Memaparkan catatan dengan label ISU : KEHAMILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : KEHAMILAN. Papar semua catatan

11 Oktober 2018

ATASI KENCING KOTOR SEPANJANG KEHAMILAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Wanita hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. Ini kerana, ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan otot dan pundi kencing menjadi lemah. Keadaan ini akan meregangkan dan melambatkan pengaliran air kencing.



Pada masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan saluran kencing dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Apabila ia berlaku, kuman yang berada di pundi kencing membiak. Malah, air kencing wanita hamil yang lebih berasid dan lebih mengandungi gula turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah kencing kotor.
TANDA-TANDA KENCING KOTOR:

1. Pedih semasa kencing
2. Kerap kencing
3. Tidak dapat mengawal kencing.
4. Kerap kencing malam
5. Sakit bahagian ari-ari
6. Kencing keruh / berbau / berdarah
7. Radang buah pinggang akut
8. Demam,sejuk dan menggigil
9. Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
10. Loya dan muntah
11. Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing
12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Antara tip yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah kencing kotor ialah :

1. Banyakkan minum air

  • Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi 
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

2. Pengambilan minuman air barli

  • Pengambilan air barli boleh membantu mengurangkan masalah kencing kotor.

3. Pengambilan Vitamin C

  • Ambil jus buah buahan tanpa gula bagi membantu mengelakkan bakteria melekat pada dinding pundi kencing.Vitamin C yang terdapat dalam buah buahan juga dapat membantu menyediakan keadaan yang berasid yang dapat membantu membunuh bakteria.

4. Buang air kecil


  • Elakkan menangguh untuk membuang air kecil. Menahan air kencing di dalam pundi kencing akan menggalakkan pembiakan bakteria. 

5. Kurangkan pengambilan kafein


  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein.
Antara supplement yang dapat membantu masalah kencing kotor ialah :


1. OSTEMATRIX

  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.


2. GARLIC COMPLEX
  • Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi
  • Mengahalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus dan yis
3. SR-VITA C PLUS
  • Mengasidkan urin, menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak dan mengukuhkan sistem imun badan.


Testimoni Pengguna


Testimoni Pengguna


Untuk pembelian, anda bolehlah klik pada pautan di bawah:

UNTUK PEMBELIAN


8 Oktober 2018

ANEMIA SEMASA KEHAMILAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Alhamdulillah si kecik dah menginjak 2 tahun 6 bulan. Terkenang2 ummi moment pregnantkan awak dan lahirkan awak Ali.Fuhh!!!memang penuh cabaran. Oh, bila sebut pregnantja teringat sorang kawan yang alami masalah ANEMIA sepanjang kehamilan. Mulanya selalu letih-ketih sepanjang trimester pertama kehamilan. Bila cek HB asyik turun sahaja. Ummi nak share sedikit  info dengan semua tentang ANEMIA ketika hamil.





Anemia atau darah rendah ini boleh berlaku dengan 3 cara.
  1. Berlakunya luka dan pertumpahan darah yang banyak (bersalin atau pembedahan)
  2. Kekurangan penghasilan sel darah merah dalam badan kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan (ini yang selalu berlaku pada ibu yang hamil)
  3. Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam badan. (thalasemia, anemia sickle cell atau toksik yang terhasil dari penyakit buah pinggang)
Antara simptom-simptom kurangnya darah merah dalam badan ialah:
  • Cepat penat dan keletihan
  • Senang berlakunya kekejangan otot
  • Kulit anda nampak pucat
  • Jantung berdegup kencang
  • Kurang nafas dan cepat mengah

BAHAYA DAN KESAN BURUK ANEMIA PADA IBU MENGANDUNG

Sekiranya anda mengambil mudah dan tidak bertindak untuk menaikkan bacaan HB rendah anda semasa hamil, anda berisiko tinggi untuk mengalami:
  • Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu keguguran
  • Bayi tidak dapat mebesar dengan baik semasa dalam janin
  • Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
  • Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain semasa proses bersalin (SANGAT BERISIKO TINGGI)
  • Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup berat badan (bayi pramatang)
  • Akibat dari bayi pramatang ialah, bayi berisiko untuk mengalami demam kuning yang lama
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di bahagian tulang ke belakang (spina bifida) dan bahagian otak (salah satunya ialah sindrom down)
  • Meroyan selepas bersalin

PENYEBAB ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

1. Kekurangan zat besi

  • Terdapat 75-95% wanita yang mengandung mengidap anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Wanita yang mengandung sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung.

2. Kekurangan Folate dan Vitamin B12

  • Kekurangan vitamin B dan folat lebih jarang ditemui berbanding dengan kukurangan zat besi. Walau bagaimana pun, pemberian folat disarankan untuk semua ibu mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi.

3. Talesmia

  • Talesmia disebabkan oleh pembentukan tidak normal rantai peptid globin yang terdapat dalam haemoglobin. Orang dewasa yang sihat patut mempunyai lebih dari 95% haemoglobin A yang mempunyai 2 rantai ‘alpha’ dan 2 rantai beta peptid.
Antara supplement yang dicadangkan bagi membantu ibu hamil yang mempunya masalah anemia adalah :

1. Vita-Lea Iron Formula

• Mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

2. Sustained Release Vita-C Plus

• Mengandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

3. B-Complex

• Mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.

4. ESP

• Sumber protein yang sangat baik untuk membekalkan tenaga segera.



Testimoni HB LOW


Alhamdulillah set ibu mengandung membantu masalah enemia


Testimoni HB LOW dengan VITA LEA

Alhamdulillah testimoni penghidap Mild Anemia

7 Oktober 2018

PANTANG LARANG SEMASA KEHAMILAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Kehamilan adalah hadiah indah buat pasangan yang sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata. Baik isteri mahupun suami akan bersungguh-sungguh agar kehamilan itu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. 

Namun terkadang si ibu tidak mengerti tentang kesalahan yang dibuat sehingga memberi risiko kepada janin yang dikandung sehingga boleh menyebabkan keguguran. Sebelum terlambat, elakkan melakukan kebiasaan ini semasa fasa kehamilan. 


1. Diet semasa hamil

  • Ramai ibu hamil melakukan diet sepanjang kehamilan kerana bimbang gemuk semasa hamil. Namun ianya amat berisiko untuk janin kekurangan suapan makanan berkhasiat selama pembesaran. 

2. Merokok

  • Perokok aktif dan pasif sangat dilarang sepanjang tempoh kehamilan. Zat nikotin yang dihisap akan menyebabkan janin mengalami gangguan. Zat dari rokok akan menyebabkan masalah paru-paru dan gangguan berat pada janin. 

3. Memelihara binatang ternakan

  • Adakah ibu-ibu memelihara kucing atau binatang lain semasa kehamilan?.Memiliki binatang peliharaan sememangnya menghiburkan namun ianya ada kesan negatif. Kotoran daripada binatang akan mendatangkan virus toksoplasmosis. Virus ini akan masuk ke dalam janin dan dapat mengganggu pertumbuhan janin. Risiko besar darpada virus ini adalah keguguran atau cacat janin. Jika ibu hamil memiliki binatang peliharaan elakkan hubungan fizikal atau elakkan haiwan ini sepanjang tempoh kehamilan. 


4. Tertekan dan stress

  • Janin dalam kandungan memiliki ikatan perasaan yang sangat kuat dengan ibu. Ketika ibu berasa tertekan, marah, dan stress janin dapat merasakan hal tersebut. Kesan terlampau stress itu boleh menyebabkan keguguran terutama jika usia kehamilan di bawah 3 bulan. 

5. Memakai Kasut Tumit Tinggi

  • Tubuh ibu hamil akan mengalami pertumbuhan di mana perut akan membesar sehingga bayi cukup bulan untuk dilahirkan. Saat tubuh mengalami perubahan berat badan ia akan memberi kesan kepada bahagian punggung dan otot pinggang. Jika ibu memakai kasut tumit tinggi, otot yang bekerja di sekitar pinggang akan semakin tegang. Ibu akan merasa tidak selesa dan mudah lelah, kaki akan bengkak dan mudah jatuh kerana tidak ada keseimbangan. 


4 Oktober 2018

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Pengambilan kalsium untuk ibu hamil adalah sangat diperlukan sepanjang kehamilan hingga selamat melahirkan bayi. Hal ini kerana sumber kalsium banyak manfaat dan faedah untuk bayi dan ibu tersebut. Sepanjang kehamilan kalsium diperlukan bag menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan terutama semasa pembentukan tulang bayi. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah kekurangan kalsium dan kerapuhan tulang serta gigi. 



Antara fungsi kalsium untuk bayi di dalam kandungan ialah :
  • Menguatkan tumbesaran bayi dalam perut  
  • Membantu perkembangan sistem saraf
  • Membantu bentuk otot-otot bayi 
  • Menguatkan jantung bayi 



Manfaat kalsium untuk ibu mengandung adalah :
  • Membantu menguatkan tulang untuk menanggung berat bayi. 
  • Penting untuk pembekuan darah
  • Membantu memberi kesegaran badan menghilangkan lenguh-lenguh badan. 
  • Penting untuk pembekuan darah. 
  • Menstabilkan transmisi impulse saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi. 
  • Mengurangkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi) 
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh badan dan kebas tangan serta kaki ibu mengandung. 
  • Menstabilkan denyutan jantung
  • Mengatasi masalah sembelit dan melembutkan najis

Kekurangan kalsium untuk ibu mengandung boleh menyebabkan :

  • Kekejangan otot dan kaki
  • Komplikasi semasa kelahiran
  • Gigi rapuh Dan berlubang
  • Praeklampsia (tekanan darah tinggi) 
  • Osteoporosis 


Antara supplement cadangan untuk ibu mengandung adalah OSTEMATRIX SHAKLEE. Antara manfaat utama pil kalsium ini adalah :

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Kepentingan untuk ibu hamil ialah :

  • Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  • Memberi tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • Mengelakkan berlakunya gusi berdarah dan sakit gigi



3 Oktober 2018

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK IBU HAMIL



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.


Berkongsi pengalaman ummi untuk kehamilan ke-4 ni ummi tiba-tiba mengalami masalah gigi dan gusi berdarah. Mengandungkan 3 anak sebelumni memang tak ada apa-apa masalah tapi mengalami masalah yang sama ketika menyusukan anak ke-2.


Gusi berdarah merupakan salah satu tanda yang menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin C. Antara tanda-tanda lain tubuh kita kekurangan Vitamin C adalah :


  1. Kurang selera makan
  2. Kekurangan berat badan
  3. Sakit sendi
  4. Depression
  5. Keguguran rambut
  6. Anemia
  7. Sering Leah Dan letih
  8. Gusi sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen) 
  9. Luka lambat sembuh



Pengambilan Vitamin C dapat membantu ibu mengandung sepanjang proses kehamilan. Antara manfaat Vitamin C ialah : 

1. Pembentukan kolagen


  • Menggalakkan pembentukan kolagen dalam kulit dan menjadikan kulit lebih tegang, anjal, tiada kedutan atau menggeleber.
2. Mencantikkan kulit

  • Membantu mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pigmentasi.

3. Meningkatkan imunisasi badan

  • Membantu meningkatkan sistem imun badan bagi mereka yang sering atau kerap demam dan selsema.

4. Membantu mengurangkan alergi / alahan 

  • Membantu pemulihan lebih cepat dan mengurangkan alergi / alahan hidung, kulit, asthma, resdung dan ulser.

5. Membantu memerangi kanser

  • Membantu meningkatkan interferon semulajadi dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan kanser. Vitamin C juga membantu memusnahkan radikal bebas sebelum menyerang sel badan. 

6. Membantu mengatasi masalah pendarahan, lebam kulit, kulit kering, ekzema dan ruam badan

7. Menyokong pembentukan sel darah merah.


8. Meningkatkan penyerapan zat besi untuk mencegah anemia.


9. Membentuk plasenta yang sihat.


10.Mengelakkan kelahiran bayi pra-matang.



Antara supplement cadangan untuk ibu hamil adalah SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS. Antara kelebihan VITA C ini ialah : 

  • Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.
  • Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
  • SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C



Berkongsi testimoni pengguna yang mengamalkan VITA C


1 Oktober 2018

TIP ATASI ALAHAN KEHAMILAM


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua... Dah lama rasa ummi X updatekan. Sibuk dengan kerja-kerja Opis Dan hal anak-anak. Alhamdulillah kandungan ummi dah memasuki trimester ke dua. Baby dah 3 bulan Dan membesar dengan jayanya.. 

Pengalaman mengandungkan Anak ke 4 nie memang betul-betul menduga kekuatan. Yalah pengalaman Anak sulung hingga Anak ke3 ummi okja. Since preggy anak ke 4 ni ummi memang mengalami alahan yg agak teruk.Bangun awal pagi memang perut tak boleh kosong Dan loya-loya sepanjang hari. Terasa nk muntah sepanjang masa. Bukan muntahpun, cuma sekadar angin yang keluar. Nak makan pun terus hilang selera.  Sekarang nak tengok phone pun rasa tak lalu Dan nak muntah. Hari tue ada mintak En.baba belikan asamko habuan hilangkan loya-loya tapi biasalah, suami tersayang suruh makan buah epalja..hasil bertanyakan kawan-kawan ummi nak sharelah sedikit tip yang ummi amalkan untuk hilangkan Dan kurangkan loya-loya nie.



1. HIDU BUAH LEMON
  • Awal-awal haritue ummi memang nak dan terasa nak minum segala yang masam memandangkan pahit mulut. Kebetulan kat rumah memang lemon selaluja ada stok ummi suka ambil lemon yang dibelah dua dan menghidu bau lemon nie pepagi. Hahahha.. Memang bau lemon nie sangat menyenangkan. 

2. MINUM TEH HALIA
  • Azam ummi untuk kehamilan keempat nie adalah mengurangkan pengambilan gula dan makanan manis. Alhamdulillah ummi dah mula mengamalkan pengambilan Teh halia organic bagi mengurangkan loya dan angin.

3. PENGGUNAAN MINYAK AROMATERAPI
  • Antara minyak yang ummi amalkan sepanjang kehamilan kalinie adalah penggunaan YOUNG LIVING OIL iaitu antara essential oil terbaik dunia. Antara favourite ummi adalah essential oil LEMON DAN R. C. Memang terbaik... Boleh hilangkan sakit Kepala Dan loya-loya ummi. 

4. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
  • Alhamdulillah nie memang en.suami punya cadangan. Beliau selalu ingatkan saya utk ambil makanan tepat pada waktu bagi memastikan angin dan sebu dalam perut kurang. Pastikan pengambilan makanan pada waktunya dan ambil dalam jumlah yang sedikit tapi kerap. 

5. DAPATKAN REHAT YANG SECUKUPNYA
  • Last tip dari ummi ialah dapatkan rehat secukupnya bag memastikan tubuh Dan Minda kita dapat berehat secukupnya. Tekanan Dan kelihatan boleh membuatkan loya dan mabuk kehamilan menjadi lebih teruk Dan buruk. 

Sepanjang 3 bulan lebih nie ummi memang Cuba jauhkan instant food dan proses food bagi mengelakkan loya dan alahan ummi makin menjadi-jadi. En.baba dah pesan no asamko Dan jeruk-jeruk bagai.. Antara alternatif ummi ialah :



Kalau terasa nak muntah atau loya-loya ummi akan kunyah Chewable Vita C yg agak masam bagi membantu ummi atasi loya tersebut




Ummi jugak mengamalkan Papermint Ginger bagi melegakan angin dalam badan yang mengakibatkan sebu dan loya-loya. Ianya bagus untuk usus kita. 

29 Disember 2017

GUSI ROSAK BOLEH MENYEBABKAN KELAHIRAN PRAMATANG


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua.

Pernah atau tidak kawan-kawan menghadapi masalah sakit gigi ketika mengandung???ummi alhamdulillah...mengandungkan ketiga-tiga anak memang tiada masalah dengan sakit gigi nie...tetapi kalau gusi berdarah memang ada.asal gosok gigija mesti berdarah. 

Ramai kawan-kawan ummi yang mengalami sakit gigi ketika mengandung dan yang lagi sedih memang time mengandung wanita hamil tidak dibenarkan mencabut gigi. Tapi sebenarnya walaupun tidak boleh mencabut gigi kita masih boleh untuk melakukan pemeriksaan gigi. Malah, ianya amat disyorkan bagi mengelakkan kerosakan yang mungkin menyebabkab ketidakselesaan.



Bagi wanita mengandung, mereka tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti pemeriksaan gIgi pada tempoh tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan. Terdapat beberapa sebab mengapa wanita hamil tidak digalakkan untuk menjalani aktiviti agresif pada gigi. Antaranya ialah :

1. TIGA BULAN AWAL iaitu 13 minggu pertama merupakan tempoh untuk kebanyakkan organ dalaman bayi terbentuk dan berkembang. Sebarang rawatan yang memerlukan suntikan seperti utk proses cabutan boleh terus memasuki darah dan ianya harus dielakkan. Namun jika masalah gigi itu serius dan rawatan segera diperlukan dos suntikan yang rendah akan diberi.

2. Elakkan pengambilan antibiotik tanpa pengawasan dan pemantauan doktor. Beritahu doktor tentang kehamilan anda sebelum melakukan pemeriksaan gigi. Doktor boleh meneruskan proses tanpa perlu mendatangkan kemudaratan kepada kita kerana masih ada beberapa jenis antibiotik yang sesuai untuk ibu hamil. 

3. Semasa hamil, gusi mudah menjadi bengkak dan mendapat jangkitan kerana pengaruh perubahan hormon. Disebabkan itu, ramai ibu yang hamil mengalami sedikit pendarahan pada gigi semasa memberus dan flos di celah gigi. Pendarahan gusi mendorong kepada berlakunya ginggivitis dan boleh melarat sehingga menyebabkan penyakit gusi yang kronik (periodontal disease). Penyakit ini menyebabkan kemudaratan kepada janin. Ada ibu yang mungkin bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.

4. Ibu hamil harus meminimumkan prosedur berkaitan pergigian kerana ia turut mengundang ketidak selesaan kepada ibu hamil. Sebagai contoh, bakal ibu yang memasuki trimester ketiga mungkin berasa tidak selesa untuk berbaring di atas kerusi pemeriksaan di klinik gigi kerana berat bayi kan menekan abdomen. Jika boleh tangguhkan seketika sehingga ibu selamat melahirkan.

Antara sebab gigi mudah rosak semasa hamil ialah :

  • Masalah gusi
  • Muntah (asid dari perut boleh menjejaskan permukaan gigi
  • Rasa mengidam terhadap benda-benda manis seperti coklat
  • Loya dan muntah semasa memberus gigi

Moga perkongsian ummi dapat memberi info kepada ibu hamil yang mempunyai masalah gigi sepanjang kehamilan. Untuk penjagaan,elakkan mengambil makan manis dan bergula. Amalakan pengambilan kalsium yang boleh membantu mengatasi masalah gigi dan tulang sepanjang kehamilan anda.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-



11 Disember 2017

KESAN RAHIM JATUH DAN LANGKAH MENGATASI

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua... Entry sebelum nie ummi ada sharekan tentang Punca dan Tanda-tanda rahim jatuh. Harinie ummi nak sharekan apakah kesan sekiranya rahim jatuh dan langkah pencegahannya.




KESAN RAHIM JATUH




Kedudukan rahim yang rendah daripada kedudukan asal akan mengakibatkan pelbagai masalah. Antaranya ialah :

1. Jangkitan kuman pada bahagian rahim yang boleh menyebabkan pendarahan dan ulser.

2. Kesakitan juga boleh dirasai semasa melakukan hubungan intim.

3. Otot kawalan kencing dan dubur juga menjadi lemah yang menyebabkan najis dan air kencing terkeluar tanpa disedari.

Bagi kes rahim jatuh pada tahap keempat,  pembedahan buang rahim atau histerektomi akan dilakukan untuk mengelakkan kesakitan atau pendarahan serius.
 
Hal ini akan menyebabkan ketidakupayaan untuk hamil lagi pada masa akan datang.

LANGKAH PENCEGAHAN

Antara langkah pencegahan awal ialah dengan melakukan

SENAMAN LANTAI PELVIS ATAU KEGEL : Diamalkan bagi menguatkan otot dan ligamen yang memegang rahim.


Antara contoh senama KEGEL yang biasa dilakukan

Ia boleh dilakukan semasa hamil dan seawal seminggu selepas bersalin.

Selain itu,  wanita juga disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan minum air yang banyak bagi memastikan kekuatan tisu ligamen peranakan kuat.  Paling mustahak ialah mengelakkan sembelit.

Senaman dilakukan secara berkala untuk mengekalkan berat badan unggul serta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri bebas daripada ketumbuhan fibroid atau cyst. 

Nota Cinta: 
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


10 Disember 2017

PUNCA DAN TANDA-TANDA RAHIM JATUH



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Rahim Jatuh??


Rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti Rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopous. Semakin meningkat usia maka semakin berisiko untuk rahim jatuh. 



Keadaan Rahim jatuh ini mempunyai empat tahap iaitu:

Pertama : 

Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1 cm dari dalam pangkal rahim

Kedua : 

Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1 cm daripada pangkal rahim

Ketiga : 

Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina

Keempat

Rahim terkeluar dari vagina dan tidak boleh masuk semula

PUNCA RAHIM JATUH


Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa factor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopous, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti.

  • Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forceps dan vakum
  • Ibu yang melahirkan bayi besar (berat melebihi 3.5 kg ke atas) atau kelahiran kembar
  • Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10 cm.
  • Wanita yang mempunyai ramai anak
  • Ibu yang mengalami obesiti
  • Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan kea rah pelvis
  • Ibu yang mengalami batuk berpanjangan
  • Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi menyebabkan batuk yang berpanjangan
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Kerap mengangkat objek yang berat walaupun dalam postur badan yang betul

TANDA-TANDA RAHIM JATUH


Wanita harus peka akan tanda-tanda ini. Keadaan Rahim yang semakin menurun akan ditandai pelbagai symptom antaranya :

  • Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen
  • Kencing tidak lawas
  • Mudah terkencing semasa batuk atau bersin
  • Sakit belakang atau pinggang (lower back pain)
  • Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung
  • Mengalami keputihan yang banyak
  • Pendarahan yang disebabkan ulser pada rahim



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya