Memaparkan catatan dengan label MASALAH : FIBROID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH : FIBROID. Papar semua catatan

8 Disember 2017

FIBROID DAN LANGKAH PENCEGAHAN AWAL



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Entry sebelum nie ummi ada kongsikan tentang KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL DAN KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN tersebut. Kebanyakkan wanita mengalami masalah fibroid telah lama sewaktu mereka bujang dan ianya berlarutan sehingga mereka berkahwin. 



Punca-punca berlakunya Fibroid :




1. Hormon Estrogen :

Wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

2. Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.


Tanda-tanda Fibroid :

1.     Haid yang banyak dan berpanjangan
2.     Senggugut
3.     Pendarahan selepas bersama
4.     Kembung perut
5.     Kerap kencik
6.     Sukar untuk mengandung

Rawatan Fibroid

Rawatan utama bagi mereka yang menghidap Fibroid adalah pembedahan kerana sehingga hari ini belum ada ubat khusus yang mampu mengatasi masalah Fibroid ini.

Antara rawatan pembedahan ialah :

  • 1. Miomektomi – Tindakan ini melibatkan pembuangan fibroid namun rahim masih tetap dijaga. Hal ini sangat dianjurkan bagi para wanita yang ingin memiliki anak di masa depan. Tindakan ini dapat dilakukan melalui vagina, pembedahan lubang kunci, atau sayatan pada perut.
  • 2. Histerektomi – Tindakan ini melibatkan pengangkatan rahim, sehingga tidak sesuai bagi mereka yang masih ingin memiliki anak.
  • 3. Ablasi Endometrial – Tindakan ini melibatkan pembuangan lapisan pada rahim dan hanya disarankan bagi para wanita yang memiliki fibroid yang terletak di lapisan dalam rahim.

LANGKAH PENCEGAHAN AWAL

FIBROID 








1. GLA COMPLEX


GLA Complex Shaklee merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ianya mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kebanyakan GLA tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), mesti ramai wanita sudah biasa dengar EPO. Tapi apa lebihnya GLA Shaklee berbanding EPO lain. Ini adalah kerana GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan


Testimoni Pengguna





2. VIVIX

Antara fungsi VIVIX ialah 

1) Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

2) Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3) Membantu meningkatkan fungsi 

Otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar…Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Moga dengan perkongsian ini mampu membantu sahanat-sahabat ummi yang punyai masalah Fibroid ataupun Cyst. 


Ikhlas penuh Cinta :

Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

30 November 2017

KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN


Bismillah wal hamdulillah


Entry sebelum ini kita ada membincangkan tentang KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL. Kali ini kita akan membincangkan tentang KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN. Lebih kurang 10 hingga 30 peratus wanita yang mempunyai fibroid mengalami komplikasi semasa hamil. Komplikasi berikut akan berlaku pada 2 fasa kehamilan iaitu:


  • PERINGKAT AWAL KEHAMILAN

Pada peringkat awal kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Keguguran : Kadar keguguran spontan adalah meningkat sekali ganda bagi wanita yang mempunya fibroid. Meningkatnya kekerapan kontraksi rahim disebabkan kehadiran fibroid, kesan tekanan fibroid terhadap janin dan bekalan darah kepada uri dan janin yang terjejas adalah faktor yang dikaitkan dengan risiko keguguran.
  2. Pendarahan pada awal kehamilan : Lokasi di mana fibroid berada menentukan risiko pendarahan. Pendarahan di awal kehamilan biasanya lebih kerap berlaku sekiranya uri melekat pada tempat hampir dengan fibroid berbanding kehamilan di mana uri dan fibroid berada di lokasi berlainan. 
  • PERINGKAT LEWAT KEHAMILAN
Pada peringkat lewat kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Kelahiran pra matang : Wanita yang mempunyai fibroid lebih berisiko untuk bersalin awal (tidak cukup 37 minggu) berbanding wanita tanpa fibroid. Risiko ini meningkat sekali ganda dan lebih tinggi sekiranya wanita tersebut mempunyai berbilang fibroid atau fibroid yang duduk berhampiran dengan uri.
  2. Pendarahan uri (placental abruption) : Terdapat kajian yang mengaitkan pendarahan uri dengan fibroid. Ia menunjukkan risiko uri berdarah meningkat tiga kali ganda dan risiko ini berlaku terutama pada wanita hamil yang urinya melekat pada fibroid. Oleh kerana fibroid bukanlah tempat yang sesuai atau tempat semula jadi bagi pelekatan uri, maka tidak hairanlah uri akan mudah lekang dan berlaku pendarahan. 
  3. Uri bawah (placenta previa) : 2 kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai fibroid mempunyai risiko 2 kali lebih tinggi untuk mengalami masalah uri bawah. Ini mungkin disebabkan sekiranya fibroid telah menduduki bahagian atas rahim, uri lebih terdorong untuk melekat di bahagian bawah. 
  4. Sekatan tumbesaran janin dan kedudukan janin yang tidak normal : Secara amnya, tumbesaran janin tidak terjejas dengan kehadiran fibroid. Walaubagaimanapun, bayi bagi wanita yang mempunyai fibroid selalunya kecil. Ini mungkin disebabkan ruang rahim yang terhad untuk proses tumbesaran bati terutama jika fibroid itu membesar. Ada kes terpencil di mana fibroid yang besar boleh memberikan tekanan kepada janin menyebakan bayi yang dilahirkan mengalami kecatatan struktur tubuh seperti tempang dan sebagainya.  
  • BERSALIN DAN KELAHIRAN
Pada peringkat bersalin, ia boleh menyebakan :
  1. Kedudukan janin yang tidak normal, sekatan bersalin (di mana kepala bayi tidak boleh turun semasa proses bersalin disebabkan gangguan dari fibroid dan pembedahan Ceasarean 
  2. Pendarahan selepas bersalin : Kajian menunjukkan wanita mempunyai fibroid lebih cenderung mengalami pendarahan. Pendarahan ini adalah disebabkan fibroid tersebut boleh mengganggu struktur rahim dan seterusnya mengurangkan keupayaan otot rahim untuk mengecut bagi menyekat pendarahan yang banyak. 
  3. Lekat uri (retained placenta) : Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai fibroid berisiko untuk mengalami masalah lekat uri selepas melahirkan berbanding wanita tanpa fibroid. 
RAWATAN 

Kesakitan disebabkan fibroid semasa kehamilan biasanya dirawat secara konservatif iaitu dengan rehat yang banyak dan memakan ubat tahan sakit. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penahan sakit yang diberi secara suntikan jika keadaannya lebih serius.

Bagi mereka mempunya masalah fibroid dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaiknya sebelum mereka hamil bagi memastikan tiada sebarang komplikasi ketika hamil.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

29 November 2017

KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL


Bismillah wal hamdulillah

APA ITU FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa dari sel-sel otot Rahim. Fenomena ini biasa berlaku di kalangan wanita pada usia subur, dengan kekerapannya di antara 40 hingga 60 peratus pada usia 35 tahun dan meningkat kepada 70 hingga 80 peratus pada usia 50 tahun




Disebabkan kerapan masalah fibroid ini, maka tidak hairanlah fibroid juga ditemui di kalangan wanita hamil. Kebanyakkan wanita hanya mengetahui mereka mempunyai fibroid setelah mereka hamil . Ini adalah kerana semasa imbasan ultrabunyi akan dilakukan untuk melihat keadaan janin di dalam kandungan. 

Wanita yang mengalami fibroid tidak perlu risau kerana kebanyakkan fibroid tidak memberikan apa-apa masalah semasa kehamilan  walaupun akan terdapat pertambahan pada saiz fibroid tersebut dalam tempoh 10 minggu pertama kehamilan. 


SIMPTOM FIBROID

Antara simptom-simptom awal fibroid yang dapat dikenalpasti ialah :

  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Haid yang banyak, sakit ketika haid dan berpanjangan
  • Tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar
  • Sembelit teruk
  • Fibroid yang membesar akan menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar. Apabila najis terhimpit lama-lama menyebabkan sembelit kronik akan berpanjangan.
  • Kencing tidak lawas
  • Sama seperti sembelit ketumbuhan fibroid akan menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing menjadi kecil dan sukar untuk membuang air kecil
Bagi wanita hamil, fibroid boleh menyebabkan kesakitan sekiranya fibroid tersebut mengalami 'red degeneration', berpusing (torsion) bagi fibroid yang bertangkai (pedunculated fibroid) atau berhimpit (impaction). 


Ibu hamil akan merasa sakit kerana :

  • Peningkatan tumbesaran fibroid akan menyebabkan tisu-tisu fibroid mengalami kekurangan bekalan darah dan seterusnya berlaku kekurangan oksigen (anoxia), kegagalan sel (necrosis) dan kemusnahan sebahagian sel fibroid (infarction)
  • Perkembangan fibroid menyebabkan saluran darah ke kawasan fibroid terhimpit dan proses kemusnahan sel-sel fibroid berlaku.
  • Penghasilan Prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terhasil daripada kemusanahan sel-sel fibroid.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya