Memaparkan catatan dengan label MASALAH : SEMBELIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH : SEMBELIT. Papar semua catatan

5 November 2018

ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Sembelit ialah perkara biasa yang terjadi kepada lelaki ataupun perempuan dan tidak mengira masa. Bagi kaum wanita, mengalami sembelit ketika memalui tempoh kehamilan adalah sesuatu yang menyakitkan. Ia boleh jadi bertambah teruk apabila bayi semakin besar dalam perut ibu. Sembelit semasa mengandung disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan.



SEMBELIT KETIKA HAMIL

Ibu hamil boleh cuba buat beberapa perubahan dalam gaya hidup harian untuk membantu pergerakan usus dan mencegah sembelit semasa kehamilan.
Di bawah ini antara beberapa contoh yang boleh anda buat:
  • Banyakkan minum air seperti air masak, jus buah-buahan terutama jus buah prune yang boleh melembutkan najis.
  • Jalan kaki setiap hari atau melakukan aktiviti aerobik ringan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang selamat semasa mengandung.
  • Tambah makanan yang ada tinggi kandungan serat. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah contoh makanan yang bagus untuk kesihatan dan boleh melancarkan sistem pencernaan.
  • Anda juga boleh rujuk pada pakar pemakanan tentang makanan yang kaya dengan zat besi supaya anda boleh mengelak dari mengambil vitamin dan zat tambahan yang boleh menyumbang kepada sembelit.

RAWATAN BAGI MENGURANGKAN SEMBELIT

Anda mungkin pernah dengar tentang remedi-remedi yang boleh dilakukan di rumah yang boleh membantu masalah sembelit.
Tapi tidak semua petua ini selamat untuk ibu hamil! Berikut adalah beberapa remedi yang  selamat:
  • Makanan yang ada kandungan serat yang tinggi seperti prun, roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit. 
  • Anda boleh cuba makan laksatif semulajadi seperti senna untuk merangsang pergerakan usus. 
  • Banyakkan minum air dan lakukan senaman yang kerap 
  • Makan makanan yang kaya dengan probiotik untuk membantu mengubah flora usus dan merangsang fungsi usus.
  • Anda boleh menggunakan sesetengah laksatif dan pelincir tertentu seperti minyak mineral, bran, dan psilium dengan selamat semasa mengandung.
  • Masukkan jus yang diperah dari setengah biji limau ke dalam segelas air suamdan minum campuran ini setiap pagi untuk meningkatkan pergerakan usus.
  • Sesetengah orang kata sup kobis juga boleh membantu pergerakan usus.
  • Minum segelas susu hangat sebelum tidur dan ini boleh membantu melancarkan pergerakan usus semasa kehamilan. 
Disamping itu, terdapat suplemen yang dapat membantu ibu-ibu mengatasi sembelit disepanjang kehamilan. 


Antara mereka yang memerlukan OSTEMATRIX ialah ibu hamil. Ianya membantu :

Antara kebaikan Shaklee Ostematrix :
  • Tidur malam lebih lena
  • Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
  • Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas ( saya sering alami sejak awal mengandung)
  • Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya
  • Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.


BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT???


  • Magnesium yang terdapat didalam Ostematrix  akan membantu dalam pergerakan otot² usus membawa najis keluar dari badan kita... Disamping itu ianya juga akan memastikan keadaan didalam usus besar sentiasa lembab dengan menarik kandungan air disekitarnya bagi memastikan  najis tidak menjadi keras agar mudah disingkirkan keluar dari badan..


TESTIMONI SET MENYUSU BAGI IBU BERPANTANG


  Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

  Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

  Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Sekiranya anda mengalami 3 tanda di atas, pastikan anda mendapatkan OSTEMATRIX dari saya bagi membantu mengatasi masalah anda. Sekiranya masalah sembelit anda masih berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor bagi membantu anda. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


4 November 2018

MAKANAN YANG MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit sekrinya tidak di atasi dapat menimbulkan masalah yang lebih besar kepada penghidapnya. Antara bahaya sembelit ialah : 



  • Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus.
  • Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.
  • Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala
  • Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.
  • Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.
  • Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Antara cara mudah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah sembelit adalah penjagaan pemakanan. Antara langkah tip pengambilan makanan yang dapat dilakukan ialah :

1. BUAH BETIK


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. LOBAK MERAH



Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.

3. CUKA EPAL


Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

4. CINCAU


Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

5. DAUN KUCAI


Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

6. PENGAMBILAN SUPLEMEN

Pemilihan suplemen yang tepat juga mampu membantu masalah sembelit. Antara cadangan suplemen ialah :

MANFAAT VIVIX UNTUK SEMBELIT :

  • Salah satu bahan di dalam VIVIX ialah anggur muscadine. Ia mengandungi serat yang tinggi berbanding oat menjadikannya sumber diet terbaik. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7 gram serat. 
  • Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.





MANFAAT OMEGA GUARD :

  • Baik untuk sendi dan otot.Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat dari tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
Pastikan anda telah mengamamalkan pemakanan yang sihat mengikut diet yang tertentu bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit dan ianya dapat diatasi dengan langkah awal.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, anda bolehlah menghubungi saya. 

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

29 Oktober 2018

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Pernah ada sahabat anda yang mengadu beliau tak boleh membuang air besar? atau yang mengadu mengalami masalah sembelit. Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.

Punca Sembelit

  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakkan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk mendapatkan tandas
  • Tiada privasi
Gejala
  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya

Komplikasi

  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur

BAHAYA SEMBELIT JIKA BERLARUTAN

1) Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus..

2) Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.


3) Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.

4) Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.

5) Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

6) Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Herblax

  • Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Alfalfa Complex

  • Alfalfa kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

Lecithin

  • Membantu memecahkan lemak-lemak degil penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.

SEMBELIT UNTUK IBU HAMIL



OSTEMATRIX

  • membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang, secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis.
  • mampu menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

13 Oktober 2018

CARA ATASI SEMBELIT ANAK



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Sembelit kerap terjadi dikalangan kanak-kanak dan ianya menyebabkan ibu bapa memandang ringan masalah ini. Mereka biasanya mengandaikan ianya adalah perkara biasa yang terjadi sepanjang pembesaran anak-anak terutamanya dalam proses memperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. 

Sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses membuangdan najis itu adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.



PUNCA SEMBELIT

Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT

1. TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR

  • Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.


2. HIDANGKAN MAKANAN YANG BERSERAT TINGGI

  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun, epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit. Serat tidak boleh dicerna , tetapi ia boleh membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala makanan yang tinggi lemak, gula, berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit. 

3. PENGAMBILAN JUS BUAH-BUAHAN

  • Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit sebagai contoh prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus sebanyak 120-180ml sehari, manakala bagi bayi berumur enam bulan ke setahun tidak melebihi 120ml sehari. 

4. AKTIVITI FIZIKAL YANG MENCUKUPI

  • Aktiviti fizikal dapat membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya. 

5. JADUAL MAKAN YANG TETAP

  • Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar. 

6. PENGUBAHSUAIAN PADA DIET

  • Bagi bayi yang baharu diperkenalkan makanan pejal ketika berusia enam bulan, ibu bapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis anak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar dua ke empat hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka. 

11 Ogos 2017

TIADA LAGI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua..

Anak2 dah tidur belaka, tinggal ummi dan baba yg still dok buat keja memasing. Saja tdi sembang2 dengan en.baba dia tnya mana p habis OSTEMATRIX yang saya beli last month??

Aiyooo...dia x sedaq rupanya Ostematrix nie mmg laku keras. Sebotol darinya customer saya yang dalam pantang ambil.Katanya kena sembelit. hahaha...xpernah2 pun, tup2 dalam pantang kali nie sembelit.

TIADA LAGI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN


Fuhhh..klu cakap bab sembelit lepas bersalin teringat2 saya crita 5 tahun yang lalu saat bersalinkan anakanda ke-2.Hoiiii, saya kena sembelit kot.MasyaAllah, xpernah rasa lagi. Smpai menangisla saya mana x nya dengan mintak ubat dengan Nurse depa suruh tunggu doktor mai melawat. Tudiaaa, yang kita nie pucat lesi dan tahan sakit.Allah...mmg sakit hbis satu badan..Sakit hati lagi x payah kira la...hahaha..azab sungguh orang cakap.

Alhamdulillah, bila bersalin anak ke-3 saya dah makin alert.hehehe..dah get ready segalanya. Ostematrix sebotol saya bawak ke hospital. Mmg lepas sedarja, nurse bagi ubat maka saya pun selitkan bersama ostematrix 4 biji. Alhamdulillah mmg saya lawas sangat dan membuang dengan jayanya. Siap bangga kot bila nurse tnya mommy dah buang belum???lajuja saya jawab YA.hehehe

Alhamdulillah mmg sampai sekarang saya amalkan ostematrix walaupun saya x dak masalah pembuangan. 

Buat kawan2 yang alami masalah sembelit atau pun selepas bersalin blhla amalkan OSTEMATRIX dalam pemakanan seharian kita. Saya nie mm yang jenis malas nak minum susu, so jalan mudah ambkja 4 Tablet Ostematrix untuk 1 hari.

Untuk mengetahui tentang khasiat ostematrix blh klik link kat bawah


untuk pembelian blh wassap saya atau blh buat order di bawah




ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya