Memaparkan catatan dengan label ISU : KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : KECANTIKAN. Papar semua catatan

22 Oktober 2018

MAKANAN YANG MENYEBABKAN PUNCA JERAWAT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Sebelum ini ummi ada berkongsi dengan semua punca-punca terjadinya jerawat. Tahukah kita, pemakanan kita seharian juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat pada wajah. Terdapat beberapa jenis makanan yang menggalakkkan kehadiran jerawat. Pastikan makanan ini dapat dielakkan bagi mengurangkan kehadiran jerawat. 

Antara makanan yang menjadi punca jerawat ialah :


1. MAKANAN BERMINYAK 


  • Makanan bergoreng pasti menjadi kegemaran semua orang. Namun bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat makanan yang berminyak seharusnya dihindari untuk mengelakkan terjadinya jerawat.

2. SUSU


  • Susu sememangnya mengandungi kalsium yang bagus untuk tulang, akan tetapi pada zaman serba canggih ini, terdapat beberapa penternak lembu yang akan menyuntik lembu peliharaan mereka dengan hormon untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran produk tenusu. Akibat dari suntikan tersebut, kandungannya akan meningkatkan hormon pertumbuhan jerawat. Penggemar susu lembu bukanlah dikehendaki terus berhenti meminum susu lembu, namun dinasihati untuk mengambilnya dalam kuantiti sederhana.

3. ALKOHOL


  • Alkohol seringkali disalahgunakan oleh remaja masa kini. Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.

  • 4. GARAM

    • Garam yang dikatakan menjadi punca jerawat disini adalah pengambilan garam secara berlebihan yang akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan.

    5. KEKACANG

    • Sejak dari dahulu lagi mitos mengatakan kekacang merupakan punca jerawat. Kacang tanah sangat sensitif terhadap kulit muka yang akan mengkibatkan jerawat kerana kacang tanah mengandungi minyak yang merbahaya terhadap kulit wajah.

    6. KARBOHIDRAT OLAHAN

    • Karbohidrat olahan seperti roti, pasta dan sebagainya mengandungi gula yang berlebihan yang akan mengakibatkan pori-pori khususnya pada wajah tersumbat sekaligus cepat menimbulkan jerawat.


    7. KERANG KERANGAN

    • Bagi mereka yang menggemari makanan seperti ini adalah digalakkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pengambilan kerang-kerangan tersebut. Pengambilan secara berlebihan dan terus menerus akan mengakibatkan kerosakan pada kulit dan mempercepatkan pertumbuhan jerawat.

    8. KUNING TELUR

    • Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.

    Jika anda mempunyai acne-prone skin, kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit berjerawat, cuba elakkan makanan seperti di atas. Di samping itu, penjagaan kulit harian adalah sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kulit.

    8 Februari 2018

    7 SEBAB PAYU DARA MENGENDUR


    BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


    Assalamualaikum semua.


    Menjadi masalah buat seseorang wanita terutamanya wanita yang belum berkahwin dan mereka yang telah berhenti dari menyusukan anak. Masalah yang sering dialami adalah berkenaan keadaan payudara mereka. 



    Antara 7 sebab mengapa payu dara mengendur ialah :

    1. Penuaan

    Kolagen yang dihasilkan oleh badan semakin berkurang

    2. Menjadi ibu

    Kehamilan dan penyusuan bayi menyebabkan saiz payu dara berubah-ubah, sekaligus meregangkan tisu payu dara.

    3. Diet secara mendadak

    Setiap kali kita menambah atau mengurangkan berat badan yang banyak (sekitar 14kg) tisu payu dara akan mengendur.

    4. Merokok

    Tabiat ini melemahkan dan menuakan kulit kerana semakin sedikit darah sampai ke permukaan kulit.

    5. Tidak menggunakan pelindung suria (sunscreen)

    Cahaya ultra ungu akan meregangkan kolagen dan merosakan kulit, sekaligus menyebabkan payu dara kendur.

    6. Memakai baju dalam yang tidak betul

    Lebih banyak payu dara anda bergerak, lebih tinggi tekanan pada kulit dan kolagen payu dara. Ini merupakan punca paling utama payu dara mengendur.

    7. Senaman impak tinggi

    Kolagen payu dara akan rosak bila anda melakukan pergerakan yang berulang-ulang.

    Ketika sebagai wanita seharusnya menjaga aset yang telah dikurniakan ini kepada kita. Penjagaan payu dara juga dapat memastikan daripada penyakit barah dan sebagainya.

    Nota Cinta:
    Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
    -012.432 2400-




    20 November 2017

    TIP MENGATASI PENUAAN


    Bismillah wal hamdulillah

    Assalamualaikum semua...

    Sebelumnie ummi ada berkongsi 5 tabiat yang boleh menyumbang kepada penuaan. Boleh la mommy2 baca dekat sini ya. (5 TABIAT YANG MENUAKAN)

    Menjadi tua adalah sebuah hal yang pasti akan dialami oleh semua tetapi menjadi tua sebelum waktunya adalah memang perkara yang semua wanita rasa tidak suka. Termasuk saya..hehehe. terdapat beberapa cara untuk mengatasi penuaan dini ini antaranya ialah. 

    1. RELAKSASI

    Stress merupakan salah satu penyebab utama dari munculnya penuaan dini. Ini kerana beban pikiran yang terpendam akan menjadikan penampilan anda menjadi lesu dan muram, sehingga akan menyebabkan kedutan . Tertawa merupakan salah satu cara untuk berelaksasi dimana nantinya akan membuat otot wajah menjadi lentur, dan juga kulit akan nampak jauh lebih awet muda. Tertawa merupakan bagian dari relaksasi yang mana akan membuat lebih rileks.

    2. Mengamalkan MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN


    Radikal bebas tentu saja sangat berbahaya untuk kesehatan kulit anda. dan jika hal ini terus menjejaskan kulit anda. Risiko penuaan dini di temui dalam kulit wajah anda dan untuk menangkal radikal bebas, salah satu caranya adalah dengan mengamalkan makanan yang kaya akan antioksidant. Misalnya saja seperti strawberry, buah naga, dll yang memang kaya akan antioksidant yang tinggi.

    3. BEROLAHRAGA


    Selain itu, olahraga menjadi salah satu kebiasaan yang boleh membuat anda menjadi lebih awet muda. Olahraga yang dilakukan secara teratur, akan membantu membuang racun yang memendap dalam tubuh, dan juga akan membantu dalam meregenerasi sel kulit pada tubuh anda. sehingga akan nampak lebih awet muda.

     

    4. ISTIReHAT YANG CUKUP


    Istirehat cukup juga menjadi salah satu cara mencegah penuaan dini

     

     

    5. HINDARI ROKOK, KOPI DAN JUGA ALKoHOL


    Hindari juga kebiasaan tidak sehat seperti merokok mengamalkan kopi juga alkohol.

    Antara lain ialah dengan mengamalkan makanan tambahan yang mengandungi Collagen, Vita C dan Vita E yang dapat membantu menjaga kulit anda. Antara supplement yang dapat membantu anda adalah SET RADIANT 4 


    Testimoni 1


    Testimoni 2

    Set The Radiant 4 ini merupakan kombinasi mantap dalam membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri secara semulajadi dari dalam.
     The Radiant 4 ini mengandungi :

    • ENERGIZING SOY PROTEIN
    • SR-VITA C PLUS
    • SHAKLEE COLLAGEN POWDER
    • GLA COMPLEX


    1) Bina Kulit Sihat dengan Protein
    Badan kita terdiri daripada jutaan sel, dan dibina dari protein. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi amat penting untuk:
    ·         Membekalkan Asid Amino Perlu, yang tak boleh dihasilkan oleh badan.
    ·         Menyokong penghasilan sel kulit sihat.
    ·         Memperbaiki dan menghasilkan sel dan tisu kulit yang baru.
    ·         Mengasilkan hormon yang sihat, dan enzim penting untuk kulit.
    ·        Menyokong penghasilan Asid Amino Glutathione, yang bantu melindungi sel kulit daripada kerosakkan oleh sinaran matahari.

    (2) Perlindungan Antioksidan Kulit dengan Vitamin C

    Sebagai antioksidan, Vitamin C bertindak meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit. Bagaimanapun, badan kita tak boleh hasilkan Vitamin C sendiri.
    Jadi, pengambilan Vitamin C yang cukup membantu untuk:
    ·         Kurangkan kedutan kulit, melegakan kulit kering dan kasar.
    ·         Menyokong sintesis kolagen, dan penghasilan semula sel kulit.
    ·         Penyembuhan luka.
    ·         Melawan serangan radikal bebas.

    (3) Tegangkan Kulit dengan Kolagen
    Kolagen merupakan struktur penting untuk kulit. Ia mengekalkan elastik kulit, dan menghalang kedutan dan menggelebeh. Hakikatnya, badan kita boleh hasilkan kolagen sendiri. Cuma, semakin umur meningkat, jumlah penghasilan kolagen makin berkurangan, sekaligus menyebabkan risiko kulit kedut dan menggelebeh.
    Berita baiknya, tanda-tanda penuaan ini boleh dilewatkan dengan pengambilan kolagen:
    ·         Elastik kulit lebih baik.
    ·         Kulit lebih tegang dan anjal.
    ·         Meminimakan pembentukan kedutan.
    ·         Mengurangkan kesan parut.

    (4) Lembapkan Kulit dengan GLA (Gamma-Linolenic Acid)
    Kulit yang sihat bergantung kepada jumlah lipid kulit, terutamanya gamma-linolenic acid (GLA). Asid lemak ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dengan :
    ·         Mengurangkan kegatalan dan pengelupasan kulit.
    ·         Mengekalkan kelembapan kulit.
    ·         Melawan keradangan.

    Efek anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) makin meningkat dengan pengambilan Vitamin C.
    Ikhlas penuh cinta :
    ummi Tasneem.Kauthar.Ali
    -01234322400-

    19 November 2017

    5 TABIAT YANG MENUAKAN


    BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


    Assalamualaikum semua...

    Wanita dan penjagaan kecantikan memang biasa. Tetapi kadang-kadang bila rutin penjagaan kecantikan telah betul, tetapi kita masih kelihatan lebih tua daripada rakan seusia. Tahukah kita penjagaan kecantikan turut disumbangkan oleh tabiat pemakanan kita.

    Sekiranya anda mempunyai salah satu tabiat yang dinyatakan ini, sila ubah agar anda tidak menjadi tua sebelum masanya. 



    • SUKA BERJAGA MALAM
    "Beauty sleep" bukan sekadar cakap-cakap, tapi ianya memang perlu untuk         menjaga kecantikan. Orang yang kurang tidur akan mempunyai mata               sembap dan lingkaran hitam serta wajah yang pucat. ini membuatkan               anda kelihatan kurang sihat dan tidak menarik pada pandangan orang. 
    • JARANG MINUM AIR
    Air amat penting untuk mengekalkan kelembapan dan membantu menghantar nutrien penting kepada kulit. Sel kulit dapat dipermudakan dengan lebih cepat. Sebaliknya kekurangan air akan menyebabkan kulit menjadi kering, tegang, mengelupas yang akan menjadikan kita kelihatan tua. Selain meminum air, anda juga boleh memakan makanan yang tinggi kandungan airnya seperti mentimun, tomato dan terung. 
    • SUKA MAKANAN MANIS
    Kalau anda adalah orang yang 'mesti' memakan makanan manis selepas makan, anda sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut. Makanan yang tinggi gula bukan sahaja menyebabkan anda gemuk, malah menambahkan risiko diabetes dan masalah kulit seperti jerawat dan kedut.
    • BERSENAM HANYA BILA MAHU KURUS 
    Senama secara tetap membantu mencegah penyakit berkaitan usia. Senaman harian dapat menurunkan paras kartisol dan meningkatkan hormon yang berguna seperti testosteron. Ia juga membantu mengawal tekanan darah tinggi, memperbaiki mood dan memastikan diri kuat dan fleksibel bila umur meningkat. 
    • MAKAN SECARA TERGESA-GESA ATAU MAKANAN SEGERA
    Makanan segera mempunyai paras garam, lemak, dan kolestrol yang tinggi yang akan mempercepatkan proses penuaan dan menambahkan kecenderungan untuk gemuk. Elakkan makanan yang diproses dan makan makanan semula jadi.

    Nota Cinta :
    Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
    -012.4322400-
    Daisypath Anniversary tickers
     

    Followers

    About Me

    Foto Saya
    Fakhrati Aziz
    Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
    Lihat profil lengkap saya