Memaparkan catatan dengan label MASALAH : GDM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH : GDM. Papar semua catatan

6 November 2018

TIP KAWAL GULA DALAM DARAH DAN MENGURANGKAN MASALAH KENCING MANIS KETIKA MENGANDUNG



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Dalam entry sebelumnie ummi ada kongsikan dengan semua berkenaan GDM atau DIABETES  ketika hamil. Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis juga berisiko terjadi untuk ibu mengandung. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.


Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :
  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga 
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Penting bagi ibu mengandung mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat atau cucuk insulin sekiranya perlu. Sekiranya hanya perlu melakukan kawalan pemakanan, ibu mengandung bolehla mencuba beberapa tip bagi mengurangkan dan menghilangkan masalah kencing manis tersebut. 

Antara tip yang dapat dilakukan ialah:

1. MAKAN MENGIKUT JADUAL


  • Penting bagi ibu mengandung untuk mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi memastikan badan kita dapat menghadam dan  penghasilan insulin dalam tubuh berlaku dengan tetap. 
  • Penjagaan waktu makan adalah penting agar kita mendapat metabolisme yang baik. Pakar Nutrisi mencadangkan 6 waktu pengambilan makanan (sajian) sehari iaitu : sarapan, minum pagi, makan tengahhari, minum petang, makan malam dan minum sebelum tidur. 

2. MELAKUKAN SENAMAN RINGAN


  • Ibu mengandung juga digalakkan melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan kerana senaman ini mampu membantu membakar lebih banyak gula, mencegah gaya hidup tidak aktif dan dapat mengawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan. 
  • Lakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya dua kali sehari. Senaman ini mampu membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan meransang metabolisme badan. 

3. PENGAMBILAN MAKANAN SERAT


  • Serat merupakan sumber tumbuhan yang susah untuk dihadamkan. Serat adalah sangat penting kerana membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Serat juga memperlambat pengosongan perut dan mencegah sembelit.
  • Terdapat dua jenis serat iaitu :
            ❤Serat larut air : oat, kekacang, sayur–sayuran, buah-buahan.
            ❤Serat tidak larut air : produk bijirin penuh, beras perang, biskut mil penuh
  • Makanan berserat akan merangsang pengeluaran insulin secara seragam dan menghalang pelepasan insulin yang berlebihan ke dalam darah, membantu menyeimbangkan tahap insulin dan mencegah timbulnya diabetes. 

4. PENGAMBILAN PROTEIN



  • Makan makanan protein secara sederhana 2-3 hidangan sehari. Pilih makanan protein yang kurang lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging kurang lemak.
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

5. PENGAMBILAN VITAMIN

  • Vitamin D penting untuk beberapa proses dalam tubuh kita termasuk penyerapan vitamin dan nutrien penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat. Dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D seperti Susu, Salmon, Daging dan Cendawan. Badan kita akan dapat menyerap nutrien dari makan yang diambil secara berkesan & berterusan sepanjang hari. Vitamin D juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat di usus, yang penting untuk kehamilan yang sihat.

  • Vitamin C. Hasil beberapa penelitian menyatakan bahawa penghidap diabetes berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin C, oleh karena itu pengambilan vitamin C harus diperhatikan. Vitamin C sendiri juga memiliki peranan dalam mengendalikan kadar gula darah dan jumlah kolesterol pada penderita diabetes.
Antara suplemen yang dapat membantu masalah ini ialah : 


MANFAAT SET KEHAMILAN INI IALAH :

❤ESP :
  • Sumber protein yang memberikan tenaga secara berpanjangan. Bantu kawal gula dalam darah waktu hamil. Memelihara kesihatan & kecantikan kulit ibu dan bayi. Membantu pembentukan organ bayi.

❤Vitalea :
  • Multivitamin yang membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Mengandungi iron yang membantu meningkatkan hb.

❤Vitamin C :
  • Meningkatkan Antibodi, membantu melawan penyakit. Mencegah alahan dan masalah gusi berdarah. Menjaga kesihatan kulit ibu hamil untuk elak streachmark yang teruk.

❤Bcomplex with folic Acid :
  • Mengubah makanan menjadi tenaga. Anti-stress / kawal keseimbangan hormon ibu hamil. Menyokong tumbesaran janin secara sihat dan mencegah kecacatan pada janin.

❤Ostematrix :
  • Membantu memelihara kesihatan tulang dan gigi. Membantu mengatasi sembelit. Memberikan tidur yang lebih lena. Menghilangkan sakit-sakit badan, simpul biawak & rasa kebas waktu hamil.

❤Omega Guard :
  • Kandungan EPA & DHA menyokong perkembangan otak bayi. Mengawal kolesterol dan berat badan ibu hamil.



TESTIMONI HB LOW DAN GDM KETIKA HAMIL

Ibu-ibu mengandung bolehlah mencuba tip yang telah saya kongsikan di atas bagi membantu masalah kencing manis ketika mengandung. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi membantu mengatasi masalah anda. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian


22 November 2017

DIABETES KETIKA HAMIL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

APA ITU GDM??

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.


Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
o    Sejarah keluarga menghidap diabetes
o    Mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum hamil
o    Wanita hamil berusia 35 tahun ke atas
o    Pernah menghidap kencing manis di kehamilan sebelumnya
o    Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar atau melebihi 4kg
o    Wanita hamil kembar
o    Wanita hamil yang mengalami masalah terlalu banyak air ketuban

RAWATAN

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-

  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

SUPPLEMENT CADANGAN




1) Esp

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2) B Complex 

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3) Vitalea 

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix 

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin C 

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma, tips dan cara pengambilan yang betul dengan membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di Negeri Kedah dan inginkan produk Shaklee secara COD (Cash On Delivery) bagi kawasan Guar Chempedak, Gurun, Bedong , Sungai Petani, Yan dan Alor Setar boleh sms/whatsapp Fakhrati. 012.4322400
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya