Bismillah wal hamdulillah
Anak anda mengalami sembelit?
Sembelit berlaku apabila air besar terkumpul lama di dalam usus besar dan menyebabkan usus besar menyerap terlalu banyak air. Ia mendorong kepada air besar yang keras dan sekaligus membuatkan ia sukar dilepaskan.
Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan:
- Kepayahan ketika membuang air besar atau tarikan pada otot pinggul yang menandakan kesan penahanan pergerakan usus.
- Sakit perut
- Kekejangan
- Terkencing secara tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh air besar menekan pada pundi kencing.
- Air besar yang terlekat pada seluar dalam anak disebabkan air besar yang telah penuh terkumpul keluar
Penyebab Sembelit
- Kekurangan serat makanan kerana serat makanan membantu melembutkan air besar dan memudahkan pergerakan usus.
- Sesetengah ubat boleh menyebabkan ketidakselesaan ini. Ibu bapa yang meminta nasihat doktor bagi masalah usus anak mereka seharusnya memaklumkan doktor mengenai ubat ubatan yang sedang diambil anak mereka.
- Menahan proses pembuangan air besar
- Penyahidratan yang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
- Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar merekakurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
- Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
CARA ATASI SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK
1. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Latih anak-anak untuk minum air kosong. Minum air kosong dapat menghindari sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.
2. PELBAGAIKAN MAKANAN FIBER
Contoh makanan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan
seperti ini membantu pergerakan usus lebih lancar dan melancarkan pembuangan. Anak-anak
saya memang suka makan semua jenis buah, kecuali yang masam-masam, tak kiralah
buah-buahan tempatan ataupun luar negara.
3. TEKNIK URUTAN
Ini saya belajar masa anak pertama dulu. sesuai bagi bayi
bawah 6 bulan yang belum diberi minum air kosong mahupun makanan pejal. Caranya
baringkan bayi, cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini
adalah untuk merangsang pergerakan najis dalam usus lebih lancar.
4. AMALKAN SUPLEMEN MUDAH HADAM
Saya akan memastikan anak-anak akan mengambil Mealshake dalam 1 hari. Mudahnya Mealshake ini sebab ianya boleh dicampurkan ke dalam minuman kegemaran mereka. Dulu saya campur dalam Milo, sekarang dengan Vico. Kalau anak-anak masih minum susu botol boleh dicampurkan dalam susunya. Rasa memang sedap, sebab perasa vanila dan baunya wangi.
ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
2 ulasan:
Anak saya pun suka mealshakes. Takde sembelit dah sekarang.
Tips Mengatasi Sembelit
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-mengatasi-sembelit.html
Catat Ulasan