Memaparkan catatan dengan label ISU : KANAK-KANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : KANAK-KANAK. Papar semua catatan

15 Oktober 2018

CARA MUDAH BANTU SELERA ANAK-ANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum...

Sebelum ini ada ummi berkongsi dengan semua sedikit tip untuk menaikkan berat anak.  Sesetengah anak-anak sukar untuk untuk menaikkan berat badan mereka memandangkan faktor kurang selera makan atau anak yang jenis memilih makanan. 

Ummi dahulu juga mengalami masalah yang sama dengan anak sulung yang jenis memilih makan. Ini mungkin kerana mereka telah terdedah dengan makanan proses dan sukar untuk mengambil real food seperti sayur-sayuran dan buahan. 

Kerana terlalu memilih makanan, berat badan mereka sukar untuk naik dan setiap kali rawatan kesihatan, akan berada di tahap yang tidak memuaskan. Si kakak juga mengalami pelbagai masalah seperti alahan kulit dan asthma berikutan masalah sukar makan dan terlalu memilih makanan. 

Alhamdulillah setelah menemui Meal Shake Shaklee, selera si kakak mula berubah. Hari nie ummi akan berkongsikan dengan semua, supplement set kanak-kanak Shaklee yang mampu membantu masalah anak-anak kita.



Set Kanak-kanak Shaklee


Mealshake :

  • Menambah selera makan , tingkatkan antibodi & pelihara kesihatan tulang & gigi. 

Omega Guard :

  • Mengandungi EPA,DHA & ALA yang bagus untuk perkembangan otak dah kesihatan mata. Bagus jugak untuk antibodi & bantu kanak-kanak untuk lebih fokus.


Vita Lea for kids :

  • Membekalkan keperluan vitamin & mineral yang secukupnya bagi membantu proses tumbesaran anak-anak.


1. Nutrien yang lengkap

  • Memberi 24 jenis A ke Z vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungilesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Bekalan nutrien utama untuk sel-sel tubuh  

  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran 

  • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Anti-oksidan 

  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen anti-oksida bertindak melawan jangkitan & anti-penuaan.
5. Mengembalikan Seri  Wajah  
  • Mengandungi vitamin B-Kompleks, zat besi, & copper yg cukup utk mbentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekali gus memberi komplikasi wajah/kulit yg cantik.
6. Detoksifikasi 

  • Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut / usus pergerakan) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

7. Rasa sungguh lazat sesuai utk semua golongan

  • Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi; penambahan segera nutrien yang perlu untukbadan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Testimoni Mealshake


6 Fakta Tentang Vita Lea for Kids

1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain
2. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

3. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

4. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

5. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

6. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.


Untuk info lanjut boleh pm ummi di 012.4322400 atau untuk pembelian blh klik link di bawah



14 Oktober 2018

TIP NAIKKAN BERAT BADAN ANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Berat badan ideal si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6kg hingga 9.4kg manakala bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah dari 7.4kg hingga 8.8kg. Jika mengikut kepada carta pertumbuhan, bayi perempuan dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Jadi bagaimana untuk menaikkan berat badan si kecil dan mengambil kira sekiranya masih menyusu badan . Ada beberapa kaedah yang dicadangkan seperti : 




1. TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU

  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, teruskan memberi susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Teruskan penyusuan mengikut kehendak si kecil iaitu breastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia  enam bulan. 

2. KHASIAT PEMAKANAN YANG MENCUKUPI

  • Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360kcal sehari dan 23gm protein. Bermula usia enam bulan segingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan makanan buat si kecil terhadap makan pejal. 

3. PROTEIN UNTUK PEMBINAAN BADAN

  • Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gm isi ayam atau ikan memadai. 

4. MENGURANGKAN PEMBERIAN LEMAK

  • Sesetengah ibu gemar mengambil petua untuk menaikkan berat anak dengan lebih cepat seperti mencampurkan nasi dengan mentega. Lebihan lemak tidak membantu menaikkan berat badan yang sihat. Yang perlu dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein. Antara tip yang boleh diamalkan ialah double-frying contohnya menggoreng isi ayam kemudian dicampur dengan nasi goreng atau roti telur yang disapu dengan mentega. 

5. MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN 

  • Antara makanan yang kaya dengan B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya ialah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun pada usia setahun, makanan laut adalah tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.

6. TERUSKAN USAHA

  • Galakan terhadap makanan perlulah diteruskan. Jangan mengalah sebaliknya teruskan berusaha terutamanya bagi sesetengah kanak-kanak yang memilih dan cerewet (picky eater). 

13 Oktober 2018

CARA ATASI SEMBELIT ANAK



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Sembelit kerap terjadi dikalangan kanak-kanak dan ianya menyebabkan ibu bapa memandang ringan masalah ini. Mereka biasanya mengandaikan ianya adalah perkara biasa yang terjadi sepanjang pembesaran anak-anak terutamanya dalam proses memperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. 

Sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses membuangdan najis itu adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.



PUNCA SEMBELIT

Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT

1. TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR

  • Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.


2. HIDANGKAN MAKANAN YANG BERSERAT TINGGI

  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun, epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit. Serat tidak boleh dicerna , tetapi ia boleh membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala makanan yang tinggi lemak, gula, berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit. 

3. PENGAMBILAN JUS BUAH-BUAHAN

  • Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit sebagai contoh prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus sebanyak 120-180ml sehari, manakala bagi bayi berumur enam bulan ke setahun tidak melebihi 120ml sehari. 

4. AKTIVITI FIZIKAL YANG MENCUKUPI

  • Aktiviti fizikal dapat membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya. 

5. JADUAL MAKAN YANG TETAP

  • Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar. 

6. PENGUBAHSUAIAN PADA DIET

  • Bagi bayi yang baharu diperkenalkan makanan pejal ketika berusia enam bulan, ibu bapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis anak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar dua ke empat hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka. 

10 Oktober 2018

ATASI MASALAH BATUK ANAK DENGAN OMEGA GUARD




Bismillah wal hamdulillah

Sebelum nie ummi ada postkn entry PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK ANAK. Alhamdulillah dah lama rasanya anak-anak tak de batuk atau penat. Kalau dulu-dlu memang time hujan dan sejuk-sejuk nie si kakak akan mudah mendapat alahan atau tak sihat badan. 






Antara supplement yang terbaik untuk anak-anak ummi rasa ialah OMEGA GUARD. Sedikit fakta tentang OMEGA GUARD ialah :
  1. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  2. Melindungi Jantung Anda : Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. 
  3. omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
  4. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  5. Omega guard shaklee mengandungi 90 capsules, pengambilan sehari 3 biji selepas sarapan adalah baik. Satu sajian omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.
  6. Omega guard dihasilkan melalui proses  proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega 3 sekaligus menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesies ikan. 
  7. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, serta penyakit buah pinggang
  8. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema psoriasis dll. 
  9. EPA dan DHA di dalam omega dapat membantu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan mental termasuk kemurungan
  10. Pengambilan Omega Guard mampu mengatasi masalah Mudah lupa dan susah untuk mengingat yang sering berlaku pada orang tua. Pengambilan Omega sangat penting untuk perkembangan membrane sel pada system Neurologi dari otak ke jalur signal.
Omega Guard Shaklee adalah pilihan terbaik untuk anda bagi semua peringkat umur. Bermula daripada
  • bayi dalam kandungan
  • kanak-kanak
  • orang dewasa
  • golongan remaja
  • lelaki & perempuan
  • warga emas
  • pelajar sekolah & penuntut kolej
  • Ibu hamil & ibu menyusukan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit jantung
  • Untuk seorang yang pelupa

Testimoni Pengguna yang mengamalkan Omega Guard untuk anak beliau. Tiada lagi pantang ais.


Tiada lagi ubat batuk dan selsema untuk anak-anak.


Testimoni anak lebih fokus dalam pelajaran


Testimoni pengguna : tiada lagi nebulizer dan admit wad. Alhamdulillah

Bagaimana Omega Guard membantu anda???

FUNGSI OMEGA GUARD
O
1. Meningkatkan sistem imun tubuh dan menyihatkan paru-paru

2. Membantu mengurangkan keradangan dalam paru-paru yang diakibatkan oleh jangkitan kuman


3. Meningkatkan sistem imun tubuh

4. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus.

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian





31 Disember 2017

6 CARA PUJUK ANAK UNTUK SERONOK KE TASKA DAN TADIKA


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua. .alhamdulillah atas nikmat setahun yg penuh indah Allah kurniakan pada kita..esok bakal menginjak ke tahun baru penuh dengan harapan dan semangat baru..anak2 pun semua akan mula bersekolah esok. Ada yg bakal memulakan  persekolahan pertama kali dan ada yang telah memasuki tahun ke 2,3, dan seterusnya.




Untuk mommy2 yang pertama kali hantar anak ke taska atau tadika,pastinya berdebar-debar nak melihat reaksi si anak esok.hehehhe.Entry sebelum nie ada ummi kongsikan tentang FAKTOR ANAK TIDAK MAHU KE TASKA DAN TADIKA dan harinie ummi nak share tentang cara pujuk anak untuk seronok ke taska dan tadika..Alhamdulillah pengalaman sendiri ketiga-tiga anak memang dihantar sepenuhnya ke taska dan tadika.



Actually, banyak sebb yang boleh menjadi punca yang menyebabkan anak tidak mahu ke taska dan tadika. Kita sebagai ibu bapa haruslah peka kepada masalah anak2. Antara tidakan yang boleh dilakukan ialah :



1. BERI PENDEDAHAN AWAL



Sebelum menghantar anak ke taska dan tadika buat pertama kali, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi gambaran awal dan mendedahkan anak-anak dengan situasi atau persekitaran bakal taska dan tadika yang mana mereka bakal di hantar. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sana seperri ramai kawan, guru yg baik serta tempat permainan.



2. LAWATAN KE TASKA ATAU TADIKA



Setelah memberi pendedahan awal, bawalah anak-anak ke taska dan tadika tersebut agar mereka tidak akan rasa asing di hari pertama. Kenalkan anak-anak kepada guru dan kawan-kawan agar merek Mudah mesra. 



3. LATIHAN BANGUN AWAL



Kanak-kanak seawal umur 4-6 memang sukar bangun pagi. Pastikan sebulan sebelum bermulanya sesi persekolahan kita telah melatih mereka untuk tidur dan bangun awal. Pastikan anak bersiap awal supaya kita sendiri tidak kelam kabut melayan karenah mereka. 



4. BELIKAN ALAT TULIS WATAK KARTUN KEGEMARAN



Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk suspaya anak berminat pergi ke sekolah. 



5. JANGAN AMBIL LAMBAT



Kanak-kanak tidak suka jika kita menganbil mereka lambat . Sila jauhi masalah ini kerana dikhuatiri kelewatan kita akan menjadi punca mogok mereka keesokan harinya. 



6. JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK


Pastikan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh dan guru di taska dan tadika agar ia dapat menimbulkan keyakinan kepada anak dan mereka berasa selamat dan sepanjang di taska.  Jika berkesempatan , berikan pujian untuk anak dihadapan pengasuh dan guru bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hatinya.


Nota Cinta :
Ummi Tasneeem.Kauthar. Ali
012. 432 2400


30 Disember 2017

5 PANDUAN MENGATASI KARENAH ANAK MENGIKUT CARA ISLAM.


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...

Menghadapi karenah yang anak letuskan tidak kira tempat dan masa pastinya menguji kesabaran diri. Tetapi terdapat beberapa tips berlandaskan agama yang boleh dipraktikkkan sejak daripada usia muda anak.



1.  AJAR ANAK MENCINTAI ISLAM

Pupuk rasa cinta anak kepada islam dan ajar dia untuk meneladani sifat Rasullullah SAW dan para sahabat. Itu adalah antara cara terbaik untuk menanamkan akhlak mulia kepada si anak. Apabila anak menjadikan Nabi SAW dan para sahabat sebagai idola sejak kecik, dia pasti akan berusaha mengikuti sifat baginda dan sahabat2 nya.  


2. TANYA PENYEBAB ANAK BUAT PERANGAI

Tanyakan kepada anak mengapa dia meragam. Ambil peduli dengan apa yang diluahkannya. Jika penyebabnya adalah sesuatu yang remeh, anda tidak perlu penuhi keinginannya. Anda perlu jadi seimbang dalam memberi perhatian. Jangan terlampau memanjakan anak pula.

3. BERIKAN PENJELASAN 

Setelah mengetahui penyebab yang menjadi punca, anda sebagai ibu bapa perlu menjelaskan kelebihan dan kekurangan yang bakal dilalui kesan daripada perbuatannya itu. Terangkan kepadanya dalam bahasa yang mudah difahami. Selitkan contoh2 daripada kisah Rasullullah yang anda tahu.

4. BERSIKAP TEGAS

Sekiranya selepas mendapat penjelasan si anak masih berkeras, jangan mudah mengalah ataupun anda pula bertukar menjadi pemarah. Anda hanya perlu bertegas kerana awalnya anak-anak mungkin merengek namun perlahan-lahan dia akan memahami bahawa walaupun berterusan mengamuk , anda tidak akan memberikan apa yang diminta. 

5. BERI PERHATIAN

Karenah anak yang mengada-ngada itu sebenarnya adalah petunjuk yang mereka mahukan perhatian dari anda. Oleh itu, usahakan supaya setiap hari anda sempat bermesra dengan mereka paling baik ialah peruntukkan sedikit masa terluang untuk dihabiskan dengannya sambil berbual-bual bertanya tentang perkembangan harian.

IKHLAS PENUH CINTA :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-

7 Disember 2017

4 TIP PEMILIHAN KERUSI KESELAMATAN (CAR SEAT) ANAK

Bismillah wal hamdulillah

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak semasa memandu kenderaan haruslah dititik beratkan. Amat berbahaya sekiranya memangku anak semasa kenderaan bergerak di jalan raya. Terdapat juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak melompat-lompat sedangkan malang itu tidak berbau. Kebanyakkan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan tiada kesedaran mengenai kepentingan penggunaan tenpat duduk anak. 


Secara umum terdapat 3 jenis kerusi keselamatan iaitu:

1. Infant car seat
  • Boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu. Kerusi ini perlu diletakkan menghadap ke belakang , maka ia lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi
2. Convertible car seat
  • Boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Kebanyakkan kerusi jenis ini bersesuaian untuk penggunaan dari bayi sehingga empat tahun. 
3. All in one car seat
  • Kerusi jenis ini boleh digunakan menghadap ke depan dan ke belakang dan boleh juga bertukar menjadi booster seat jika anak kita sudah mencapai peringkat umur yang bersesuaian.
Sekali pandang, kerusi keselamatan ini adalah seperti kerusi biasa. Namun setiap kerusi ini mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang berbeza. Oleh itu, terdapat 4 kriteria yang boleh di pertimbangkan sebelum memilih kerusi keselamatan ini. 


1. KELULUSAN JAMINAN TAHAN LASAK DAN KESELAMATAN
  • Pastikan kerusi keselamatan yang ingin di beli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594 : 1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan kerusi kerusi keselamatan tersebut berlabel E-Mark (European Standart ECE 44) yang tulen. Tempat duduk kanak-kanak mesti mempunyai kemampuan untuk dipasang dengan kemas dalam kereta. dengan kata lain ia mesti menepati piawaian ISOFIX (piawaian antrabangsa untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak dalam kenderaan).

2. REKABENTUK
  • Untuk bayi, tempat duduk yang menghadap ke belakang adalah yang paling baik. Jadi sebaiknya posisi ini dikekalkan selama yang boleh (kecuali anak kita semakin membesar). Pastikan kerusi ini mempunyai berat yang lebih dan had ketinggian yang sesuai dengan mereka yang sedang membesar. Ada model yang membolehkan anda memusingnya ke hadapan bila anak sudah besar. Jadi ianya masih boleh digunakan untuk bebarapa tahun. 

3. TALI PINGGANG BOLEH LARAS
  • Pastikan kerusi keselamatan anak anda mempunyai tali pinggang boleh laras agar boleh disesuaikan dengan berat anak. Tali pinggang ini sepatutnya boleh diketatkan dengan sebelah tangan sewaktu memandu. Pastikan bahagian kepala boleh laras juga bagi membolehkan kanak-kanak menggunakan tempat duduk tersebut dengan lebih lama

4. MESRA PENGGUNA
  • Jika anda kerap menggunakan kerusi keselamatan anak, sememangnya anda memerlukan jenis yang mesra pengguna. Ia membolehkan anda memasang dan membuka dengan mudah, boleh dilaraskan mengikut kesesuaian serta tempat duduk anak yang selesa. Ada juga kerusi jenis yang boleh dipusingkan 360 darjah supaya mudah anda mengangkat anak. Selain itu, ada juga yang mempunyai kusyen boleh ditanggalkan untuk memudahkan mencucinya. 
Sila pastikan pemilihan kerusi keselamatan untuk anak anda mengikut 4 kriteria yang tersebut. Ianya memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan ketika pemanduan. Buatlah pilihan yang bijak untuk kesenangan di kemudian hari. 

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

4 Disember 2017

BAGAIMANA NUTRIFERON MEMBANTU MASALAH DEMAM ANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Dah bnyak hari ummi x sharing something dengan kawan2 kan...Malamnie nak bercerita sedikit tentang immune booster anak-anak. Untuk mak2, immune booster senangja....Bagi 3k, konfirm cargasss. hahaha..

Minggu 3 minggu lepas la lebih kurang, ada kawan ummi pm nak NUTRIFERON. Untuk anak yang slalu x sihat. Fuhhh, kesian jgk...tau x waktu tue Shaklee mmg stop dah penjualan NUTRIFERON untuk laluan upgrading produk. Tp kerana kawan ummipun bertanyakan kengkawan yg lain. Memang semua keputusan stok. Almaklumlah HOT produk mmg slalu BOOM!!!.Nak nangis jugak sebb biasa mmg saya akan cuba cri juga utk kengkawan sya. Tapi main dengan NUTRIFERON nie apapun x blh.hehehe..

Nak jadi crita tup2 minggu lepas Shaklee keluarkan balance stok yang ada...tp limited edition gitu...mmg berpusu2lah manusia yang mula membeli dan x ketinggalan terkenangkan kawan tercinta. Tp biasalah, bila dah beli, x nak pulak. Ummi x kisahpun sebab mmg dh biasa dan kami sendiri pun mmg perlukan nutriferon untuk anak2. Pucuk di cita ulam mendatang...maka jadilah ia makanan kami sekeluarga.Hehehe...terima kasih kawan...

eh...ummi nak share tentang Nutriferon sebenarnya...

Apa Itu Nutriferon?

Nutriferon adalah penggalak imunisasi ciptaan pakar imun Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.

Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon

Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.


Bagaimana Nutriferon Membantu?
Nutriferon ini berfungsi untuk menguatkan sistem imun anak kita yang demam untuk benar-benar melawan jangkitan atau pnyakit yang dihidapi.

Sebabnya, demam ni berlaku apabila ada jangkitan dalam tubuh badan. 
Bila badan kita perlu melawan dengan virus, apa-apa kuman ataupun bila terdapat masalah dalam badan, badan kita akan memberi reaksi demam : tandanya badan kita sedang melawan dengan penyakit.
Macam Panadol atau Paracetamol, ia berfungsi untuk turunkan suhu badan apabila demam. Dalam masa yang sama, badan akan cuba untuk melawan sendiri penyakit tu. Harap kepada badan je la nak lawan sendiri. Jika badan lemah, lambat la nak berjaya melawan jangkitan.
Tapi dengan adanya Nutriferon ni, ia akan bantu lawan penyakit tu dari dalam dengan cara mengejutkan sistem immune kita untuk melawan jangkitan tu, yang menjadi punca demam.

Siapa Perlukan Nutriferon


Antara orang yang MESTI amalkan NUTRIFERON :

1. Mereka yang SERING sakit, selesema, demam
2. Ibu yang menyusukan anak yang demam atau sakit yang berpanjangan
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi
4. Mereka yang kerap ke luar negara
5. Mereka yang sering stress
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan (ACE) boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari
8. Mereka yang mempunyai ALERGI dan ECZEMA
9. Mereka yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat (makanan segera, jajan)
10.Mereka yang kurang bersenam
11.Mereka yang kurang tidur
12.Mereka yang mengamalkan minum alkohol & merokok

Cara Pengambilan :

-Ambil 1 hari sekali (1 sachet)
-Blh dimakan sahaja atau dbancuh dalam air masak.

Jom berkongsi beberapa testimoni pengguna nutriferon


Testimoni 1 : untuk sekeluarga

Testimoni 2 : Denggi 

Untuk Pembelian Nutriferon boleh klik button di bawah

 KLIK DI SINI



Nota Cinta Ummi :
Founder Akhtar Group
-012.432 2400






Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya