Memaparkan catatan dengan label ISU : PEMAKANAN SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : PEMAKANAN SIHAT. Papar semua catatan

20 November 2018

PANDUAN MENGURANGKAN GULA DALAM PEMAKANAN SEHARIAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Setiap kali menyebut gula pasti tergambar butiran putih dan kemanisan. Namun kesan kepada kesihatan bukan sahaja pahit sekiranya diambil berlebihan malah menjadi racun kepada tubuh. Gula juga menyumbang kepada 60 jenis penyakit berbahaya.

Berdasarkan kajian daripada Persatuan Diabetik dan Dietitik Amerika menegaskan pengambilan gula berlebihan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan antara imsomnia,alahan, pening, rambut gugur, jerawat, radang kulit dan gigi reput.
Gula juga membawa punca kemurungan melampau, darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser kolon dan kanser pancreas.

Seseorang yang mengamalkan pengambilan gula secara minimum,lama kelamaan lidah anda terbiasa dengan keadaan itu dan boleh menyesuaikan diri dengannya.


Jika seseorang mengalami hipoglisemia ketika mengurangkan pengambilan gula, kajian menunjukkan pengambilan minyak hati ikan kod secara berterusan membantu menstabilkan glukosa dalam darah. Minyak kelapa dara juga membantu dengan memperlahankan pelepasan glukosa darah. Ambil alternative lain seperti madu gula kabung, gula merah dan sirap maple.
Semua ini meningkatkan pelepasan glukosa darah secara pantas kecuali diambil pada kadar rendah Bersama lemak atau protein.

PANDUAN MENGURANGKAN GULA



  1. Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau cordial.
  2. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  3. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan lebih sihat seperti buah-buahan
  4. Kurangkan kekerapan mengambil makanan bergula
  5. Elakkan mengambil makanan bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur
  6. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.
  7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis kepada satu sudu the sahaja untuk secawan minuman.
Gula berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita mengambil sayur atau buah-buahan , ada galian dan vitamin baik untuk kesihatan. Manisan boleh digantikan dengan pengambilan buah-buahan yang manis. 

Cara terbaik mengelakkan penyakit berbahaya ialah dengan melatih dan diri meminimumkan pengambilan gula. 


ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 



23 Oktober 2018

MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH BUASIR



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Dalam entry sebelum ini ummi ada berkongsi tentang BAGAIMANA MERAWAT MASALAH SEMBELIT. Sembelit adalah merupakan salah satu sebab utama berlakunya masalah buasir. Langkah pencegahan awal adalah lebih baik dari proses merawat. Mengelakkkan masalah sembelit dapat menjauhkan kita daripada masalah buasir. 
Ada seorang kawan ummi yang memang biasa mengalami masalah sembelit dan ada masanya hingga hampir seminggu beliau tidak dapat membuang. Masalah buasir tersebut berlarutan dan akhirnya beliau sendiri mengalami masalah BUASIR. 


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Antara pencegahan awal yang dapat kita amalkan adalah melalui pemakanan yang sihat. Terdapat beberapa jenis buahan dan sayuran yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan buasir. Antaranya ialah:

1. Betik

  • Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana

2. Strawberi

  • Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau

  • Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau

4. Timun

  • Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

5. Kucai

  • Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

6. Pisang


  • Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang

7. Temulawak


  • Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.

  • Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku


  • Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah


  • Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.

29 Disember 2017

GUSI ROSAK BOLEH MENYEBABKAN KELAHIRAN PRAMATANG


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua.

Pernah atau tidak kawan-kawan menghadapi masalah sakit gigi ketika mengandung???ummi alhamdulillah...mengandungkan ketiga-tiga anak memang tiada masalah dengan sakit gigi nie...tetapi kalau gusi berdarah memang ada.asal gosok gigija mesti berdarah. 

Ramai kawan-kawan ummi yang mengalami sakit gigi ketika mengandung dan yang lagi sedih memang time mengandung wanita hamil tidak dibenarkan mencabut gigi. Tapi sebenarnya walaupun tidak boleh mencabut gigi kita masih boleh untuk melakukan pemeriksaan gigi. Malah, ianya amat disyorkan bagi mengelakkan kerosakan yang mungkin menyebabkab ketidakselesaan.



Bagi wanita mengandung, mereka tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti pemeriksaan gIgi pada tempoh tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan. Terdapat beberapa sebab mengapa wanita hamil tidak digalakkan untuk menjalani aktiviti agresif pada gigi. Antaranya ialah :

1. TIGA BULAN AWAL iaitu 13 minggu pertama merupakan tempoh untuk kebanyakkan organ dalaman bayi terbentuk dan berkembang. Sebarang rawatan yang memerlukan suntikan seperti utk proses cabutan boleh terus memasuki darah dan ianya harus dielakkan. Namun jika masalah gigi itu serius dan rawatan segera diperlukan dos suntikan yang rendah akan diberi.

2. Elakkan pengambilan antibiotik tanpa pengawasan dan pemantauan doktor. Beritahu doktor tentang kehamilan anda sebelum melakukan pemeriksaan gigi. Doktor boleh meneruskan proses tanpa perlu mendatangkan kemudaratan kepada kita kerana masih ada beberapa jenis antibiotik yang sesuai untuk ibu hamil. 

3. Semasa hamil, gusi mudah menjadi bengkak dan mendapat jangkitan kerana pengaruh perubahan hormon. Disebabkan itu, ramai ibu yang hamil mengalami sedikit pendarahan pada gigi semasa memberus dan flos di celah gigi. Pendarahan gusi mendorong kepada berlakunya ginggivitis dan boleh melarat sehingga menyebabkan penyakit gusi yang kronik (periodontal disease). Penyakit ini menyebabkan kemudaratan kepada janin. Ada ibu yang mungkin bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.

4. Ibu hamil harus meminimumkan prosedur berkaitan pergigian kerana ia turut mengundang ketidak selesaan kepada ibu hamil. Sebagai contoh, bakal ibu yang memasuki trimester ketiga mungkin berasa tidak selesa untuk berbaring di atas kerusi pemeriksaan di klinik gigi kerana berat bayi kan menekan abdomen. Jika boleh tangguhkan seketika sehingga ibu selamat melahirkan.

Antara sebab gigi mudah rosak semasa hamil ialah :

  • Masalah gusi
  • Muntah (asid dari perut boleh menjejaskan permukaan gigi
  • Rasa mengidam terhadap benda-benda manis seperti coklat
  • Loya dan muntah semasa memberus gigi

Moga perkongsian ummi dapat memberi info kepada ibu hamil yang mempunyai masalah gigi sepanjang kehamilan. Untuk penjagaan,elakkan mengambil makan manis dan bergula. Amalakan pengambilan kalsium yang boleh membantu mengatasi masalah gigi dan tulang sepanjang kehamilan anda.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-



28 Disember 2017

8 JENIS HERBA YANG PERLU DI ELAKKAN SEBELUM MENJALANI PEMBEDAHAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Herba merupakan salah satu dari kandungan makanan tambahan yang digunakan pada masa kini dan menjadi pilihan ramai orang. Di Amerika Syarikat sendiri, berjuta rakyatnya menggunakan supplemen herba untuk manfaat kesihatan.


Herba boleh memberikan kesan sampingan yang tidak dijangka kerana sesetengah suplemen herba ini tidak diuji atau diselia tahap keselamatannya oleh FDA atau PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT. Bagi kebanyakkan supplemen herba bukan semua aktifnya dapat diketahui. Proses pengeluarannya juga tidak dikawal dengan baik dan akan menyebabkan sesetengah supplemen mungkin mengandungi bahan yang tiada pada label.

Pengambilan herba sebelum pembedahan boleh menyebabkan tindak balas negatif dengan ubat bius atau pendarahan yang tidak berhenti semasa pembedahan. American Medical Association menyenaraikan lapan supplemen herba yang boleh menimbulkan masalah jika kita perlu menjalani pembedahan iaitu

1. ENCHINACEA




Sejenis herba yang berasal purple cornflower dan diambil bagi meredakan demam, jangkitan, artritis dan ulser. Sekiranya anda mempunyai masalah hati dan dibius semasa mengambil herba ini, anda boleh mengalami masalah hati rosak.

2. EPHEDRA




Disebut juga sebagai ma-huang iatu herba yang berasal daripada tumbuhan Ephedra Sinica yang digunakan untuk menangani asma dan mengurangkan selera makan. Apabila diambil bersama sesetengah ubat bius ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan ritma jantung tidak normal.FDA telah mengharamkannya pada tahun 2003 kerana pernah dikaitkan dengan beberapa kematian.

3. BAWANG PUTIH




Digunakan untuk menurunkan paras tekanan darah dan kolestrol. Ia juga boleh meningkatkan kesan ubat yang digunakan dalam mengawal gula darah, memcairkan darah, pil tahan sakit, dan boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas pembedahan.

4. GINGKO




Diambil untuk meningkatkan memori. Tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan semasa atau slepas pembedahan dan membuatkan kesan sedatif ubat bius berpanjangan.

5. GINSENG




Diambil untuk meransang tenaga atau menurunkan paras gula darah. Semasa pembedahan boleh menyebabkan darah tinggi dan degupan cepat menjadi laju.

6. KAVA




Berasal dari tumbuhan piper methysticum yang digunakan bagi melegakan otot dan saraf di mana ia mungkin berbahaya kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan disebabkan interaksi dengan lain-lain ubatan. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati.

7. ST. JOHN'S WORT.




Juga dikenali sebagai goatweed. Ia diambil untuk mengatasi dan melegakan kemurungan dan kegelisahan . Semasa prosedur pembedahan ia boleh menyebabkan gangguan sesetengah ubat bius dan menyukarkan anda untuk pulih dari kesan ubat bius.

8. VALERIAN




Berasal dari pokok Valerina Officinalis yang juga digunakan untuk melegakan kegelisahan dan ia boleh mengganggu interaksi ubat bius dan menyukarkan anda utk sedar selepas pembedahan. Ia juga boleh menyebabkab ritma jantung tidak normal.

16 Disember 2017

MENGAPA ANDA PERLU MAKAN NANAS



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH.

Assalamualaikum semua.

Biasanya bila di tanya sesiapa saja tentang buah kegemaran atau kesukaan mereka, pasti ramai menjawab buah “durian” , buah manggis atau rambutan. Jarang sekali kita dengar mereka yang menyukai buah nanas.  Pengambilan buah-buahan tempatan memang memudahkan kita dan kita secukupnya amat bertuah kerana buah tropika ini boleh didapati sepanjang tahun, dan harganya tidaklah semahal raja buah durian.

Bagi masyarakat Eropah, gelaran raja buah diberikan kepada buah nanas oleh mereka yang menggemari rasanya yang masam-masam manis. Apatah lagi ia sukar didapati di benua itu. Buah nanas ini dikatakan paling banyak manfaat kerana kandungan bromelain yang boleh didapati pada buah, empulur dan tangkal nanas.


Apa itu BROMELAIN???

  • Sejenis enzim proteolysis yang menguraikan protein. Enzi mini juga mempunyai ciri-ciri anti radang, anti-penggumpalan dan anti kanser.
  • Menurut kajian saintis di Australia, bromelian daripada tangkai nanas boleh mencegah kanser tertentu seperti kanser payu dara, paru-paru, kolon, ovari dan kulit.
  • Buah nanas ini menjadi pilihan ramai kerana ianya kaya dengan nutrient, vitamin, dan mineral termasuk kalium, kuprum, mangan, kalsium, vitamin C, beta karotena, tiamina, B6 dan asid folik serta serat.

MANFAAT UNTUK KESIHATAN.

Nanas mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan diri kerana sumber vitamin dan mineral yang banyak terkandung di dalamnya. Antara masalah kesihatan yang boleh memanfaatkan nanas ialah :

ARTRITIS

-Ciri radanag yang ada pada bromelain membantu memberi kelegaan kepada pesakit yang mempunyai masalah radang pada sendi dan otot.
-Kandungan vitamin C yang tinggi memberi fungsi antioksidan kepada nanas. Vitamin C diperlukan untuk proses sintesis kolagen, iaitu asas protein yang penting menguatkan dinding salur darah, kulit, organ dan tulang. Ia menghindarkan penyakit dan menguatkan system imun dengan menggalakkan aktiviti sel darah putih. Vitamin C turut membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas diserang penyakit atau selepas pembedahan.

MENCEGAH KANSER

- Nanas mempunyai kaitan langsung dalam mencegah kanser mulut, tekak, dan payu dara. Selain fungsi antioksidan vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A, beta karotena, bromelain, kompaun flavonoid dan mangan yang tinggi.

KESIHATAN MATA

- Kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi dalam nanas boleh membantu mengurangkan risiko kemerosotan makula, yang menjejaskan penglihatan seseorang apabila umurnya makin meningkat.

BATUK DAN SELSEMA

-Nanas juga mempunyai kandungan vitamin c yang ting-gi untuk melakukan tugas yang sama dengan Oren. Namun kelebihan nanas ialah ia mengandungi bromelain yang mengurangkan pembentukan kahak dan lendir dalam salur pernafasan dan rongga sinus.

MENGAWAL TEKANAN DARAH

-Kalium berfungsi sebagai vasolidator iaitu mengembangkan dan menggendurkan saluran darah serta meningkatkan peredaran darah ke serata bahagian dalam badan. Apabila salur darah menngendur, tekanan darah menurun dan aliran darah kurang tersekat. Bromelain pula membantu mengelakkan penggumpalan darah supaya aliran darah lebih lancar dan mengurangkan pengumpulan plak dalam arteri dan salur darag. Fungsi ini dapat mengelakkan berlaku arteriosclerosis, serangan jantung dan strok.

MENGAWAL EMOSI JIWA

-Nanas mengandungi banyak vitamin B-6 yang dikenali sebagai piridoksina. Vitamin ini membantu mengawal hormone dalam dalam badan dan menstabilkan mood. Justeru itu, pengambilan nanas boleh membantu mereka yang mempunyai masalah resah, mudah mengalami kemurungan dan hormone yang tidak menentu.

MENINGKATKAN KESUBURAN

-Kalium, Vitamin c dan kumpulan vitamin B dalam nanas boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita serta meningkatkan hormon reproduktif. 


Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

12 Disember 2017

5 MANFAAT PENGAMBILAN PISANG

BISMILLAH WAAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...harinie ummi nak sharekan 5 manfaat pengambilan pisang dalam kehidupan seharian kita.

Di Malaysia,  suasana iklim kita memungkinkan pisang sangat mudah didapati dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Terdapat pelbagai jenis pisang antaranya ialah pisang emas,  pisang raja,  pisang montel,  pisang tanduk,  pisang awak dan bermacam jenis pisang lagi.

Pisang boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan seperti goreng pisang,  jemput pisang,  pengat pisang, kek pisang sehinggalah ke makanan barat seperti banana spilt dan banana shake.

Pisang juga telah dikomersialkan dalam dunia kecergasan dan sukan dimana ianya merupakan sumber nutrisi yang berzat dan dapat mengawal pengambilan kalori. Malahan ia telah menjadi trend dikalangan ahli sukan mahupun mereka yang rutin bersenam di gym untuk mengambil pisang sebelum mahupun selepas bersenam. 



Antara manfaat Pisang ialah :


1. Meredakan Tekanan

Jika anda mengalami tekanan perasaan, stress atau kegelisahan ,cubalah mengambil pisang . Hanya dengan 110 kalori dan 14 gram gula, sebiji pisang bukan sahaja membuatkan anda kenyang, ianya meningkatkan dan menstabilkan kadar gula dalam darah , memberikan vitamin B6 sebanyak 30 peratus daripada keperluan harian, tetapi ia juga membantu otak mengeluarkan hormon serotonin yang memberi kesan penenang dan dapat meredakan tekanan emosi. 

2. MEMELIHARA JANTUNG 

Dengan kadar potassium/kalium mencapai 400 miligram dalam sebiji pisang yang berukuran sedang, ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal tekanan darah. Mengikut kajian, kalium telah terbukti sangat baik untuk memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cairan dalam badan. 

Ia akan memelihara fungsi otot jantung serta otot-otot dinding pembuluh darah sekali gus mengawal tekanan darah. Selain otot jantung dan pembuluh darah , kalium yang terdapat di dalam pisang juga dipercayai dapat mencegah kekejangan otot semasa bersukan/bersenam. Dengan kata lain, pisang juga dapat mencegah kecederaan semasa bersukan

3. MAKANAN RINGAN/SNEK YANG SIHAT

Dengan hanya 110 kalori, anda boleh mendapatkan 3 gram serat dari sebiji pisang. Serat sangat penting dalam membantu sistem badan melancarkan proses pencernaam dan memanjangkan rasa kenyang. Ia penting bagi mereka yang sedang merancang diet dan mengawal berat badan.

Pisang juga menyediakan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Pisang tidak mengandungi lemak atau kolestrol. Dengan manfaat ini, kesan sekunder yang akan anda dapatkan adalah berat badan yang ideal seperti yang diidamkan. 

4. MELANCARKAN PENCERNAAN

Pisang mengandungi prebiotik yang dipanggil fructooligosaccharide. Komponen ini memudahkan penyerapan nutrisi di dalam badan terutama kalsium yang diperlukan dalam membentuk kukuatan tulang dan gigi. Pisang juga mengandungi pektin, yang membantu untuk melancarkan pencernaan secara keseluruhan dan mencegah sembelit.

Pisang juga mempunyai kesan antasid yang membantu mencegah gastrik dengan menuetralkan asid berlebihan yang terkandung dalam sistem pencernaan. Kesan mengurangkan gastrik atau pedih hulu hati sangat penting kerana ia biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan dan bersenam

5. KEKUATAN TULANG

Pisang juga adalah sumber zat besi  (mangan dan zink). Sebiji pisang berukuran biasa menyediakan sekitar 3 miligram zat besi, sementara kita hanya memerlukan 1.8-2.3 mg zat besi sehari. Zat besi ini penting untuk kesihatan tulang serta metabolisme badan. 

Penyerapan ini juga dibantu oleh adanya kalium pada pisang yang secara langsung dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang lalu menjadikan kita seorang yang tegap dan kuat meskipun telah dimamah usia serta tidak mudah mendapat risiko patah tulang pada kecederaan-kecederaan yang kecil. 

Pisang adalah sumber nutrisi yang hebat kerana terdapat sangat banyak manfaat dari fizikal, sistem dalaman badan hinggalah emosi. Ia sangat sesuai dijadikan antara menu makanan sihat harian kita dalam usaha mendapatkan kesihatan, kecergasan, dan keseimbangan badan. 
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya