Memaparkan catatan dengan label ISU : KANSER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU : KANSER. Papar semua catatan

26 Oktober 2018

MAKANAN YANG MEMBANTU MENCEGAH KANSER




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum

Sebulan yang lepas saya dikejutkan dengan suami seorang sahabat yang disahkan mengalami kanser usus. Sebelum itu dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat guru di FB yang turut meninggal disebabkan kanser. Sungguh terkejut dan sangat menginsafkan saya. Terkenang wajah anak-anak yang masih kecil yang masih perlukan ummi. 

Anggaran Peningkatan Pesakit Kanser Seluruh Dunia pada Tahun 2020 Boleh Meningkat Sehingga 50% Iaitu Bersamaan Dengan 15 Juta Orang !
Sungguh menakutkan bila terkenang jumlah pada penyataan di ataskan. Ini adalah fakta yang telah dikongsi dalam laporan Kanser Sedunia.  Dengan peningkatan setiap tahun ianya menunjukkan rakyat Malaysia semakin kurang dengan penjagaan kesihatan. 

Pada zaman sekarang, faktor pemakanan kita menyumbang kepada 35 % berlakunya kehadiran kanser. Adalah sangat mendukacitakan kerana makanan yang sepatutnya menyediakan kita kesihatan telah menjadi penyebab utama masalah kanser. 


Antara makanan yang dapat membantu mencegah kanser ialah :

1. Buah-buahan

  • Buah-buahan adalah makanan antikarsinogen yang paling efektif. Beberapa kajian saintifik tertentu telah dijalankan diseluruh dunia telah menunjukkan bahawa pengambilan buah yang banyak dapat mencegah kebanyakkan jenis kanser. Antara buah yang terbaik ialah buahan sitrus seperti lemon, oren, dan limau gedang. Ianya terbaik kerana buahan sitrus ini adalah kesan gabungan vitamin c, flavonoid, limonoid dan pektin. 
  • Buah Plum pula dapat melindungi daripada kanser kolon
  • Buah nenas dapat mencegah daripada kanser perut
  • Anggur : Kandungan resveratrol yang terkandung di dalam anggur terutamanya dalam kulit anggur adalah bersifat antikarsinogenik
  • Beri hitam : Ianya kaya dengan antioksidan yang meneutralkan kesan karsinogenik dari radikal bebas.

2. Minyak Zaitun

  • Kajian yang dijalankan di Sepanyol dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa apabila minyak zaitun digunakan untuk menggantikan lemak makanan yang lain, ia mengurangkan risiko kanser payudara.

3. Bijian Penuh

  • Serat di dalam bijian penuh mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus. Ia juga menahan dan membuang bahan-bahan karsinogenik yang mungkin ada di dalam saluran penghadaman, seterusnya menyingkirkan bahan-bahan itu melalui najis. Bijan juga mengandungi Fitat yang bertindak sebagai antikarsinogen walaupun ia juga mengurangkan penyerapan zat besi dan zink. 

4. Sayur-sayuran 


  • Semua sayur-sayuran sama ada pada tahap yang lebih tinggi atau rendah, ianya melindungi daripada kanser. Sayur-sayuran kaya dengan vitamin C, provitamin A, dan fitokimia antioksidan . Antara sayur-sayuran yang paling efektif ialah :
  • Bit Merah : mengandungi fitokimia anti-karsinogenik.
  • Lobak Merah : Walaupun lobak kebanyakannya dianggap baik untuk seseorang penglihatan mata, penyelidikan dari sepuluh tahun yang lalu menunjukkan bahawa mereka juga baik terhadap beberapa jenis kanser, satu daripadanya adalah kanser prostat. Satu kajian telah dilakukan ke atas tikus yang diberi makan pengambilan lobak merah dan kajian menunjukkan bahawa lobak merah boleh menghentikan pertumbuhan kanser prostat. Lobak mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain juga, tidak ada sebab untuk tidak makan mereka. 
  • Brokoli : Brokoli adalah salah satu yang terbaik pejuang kanser semula jadi terhadap pelbagai jenis kanser. Kolon dan kanser pundi kencing adalah antara dua kanser bahagian yang boleh dirawat atau dicegah apabila makan brokoli. Simpan dirempat yang segar, sejuk beku atau pra-masak, ia masih mengekalkan kebanyakan nilai pemakanan. Tahap serat yang tinggi dalam brokoli juga boleh membantu dengan penghadaman anda, jadi brokoli adalah sayur-sayuran yang bermanfaat untuk kesihatan anda makan kerap.
  • Tomato : Tomato yang sihat dan lazat pada masa yang sama. tomato yang dimasak membantu badan anda mengeluarkan lebih lycopene, fitokimia tertentu yang menyediakan manfaat melawan kanser. Tomato juga menyediakan anda dengan banyak antioksidan untuk badan anda, dan dikenali untuk menjadi berguna untuk merawat atau mencegah kanser prostat.

5. Yogurt

  • Berbeza dengan susu dimana pengambilannya dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser, yogurt melindungi daripada penyakit khususnya kanser payudara. Kandungan kultur bakteria aktif dalam yogurt dan asid laktik sebahagiannya membantu mencegah kanser. 

Antara buah-buahan terbaik yang dapat membantu mencegah kanser ialah anggur. Antara supplement yang mengandungi anggur terbaik dunia ialah VIVIX SHAKLEE. 


Antara fungsi utama VIVIX ialah :

  • Mengandungi muscadine grape yang membantu anti kanser dan anti radang kerana didalam muscadine grape terdapat alergi asid.
  • Mengandungi resveratrol dan antioksidan yang tinggi dan bertindak sehingga ke tahap sel serta mampu mengembalikan sel DNA yang rosak dan memanjangkan telomere.
  • Mengikut satu kajian saintis di New Aork akademi sains bahawa resveratrol mempunyai kesan anti kanser, membantu menyekat kanser dari peringkat awal. Dan mengikut kajian biology kanser dan terapi mendapati bahawa resveratrol ini membantu menghalang sel sel normal berubah menjadi sel kanser.



Antara testimoni pengguna adalah seperti di bawah. 


Kanser Rahim


Kanser Ovari

Penjagaan pemakanan kita seharian dapat membantu kita mencegah serangan kanser sekiranya di ambil mengikut kadar keperluan dan mengikut pemakanan yang sihat. Langkah pencegahan itu adalah lebih baik dari mengubati. 



Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 
atau klik link di bawah untuk pembelian.


16 Oktober 2018

TANDA AWAL KANSER YANG PERLU KITA TAHU



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Cerita 1 :


3 bulan lepas ada seorang kakak nie yang pm ummi bertanyakan vivix untuk suaminya. Katanya suaminya selalu keluar masuk hospital sebab masalah usus dan masalah dalam perut. Mulanya beliau suspect yang suaminya ada masalah sembelit, akhirnya suami beliau didiagnose dengan Kanser Usus. Maka bermulalah episod kimoterapi.

Cerita 2 :


Seorang kenalan ummi nun jauh di Selatan yang selalu pm ummi sebab suaminya selalu demam dan sihat. Kiranya keluar masuk hospital dh selalu. Last beliau ada pm ummi yang suaminya suspected SLE dan leukimia. Syafakillah untuk kedua-dua sahabat ummi. Sungguh sakit dan ujian itu datang tanpa di duga. 

Ummi nak berkongsi dengan semua beberapa tanda kanser yang perlu kita ketahui dan perlu ambil kisah demi kesihatan kita. 



APA ITU KANSER?

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

TANDA-TANDA AWAL

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. “Asid Perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut.
Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja.
Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.
5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan.
Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.
6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu ‘pembunuh senyap’ sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.
7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.
8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.
9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya