Memaparkan catatan dengan label TIP : KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP : KESIHATAN. Papar semua catatan

31 Julai 2018

AKTIF UNTUK KEKAL SIHAT




Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah...dah lama rasanya ummi x mencoret sesuatu kat blog nie.sunyi sepi rasanya. Almaklumlah mmg sibuk sungguh lately nie. Sibuk dengan tugas hakiki dan tugas2 tambahan. Alhamdulillah selesai akhirnya Karnival Sukan Guru dan Kakitangan MRSM/MARA Zon Utara 2018. Ummi dan kawan2 mewakili maktab untuk sukan PingPong, Karom dan Bola Tampar. Fuhhh...mmg penat bila 3 minggu awal kami dh mula training. Walaupun kalah mmg berbaloi oiii.hahaha...Muka burn teruk. Mmg makan masa nak cerah balik.

Jom kita sharing sikit gambo2 atlet...Ummi bukan pndai sgt main, tapi mmg dh tekad utk terus mengaktifkan diri untuk kekal sihat sepanjang masa...Yalah, ambil supplement bukan  makna x payah exercise bagai kan.hehehe



Team Bola Tampar...BFF gitu





Ummi dan adinda dan anakanda...



Time Games

25 Disember 2017

KHASIAT HERBA YANG SELALU KITA TEMUI DI RUMAH



Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum.

Herba boleh disifatkan sebagai tumbuhan atau bahagian tumbuhan  yang digunakan untuk tujuan perubatan atau bau aromatik yang harum atau pedas. Bagi wanita yang suka memasak. Terdapat beberapa herba yang wajib ada di rumah tidak kira d tanam sendiri ataupun dibeli. 

Herba ini merupakan keperluan yang wajib ada untuk memasak. Penggunaan herba ini tidak terhad kepada satu bahagin tumbuhan sahaja. Buah, daun, akar sehinggalah kulit kesemua bahagian tumbuhan ini boleh membawa seribu satu kebaikan kepada tubuh badan.  Jom berkongsi manfaat serta kebaikan beberapa herba yang biasa kita gunakan di rumah seperti :


1. HALIA



Halia membantu bagi proses menguruskan badan di samping mengatasi masalah perut buncit. Ia juga baik untuk lelaki untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Bagi mereka yang mengalami sakit kepala, halia membantu mengurangkan rasa sakit serta ia juga boleh mengurangkan rasa mual dan masalah ketidakhadaman.

2. KULIT KAYU MANIS



Kulit kayu manis membantu mengurangkan masalah selesema dengan cara mengunyah atau campur sedikit kulit kayu manis di dalam susu dan minum. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah senggugut. Sekiranya anda mengalami masalah sakit gusi dan masalah nafas berbau, berkumurlah dengan air kulit kayu manis.


3. LADA HITAM



Lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit birit dan melawaskan kencing. Caranya mudah, rebus dua sudu lada hitam yang telah dibersihkan dengan dua cawan air. Tapis dan minum.

Daun pokok lada hitam juga boleh merawat demam panas. Caranya dengan menumbuk hancur daun lada hitam dan sapukan di dahi.

4. SERAI




Pengambilan teh serai ketika sedang haid dapat mengurangkan gejala senggugut dan mual. Minum serbat (ait rebusan) serai ketika hari panas dapat membantu menyejukkan badan.

Serai juga boleh membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

5. LENGKUAS




Daun lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Caranya mudah, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di kawasan panau. Ulang beberapa kali.


Untuk mencegah rasa mabuk laut dan rasa mual, kunyah beberapa hirisan lengkuas. Lengkuas juga boleh menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, pertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan perawatan rambut. 
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya