Memaparkan catatan dengan label ISU : PENYUSUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : PENYUSUAN. Papar semua catatan

25 Ogos 2013

5 Perkara dalam Penjayaan SUSU IBU


Bismillah wal hamdulillah

5 aspek penting dlm menjayakan penyusuan susuibu buat si manja
(1) kemahuan 
(2) komitmen
(3) kekuatan mental
(4) sokongan
(5) belajar & membaca




6 Ogos 2013

Tips Bawa Balik Stok Susu


Blogger Templates

Bismillah wal hamdulillah

Selamat pulang kekampung buat semua warga kota...buat ibu2 menyusu yg blik kg jgk...ni ada sedikt tips utk bwk balik stok..eh,nk bwk stok anda blik ke bandar.hehehe

Tips Bawa Balik Stok Susu, Long Distance Travel ❊

Anda rungsing cemana nak bawa balik stok susu dari kampung? Usah risau Saya kongsikan cara ya:

Anda perlukan:
1. Suratkhabar sebab kedap ais, memastikan ais kekal beku
2. Bekas polisterin untuk simpan susu
3. Ais
4. Garam, pastikan ais kekal suhu beku

Cara- caranya:
1. Letak suratkhabar ke dalam bekas polisterin
2. Susun stok susu
3. Taburkan ais dan garam atas ais
4. Satu lapisan suratkhabar, satu lapisan stok susu, satu lapisan ais dan garam
5. Seal polisterin agar tiada udara masuk

Tips: Jangan letak di bonet kereta, utk elak susu mencair

Sumber : fb breastfeeding heaven

5 Ogos 2013

Heppy BF Week!!!!


Bismillah wal hamdulillah...

Heppy Breastfeeding Week buat semua...
Alhamdulillah...1st year sya menyambut minggu penyusuan...Alhamdulillah Allah bagi rezeki sethn dah sya dpt fully bf kauthar wlupn bkn directfeeding sbb sya bekerja.....nant sya smbung lgi yek....



31 Julai 2013

Tips Tambah Susu Ibu


Bismillah wal hamdulillah

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

Cabaran ibu menyusu yang paling sinomin adalah susu sedikit. Ketahui 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu. Buat dengan istiqamah, insyaallah susu ibu yang sedikit akan bertambah banyak.

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. 

Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.

2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter
Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.

3. Makanan Seimbang
Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. 

Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.

4. Makan Penggalak Susu Ibu
Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.

5. Ambil Pil/Suntikan Hormon
Ini jalan terakhir. Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya. 

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu akan lebih berkesan sekiranya ibu tambah dengan doa kepada-Nya. Pasanglah niat seawalnya untuk menyusukan anak. Mohon pada Allah agar diberikan kekuatan dan semangat kuat untuk meneruskan penyusuan hingga 2 tahun.

Dan jangan terlampau fikirkannya. Cukup ke susu aku? Boleh ke aku pam di pejabat? Apa kata kawan-kawan dan sebagainya. Just do it. Susukanlah anak dan pamlah diwaktu pejabat dan rumah. Insyaallah jika ibu usaha sungguh-sungguh pasti susu ibu pun sungguh-sungguh nak keluar.

Jadi cubalah 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu!!

ummi:blh p.m sya utk dptkn set penyusuan dari shaklee

call/p/m:0124322400
whatsapp:0147134806

19 Jun 2013

Menyokong Penyusuan Susu Ibu : TIPS BUAT SUAMI


10 langkah praktikal bagaimana suami boleh menyokong isteri untuk menyusukan bayi:

1. Suami boleh membawakan segelas air untuk isteri ketika beliau menyusukan bayi.

2. Suami boleh membawakan bayi kepada isteri untuk disusui.

3. Suami boleh sendawakan bayi dan menukar lampin.

4. Suami boleh mengurut belakang isteri sebelum/selepas menyusukan bayi.

5. Suami boleh menukar pakaian, memandikan dan bermain-main dengan bayi.

6. Suami boleh menjaga bayi untuk memberi peluang isteri berehat sebentar.

7. Suami boleh sentiasa menyokong isteri untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

8. Suami boleh menunjukkan rasa kasih-sayang, mengambil berat dan bertolak ansur dalam hubungan intim ketika tempoh penyusuan bayi.

9. Suami boleh sentiasa meyakini bahawa susu ibu adalah yang terbaik, menjimatkan, bersih, segera sedia, percuma dan khusus untuk bayi anda.

10. Suami boleh membawa isteri dan bayi ke mana-mana kerana bayi boleh sentiasa disusukan pada bila-bila masa tanpa risau tentang masa dan keadaan, tanpa perlu membawa banyak peralatan yang perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman.

Sumber: buku Sentuhan Kasih.

Like & Share

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya