13 Oktober 2018

CARA ATASI SEMBELIT ANAK



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Sembelit kerap terjadi dikalangan kanak-kanak dan ianya menyebabkan ibu bapa memandang ringan masalah ini. Mereka biasanya mengandaikan ianya adalah perkara biasa yang terjadi sepanjang pembesaran anak-anak terutamanya dalam proses memperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. 

Sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses membuangdan najis itu adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.



PUNCA SEMBELIT

Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT

1. TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR

  • Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.


2. HIDANGKAN MAKANAN YANG BERSERAT TINGGI

  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun, epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit. Serat tidak boleh dicerna , tetapi ia boleh membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala makanan yang tinggi lemak, gula, berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit. 

3. PENGAMBILAN JUS BUAH-BUAHAN

  • Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit sebagai contoh prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus sebanyak 120-180ml sehari, manakala bagi bayi berumur enam bulan ke setahun tidak melebihi 120ml sehari. 

4. AKTIVITI FIZIKAL YANG MENCUKUPI

  • Aktiviti fizikal dapat membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya. 

5. JADUAL MAKAN YANG TETAP

  • Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar. 

6. PENGUBAHSUAIAN PADA DIET

  • Bagi bayi yang baharu diperkenalkan makanan pejal ketika berusia enam bulan, ibu bapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis anak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar dua ke empat hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka. 

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya