Memaparkan catatan dengan label ISU : DEMAM DENGGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : DEMAM DENGGI. Papar semua catatan

13 Disember 2017

FAKTA DEMAM DENGGI

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entry sebelum nie ummi pernah sharekan berkaitan DEMAM DENGGI. Kadang-kadang kita x perasan yang ada ahli keluarga kita yang kena demam denggi sebab kita sendiri x alert dan x tahu tanda-tanda awal demam denggi. 

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam



FAKTA DEMAM DENGGI

1. Fasa demam tinggi (febrile phase), selalunya dalam 72 jam hingga 7 hari. Pesakit perlu berehat di rumah dan memantau pengambilan air yang mencukupi.

2. Fasa kritikal (critical phase), bermula sejurus selepas demam reda (<38 c), kira-kira 20 peratus daripada pesakit mungkin mengalami komplikasi kebocoran plasma. Pesakit yang selebihnya akan mula beransur sihat.  Pemantauan "warning signs" adalah sangat penting.

3. Fasa sembuh atau penyerapan semula (Reabsorption or recovery phase) 24-48 jam selepas fasa kritikal. Jika ada kebocoran plasma,  air yang terkumpul akan diserap kembali. Pengambilan air seperti biasa.  Badan akan menyesuaikan semula sehingga pesakit sembuh sepenuhnya.

4. Empat jenis virus denggi :

-DEN 1
-DEN 2
-DEN 3
-DEN 4


5. Jangkitan salah satu virus akan memberikan imuniti terhadap virus itu sahaja.

6. Seseorang individu mempunyai 4 peluang terkena denggi

7. Selalunya jangkitan virus kedua akan lebih serius daripada serangan pertama.

PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI

1. Aedes aegypti : 

ciri-ciri. Tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala

2. Aedes albopictus : 

ciri-ciri. Garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan

Moga kita sama-sama dapat berjaga-jaga dan dapat mengambil langkah cepat dan terbaik bagi mengelakkan demam denggi. Moga mencegah itu lebih baik dari mengubati


Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

15 November 2017

DEMAM DENGGI


Bismillah wal hamdulilaah





DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI


  • Demam panas yang mengejut dan berterusan
  • bintik-bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala.
  • Pendarahan di kulit, hidung dan mulut
  • Muntah-muntah dan sakit perut.
NYAMUK AEDES

Mengambil masa seminggu bermula daripada telur hingga menjadi nyamuk dewasa serta menjadi ancaman kepada kita. 

PERANAN KITA
  • Periksa dalam dan luar rumah seminggu sekali
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di mana sahaja
PERANAN KITA DAN KELUARGA
  • Bantu keluarga periksa dalam dan luar rumah seminggu sekali
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes bersama keluarga
  • Jika terdapat ahli keluarga yang demam, segera dapatkan rawatan
PERANAN KITA DALAM KOMUNITI
  • Bersama menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di tempat kita
  • Bersama menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal kita
  • Beri kerjasama kepada pihak berkuasa menjalankan aktiviti kawalan denggi di tempat kita
  • Jika terdapat ahli komuniti yang demam, nasihat untuk dapatkan rawatan segera

APAKAH PETUA HILANGKAN DEMAM DENGGI?

1. SUP KETAM
Masak sup ketam. Makan sambil hirup kuah ketam setakat mana yang mampu.

2. JUS DAUN BETIK

Cari daun pokok betik yang matang dan bersihkan. Tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. Awas, jus ini sangat pahit!

3. ‘IMMUNE BOOSTER’ DARI SHAKLEE


  • VIVIX
-Menggalakkan kesihatan dalam kesluruhan badan kita

-Meningkatkan tahap imunasisi badan

-Memperbaiki sel serta menghapuskan radikal bebas juga memperbaiki DNA kita.

-Vivix adalah tonic merah pekat yang terdiri daripada 4 bahan terbaik



  • PERFORMANCE DRINK
-Membantu menstabilkan cecair dalam badan pesakit

-Memberi tenaga juga gaya ketahanan fizikal

-Meningkatkan daya ketahanan badan

-Mencegah penyahhidratan dalam badan seseorang



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya