Memaparkan catatan dengan label Tips Ibu Bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Ibu Bapa. Papar semua catatan

6 November 2015

Tip elak anak jadi "hantu" tv & gajet


Bismillah wal hamdulillah

Inginkan si kecil yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Menjadi kelaziman untuk kanak-kanan pada masa kini ketagih dengan televisyen dan juga gajet. Jom kita ketahui tip atau cara yang dapat mengurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan dan juga gajet.


  • Libatkan anak-anak dalam aktiviti yang anda lakukan seperti membuat kerja rumah, menyediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau menolong anda membacakan resepi untuk hidangan makan malam anda. Ianya tentu menyeronokkan.
  • Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk menyerlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
  • Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti membuatkan mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga
  • Ibu bapa juga seharusnya mengurangkan waktu penggunaan gajet anak-anak. Luangkan lebih masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap media sosial.Anak-anak perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
  • Tanya kepada anak-anak apa yang mereka ingin lakukan selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian mereka dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu lebih mengujakan mereka.
  • Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Kanak-kanak belajar kedua-dua kognitif dan intuitif, memerhatikan hubungan dalaman halus dalam alam semula jadi di antara manusia. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanan membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
  • Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa dan benda baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan. 

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

16 Oktober 2015

The 3rd

Bismillah wal hamdulillah

Melalui fasa baru yg dh lama ummi tinggalkan...cewah!hahhaa...3thn dlu.fuhhh!melalui fasa bru,d umur yg baru nie mmg menguji iman.mmg terasa lambatnya lahai masa nie...
Upsss,nk crita tentang apanie sebenarnya?hahhaha.act, Alhamdulillah rezki Allah ummi dan keluarga bakal menantikan org baru d tahun hadapan.dugaan?biasala....alahan kan.cuma time mengandung kakak dan adik dlu x de lah mcm kalinie.Allah...pregnant kali nie mmg 3bln pertama,3 x ja kot masak...hahaha.terukkan??kikiki.Alhamdulillah mmg bnyk sgt hikmah pregnant kali nie.tp harapnya pengakhiran yg baik2 saja...segan jugak nk berkongsi crita.tp memandangkan kalinie mmg niat nak menulis tentang pregnancy dan kelahiran,biarlah sya "kongsikan" pregnancy kali nie dgn semua.

Si k.long mmg sgt independent...berak si adikpun kakak blh basuhkan...after mknpun mintk nk tlg ummi basuh pinggan.Alhamdulillah...si adik?hahaha...double merap la jwbnya...tmbah2 bila dh ckup 3thn ummi dh stop bf dia..jadi2 la jwbnya.hheheh.apapn moga 9bln nie dpt ummi laluinya dan dpt capai hasrat ummi utk vba2c dis coming khalifah...InsyaAllah...

Bila Allah rezki kan ummi dgn yg ke3 nie...ummi sentiasa doakan sahabat2 ummi yg Allah uji dgn rezki cahaya mata agar dikurniakan zuriat buat semua....


Salam cinta ikhlas dari:
-ummi tasneem & kauthar-

15 Oktober 2015

14 TIP MUDAHKAN ANAK BERPAKAIAN SENDIRI



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Pernah x mommy2 semua marahkan sikecil kita bila x nak pakai baju sendiri?hehehe...saya pun slalu jgk marahkan si adik bla asyik nk tgu kitaja untuk pakaikan baju.Yala...mcm saya, bla dh suruh si kakak dgn si adik mandi,mmg baju dorg berdua saya dah letakkan sesiap atas katil. Kalau yg kakak, mmg kluarja toilet dia akan pkai sndri...tp klu si adik,kita sibukpun mmg tunggu jela jwbnya..kekadang geram jgk...dh 3 tahun kot.mmg patutpun pakai sndiri..kekadang tue, ada pulak jwbnya..."tangan adik sakitla miii"..."adik kecik lagila...mana blh pakai sendiri"..see,mmg geram kot.heheheh...

ok..saya rasa, pada usia anak-anak saya nie mmg dorang dh sepatutnya berdikari dan cuba melakukan banyak perkara sendiri..ada beberapa tip yang saya akan kongsikan bagaimana untuk memulakannya supaya mommy2 tidak tertekan dan kita bersama boleh melatih anak2 mamakai sendiri pakaian mereka.



MANFAAT ANAK BERPAKAIAN SENDIRI

  • Memajukan kemahiran motor halus dengan membutangkan dan memasang zip baju dan seluarnya sendiri
  • Keupayaan motor kasar juga boleh dilatih apabila sikecil kita menyarungkan seluar atau skirt di mana dia perlu berdiri denan satu kaki dalam satu masa sahaja.
  • Si kecil boleh menajamkan kemahiran kognitif kerana semasa memakai pakaian dia akan merancang dan berfikir apa yang perlu disarung dahulu.
  • Inisiatif dan memberikan tumpuan untuk menyudahkannya
  • Si kecil juga belajar jenis-jenis baju , warna dan corak.
  • Si kecil juga belajar membuat sesuatu dalam jangka masa singkat dan mengingatkan mereka tentang masa ketika bersiap.
Buat mommy2 anda boleh mulakannya dengan beberapa langkah kecil iaitu :

LANGKAH 1
  • Biarkan si kecil anda memilih pakaian yang dipakainya sendiri. Mommy hanya perlu memberitahu pakaian yang sesuai  dengan majlis yang akan dihadiri. Contohnya adik akan menghadiri majlis kenduri kawin...adik boleh memilih baju kurung untuk dipakai.
LANGKAH 2
  • Kemudian barulah mommy mula menyuruh si kecil menanggalkan pakaiannya. Permulaannya mungkin agak sukar kerana si kecil masih belum terbiasa namun lama kelamaan dia akan semakin mahir.

LANGKAH 3
  • Selepas itu bolehlah mommy menyuruhnya menyarungkan pakaiannya sendiri.

LANGKAH 4
  • Arahkan si kecil untuk membutangkan dan memasang zip pakaian sendiri. Pada permulaan, butangkan separuh dan biarkan ia menyudahkannya. Berikan si kecil masa untuk melakukan tugas ini secara mahir.

LANGKAH 5
  • Kemudian sikecil boleh mencuba untuk memakai tali pinggang dan meyarungkan stokin dan kasutnya sendiri.
14 TIP MUDAHKAN SI KECIL BERDIKARI DALAM BERPAKAIAN SENDIRI

  1. Mulakan dengan pakaian yang mudah seperti baju T, seluar berpinggang getah dan sebagainya
  2. Lubang butang besar atau menggunakan pelekat Velcro lebih mudah si kecil
  3. Baju T atau seluar dalam yang mempunyai gambar dibahagian depan memudahkan si kecil memastikan hala depan bajunya semasa memakai.
  4. Pilih pakaian yang elastik dan selesa untuk digunakan pada peringkat permulaan latihan.
  5. Sesuaikan kemahiran  kepada usia si kecil dan jangan mengharapkan hasil yang sempurna seperti orang dewasa.
  6. Tempoh masa yang lebih realistik
  7. Lebih baik mommy mengajarnya langkah yang terakhir dahulu dan undur kembali mengikut urutan.
  8. Jika mommy menyokong dan bersikap positif, si kecil akan lebih mudah bekerjasama. Berikan pujian sepanjang proses pembelajaran walaupun si kecil melakukan kesalahan.
  9. Mommy juga boleh menerapkan tentang aspek aurat dan pakaian apakah yang sesuai menutup aurat
  10. Disamping itu, mommy boleh meminta bantuannya menguruskan pakainnya sendiri dengan memasukkan kain kotor ke dalam bakul khas, melipat dan sebagainya.
  11. Katakan kepada si kecil pakaian kotor perlu dicuci dan tidak boleh dipakai selagi belum dicuci.
  12. Biar si kecil memakai pakaian di atas lantai untuk memudahkannya menyarung pakaian. Bukan di atas kerusi atau katil.
  13. Simpan pakaian di dalam almari atau laci yang mudah diakses si kecil.
  14. Labelkan dengan gambar bagi setiap laci untuk memudahkan pakaian ditemui si kecil

Moga perkongsian ini dapat membantu mommy2 mendidik si kecil kita dalam memakai pakaian sendiri.

ikhlas penuh cinta

-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

10 Julai 2015

Tip pemilihan tema sambutan hari lahir anak



Bismillah wal hamdulillah

Ogos bakal menjelang x lama lagi..ummi nie dh berkira-kira nk buat sambutan Hari Lahir si adik Amal Nur Kuathar yang ke-3. Almaklumlah, si bongsu nan tercinta..Bongsu la lagi buat sementara waktu nie.Dah berkira-kira ummi nie nk pilih temanya...Frozen?tp si kecik nie pelik sikit...minatnya Ben10, ultraman dgn superman. Mmg garu kepala la ummi nie..

Mommy2 kat luar sana pn pasti dalam dilema macam saya bla dh dkt hari ulangtahun kelahiran anakkan...dilemanya dalam nk memilih tema..Yala,pasti sambutan yang nak diadakan akan meninggalkan seribu kenangan buat si anak dan keluarga.

Harinie saya nk kongsikan beberapa tip buat mommy semua untuk pemilihan tema majlis sikecil anda nanti.



Langkah 1 : Ketahui minat si manja

Apa yang anak anda benar-benar suka? Sebaik mengetahuinya, anda bolehlah mula memikirkan tema yang bersesuaian dengan minatnya itu. Si kecil perempuan biasanya minat kepada sesuatu yang berkaitan dengan dunia puteri manakala yang lelaki pula suka kepada sesuatu yang lebih maskulin. Tanya dari hati ke hati kepada anak anda dan sama-samalah membuat keputusan tema yang bersesuaian. Antara tema yang biasa digunakan adalah :


  • Kereta
  • Adiwira seperti Ben10, Spiderman, Ultraman
  • Koboi
  • Haiwan 
  • Lanun
  • Karakter kartun -antara tema yang kerap digunakan

Langkah 2 : Bermain dengan warna kegemaran

Warna seringkali menjadi pilihan bila ibu bapa yang mahu mengadakan sambutan hari lahir buat si anak. Untuk itu, apa kata kita gunakan warna kegemaran anak anda sebagai tema majlisnya nanti. Selain daripada hanya bermain dengan warna, anda boleh memilih satu objek yang berhubung kait dengan warna kegemaran anak itu sebagai temanya.


Sebagai contoh objek serangga Lady Bug memang dominan dengan warna hitam dan merah. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan objek haiwan ini sebagai tema disamping warna merah dan hitam yang disukai anak anda itu. 


Langkah 3 : Watak kartun kegemaran

Watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak daripada program televisyen, filem, majalah mahupun komik boleh anda jadikan sebagai salah satu idea tema sambutan hari lahir anak anda. Sudah pastinya tema yang digunakan itu akan kelihatan comel dengan dekorasi karekter kartun yang bakal memenuhi ruang majlis.


Langkah 4 : Penggunaan hobi masa lapang 

Kanak-kanak yang mempunyai hobi tertentu pasti gembira apabila ibu bapanya memilih hobinya sebagai tema majlis sambutan hari lahir kelak. Jika anak anda suka melukis, anda boleh gunakan hobinya ini sebagai asas dalam menyiapkan semua keperluan majlis. Gunakan berus, pensel warna, krayon, warna air, kertas lukisan dan lain-lain dalam melatari dekorasi majlis istimewa anak anda. Berlainan bukan? Apa yang penting, anak anda akan suka dan anda sendiri akan berpuas hati dengan pemilihan tema menggunakan hobi ini. 


Semoga perkongsian ini dapat memberikan yang terbaik untuk mommy-mommy sekelurga. Pasti majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak anda menjadi satu moment yang tidak dapat dilupakan.



ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
012432400




Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya