terdapat beberapa penternak lembu yang akan menyuntik lembu peliharaan mereka dengan hormon untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran produk tenusu. Akibat dari suntikan tersebut, kandungannya akan meningkatkan hormon pertumbuhan jerawat. Penggemar susu lembu bukanlah dikehendaki terus berhenti meminum susu lembu, namun dinasihati untuk mengambilnya dalam kuantiti sederhana.

3. ALKOHOL


  • Alkohol seringkali disalahgunakan oleh remaja masa kini. Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.

  • 4. GARAM

    • Garam yang dikatakan menjadi punca jerawat disini adalah pengambilan garam secara berlebihan yang akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan.

    5. KEKACANG

    • Sejak dari dahulu lagi mitos mengatakan kekacang merupakan punca jerawat. Kacang tanah sangat sensitif terhadap kulit muka yang akan mengkibatkan jerawat kerana kacang tanah mengandungi minyak yang merbahaya terhadap kulit wajah.

    6. KARBOHIDRAT OLAHAN

    • Karbohidrat olahan seperti roti, pasta dan sebagainya mengandungi gula yang berlebihan yang akan mengakibatkan pori-pori khususnya pada wajah tersumbat sekaligus cepat menimbulkan jerawat.


    7. KERANG KERANGAN

    • Bagi mereka yang menggemari makanan seperti ini adalah digalakkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pengambilan kerang-kerangan tersebut. Pengambilan secara berlebihan dan terus menerus akan mengakibatkan kerosakan pada kulit dan mempercepatkan pertumbuhan jerawat.

    8. KUNING TELUR

    • Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.

    Jika anda mempunyai acne-prone skin, kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit berjerawat, cuba elakkan makanan seperti di atas. Di samping itu, penjagaan kulit harian adalah sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kulit.

    Tiada ulasan:

    Daisypath Anniversary tickers
     

    Followers

    About Me

    Foto Saya
    Fakhrati Aziz
    Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
    Lihat profil lengkap saya