Memaparkan catatan dengan label MASALAH : KOLESTROL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH : KOLESTROL. Papar semua catatan

11 November 2018

BAHAYA KOLESTROL




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Bila bercakap berkaitan kolestrol, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita tentulah makanan. Kita selalu mengandaikan makanan berlemak itu berkolestrol tinggi dan bahaya. Berbahayakah kolestrol pada tubuh kita???


Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus (yang diperolehi dari pemakanan). Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Terdapat 2 jenis kolestrol utama dalam tubuh kita iaitu:

1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)

  • Dikenali sebagai kolesterol “JAHAT” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah kita.
  • Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah.
  • Makin tinggi paras LDL, maka semakin tinggi risiko dihinggap penyakit jantung.

2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

  • Dikenali sebagai kolesterol “BAIK” kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.
  • Secara umumnya, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.
  • Semakin tinggi paras HDL adalah semakin baik. Jika ianya rendah, risiko penyakit jantung pula meningkat.

Apa yang dimaksudkan dengan Kolesterol tinggi?

Paras kolesterol tinggi apabila keputusan darah anda menunjukkan kadar LDL yang tinggi dari biasa atau kadar HDL yang rendah.
“Total cholesterol” pula merujuk kepada jumlah LDL, HDL dan VLDL. Kadar “total cholesterol” adalah dianggap tidak tepat untuk menentukan risiko serangan jantung/ strok dan sasaran rawatan ialah kadar jumlah kolesterol HDL atau kadar LDL sendiri.
Terdapat beberapa komplikasi sekiranya kolestrol terlalu tinggi dalam tubuh iaitu :

1. Penyakit jantung koroner

  • Merupakan penyakit utama yang disebabkan oleh kolesterol tinggi. Kolesterol Jahat (Low Density Lipoprotein atau LDL) yang tinggi akan menompok di dinding pembuluh darah arteri, sehingga menyebabkan plak yang disebut aterosklerosis.

2. Serangan Jantung

  • Serangan jantung akan berlaku bila-bila masa sahaja memandangkan plak yang telah wujud dan timbul pada saluran arteri. Sekiranya plak tersebut  pecah, akan menyebabkan pembekuan dan gumpalan-gumpalan darah yang dapat menghalangi aliran darah menuju jantung.

3. Strok 

  • Punca penyakit strok adalah kerana sejenis serangan otak dan terjadi adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terganggu. Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak.

Bagaimana supplement boleh membantu???


1. Phytocol – ST

  • Menghalang penyerapan kolesterol dari makanan ke dalam salur darah dan terus dibuang dari tubuh


2. OmegaGuard

  • Membuang kolesterol sedia ada di dalam darah, termasuk kolesterol yang telah melekat di dalam darah sejak sekian lama


3. Garlic Complex 

  • Mengawal tekanan darah dan merendahkan kadar kolesterol


4. Vita E 

  • Memperbaiki peredaran darah


5. Alfalfa

  • Memerangkap kolesterol yg berlebihan utk dikeluarkan melalui najis


6. CoQ Health

  • Meningkatkan kesihatan jantung


7. VIVIX

  • Sangat berkesan untuk menghalang kolesterol jahat dari terjadi.
  • Melancarkan peredaran darah dan menstabilkan kepekatan darah.
  • Menghalang dari salur darah tersumbat.



Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian


27 Oktober 2018

MAKANAN YANG MEMBANTU MENURUNKAN KOLESTROL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Selain dari kencing manis dan darah tinggi, kadar kandungan kolestrol juga adalah salah satu aspek penting yang kita harus ambil peduli. Biasanya kita selalu beranggapan kita sihat walaupun kita kurus. Percaya tak yang orang kurus juga kebanyakkanya mengalami masalah bacaan kolestrol yang tinggi.

APA ITU KOLESTROL???




Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.
Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.
Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengatasi masalah kolestrol secara natural seperti :

1BIJI KETUMBAR

  • Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

2. BAWANG MERAH

  • Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. INDIAN GOOSEBERRY , AMLA ATAU BUAH POKOK MELAKA

  • Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat

Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong

4. CUKA EPAL

  • Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux

Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

5. JUS OREN

  • Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

6. MINYAK KELAPA ORGANIK

  • Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’

Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

7. OAT

  • Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’

Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

8. MINYAK IKAN

  • Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.

9. RED YEAST RICE’

  • Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol

Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

10. KEKACANG

  • Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat

Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

11. MINYAK IKAN

  • OMEGA GUARD:
-Kandungan EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD membantu menurunkan kadar kolestrol

12. PHYTOCOL ST:

  • Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.
OMEGA GUARD:

    -Kandungan EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD membantu menurunkan kadar kolestrol

    PHYTOCOL ST:

    Mengandungi fitosterol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol “jahat” (LDL) yang tidak diperlukan. Lebih banyak kandungan Fitosterol dalam badan lebih cepat kolestrol dapat dikurangkan.


    TESTIMONI 1 : RESULT AFTER 2 MONTHS


    TESTIMONI 2 : OMEGA GUARD UNTUK KULIT SIHAT DAN BERMINYAL



    TESTIMONI 3 : BACAAN KOLESTROL MAKIN MENURUN SETELAH MENGAMALKAN OMEGA GUARD DAN PHYTOCOL


    TESTIMONI 4 : OMEGA MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN KOLETROL


    TESTIMONI 5 : ATASI KOLESTROL DENGAN LECITHIN

    Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini. Anda boleh memastikan senarai makanan di atas sentiasa ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

    20 Disember 2017

    9 FAKTA MENGENAI KOLESTROL YANG PERLU ANDA TAHU



    Bismillah wal hamdulillah

    Assalamualaikum semua...

    KOLESTROL

    Satu perkataan yang boleh dikatakan tidak asing pada pandangan mata dan pendengaran kita. Akhbar, majalah malahan ada menu di restoran yang turut memaparkan makanan/minuman rendah kolestrol. Namun sejauh mana pengetahuan anda tentang perkaitan kolestrol dan kesihatan jantung???



    Jom kita ketahui 9 fakta mengenai kolestrol :

    1. Lebih rendah tahap kolestrol anda, lebih kurang risiko anda terkena serangan jantung. Risiko penyakit jantung lebih rendah sekiranya kolestrol Low Density Lipoprotein (LDL) rendah. Bagaimanapun, risiko terkena penyakit jantung adalah lebih tinggi jika paras kolestrol High Density Lipoprotein (HDL) rendah.

    2. Terlalu banyak produk makanan yang tertera "Rendah Kolestrol". Sebenarnya ia minyak tepu. Lemak ini mengandungi tinggi kalori. Kolestrol dan lemak adalah berbeza. Kolestrol hanya ada pada haiwan seperti daging, telur, susu mentega dan sebagainya.

    3. Umur paling terbaik dan sesuai untuk melakukan ujian atau pemeriksaan kolestrol ialah 20 tahun. Ini kerana penyakit jantung koronori berlaku secara perlahan-lahan bermula pada usia muda.

    4. Kolestrol bukanlah salah satunya punca penyakit jantung. Merokok juga adalah antara punca penyakit jantung. Jika anda berhenti merokok hari ini, risiko terkena penyakit jantung lebih rendah dalam masa empat tahun akan datang. Ubahlah gaya hidup dan dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    5. Penyakit jantung ialah punca utama kematian lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun wanita berisiko mendapat penyakit jantung selepas menopous kerana jantung mereka dilindungi oleh hormon estrogen sebelum itu. 

    6. Kolestrol hanya terdapat dalam produk haiwan. Makanan daripada tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Walaubagaimanapun, mentega kacang mengandungi tinggi lemak.

    7. Kebanyakkan ikan mengandungi kurang lemak berbanding daging merah. Udang dan udang karang lebih tinggi kolestrol tetapi masih rendah lemak. Hadkan pengambilan daging, ikan dan ayam. 

    8. Setiap satu skop aiskrim mengandungi 11 gram lemak tepu iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi daripada telur dan stik. Inagt! lebih banyak lemak tepu, semakin tinggi kolestrol 'jahat'.

    9. Walaupun anda memiliki tubuh yang sangat fit tidak bermakna bebas dari kolestrol. Kolestrol bergantung sepenuhnya kepada sumber yang dimakan. Tukar gaya hidup, ambil tahu ahli keluarga yang mengalami masalah jantung dan lakukan pemeriksaan kesihatan seawal usia 20-an. 


    Nota Cinta:
    Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
    -012.432 2400-

    6 Disember 2017

    LEMAK YANG MEMBUATKAN PERUT SEMAKIN BUNCIT


    BISMILLAH WAL HAMDULILLAH 




    Salah satu dilema apabila mempnyai perut yang buncit ialah kita akan merasa kurang keyakinan untuk menggayakan pakaian dan berhadapan dengan masayarakat. Apa sebenarnya yang menyebabkan lemak cenderung berkumpul di bahagian perut?

    1. Pengumpulan lebihan lemak di kawasan perut lebi berbahaya berbanding lemak di bahagian punggung atau paha. Lemak di bahagian perut seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis jenis 2. Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sering menyumbang kepada masalah ini.

    2. Makanan tinggi lemak bukanlah penyumbang utama kepada masalah ini tetapi pengambilan kalori yang tinggi dalam apa jua bentuk makanan boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak di bahagian perut. Genetik, diet, umur dan gaya hidup memainkan peranan penting. Mengubah pelan diet kepada makanan yang lebih sihat boleh membantu mengurangkan lemak di bahagian perut. 

    3. Kajian yang dilakukan oleh Penyelidik di Universiti Wake Forest mendapati bahawa lemak trans, lemak yang tercipta oleh minyak separa hidrogensi boleh meningkatkan pengumpulan lemak di sekitar bahagian perut. Lemak trans boleh didapati dalam makanan seperti marjerin, pastri, biskut, keropok, dan makanan bergoreng.

    4. Makanan segera biasanya tinggi kandungan lemak, makanan berkalori tinggi yang dimakan dalam jumlah yang besar, yang mana semuanya menyumbang kepada lebihan kalori, penambahan berat badan, dan lemak apabila dimakan dengan kerap. 

    5. Untuk mengecilkan saiz pinggang, tambahkan bijirin dalam diet anda. Contohnya pilih makan beras perang daripada beras putih. Makanan yang telah diproses boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kajian yang dijalankan oleh the American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa diet kalori terkawal yang kaya dengan bijirin mampu mengurangkan lemak di bahagian pinggang dan perut.

    Nota Cinta :
    ummi Tasneem.Kauthar.Ali
    -0124322400-


    Daisypath Anniversary tickers
     

    Followers

    About Me

    Foto Saya
    Fakhrati Aziz
    Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
    Lihat profil lengkap saya