Memaparkan catatan dengan label MASALAH : DIABETES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH : DIABETES. Papar semua catatan

6 November 2018

TIP KAWAL GULA DALAM DARAH DAN MENGURANGKAN MASALAH KENCING MANIS KETIKA MENGANDUNG



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Dalam entry sebelumnie ummi ada kongsikan dengan semua berkenaan GDM atau DIABETES  ketika hamil. Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis juga berisiko terjadi untuk ibu mengandung. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.


Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :
  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga 
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Penting bagi ibu mengandung mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat atau cucuk insulin sekiranya perlu. Sekiranya hanya perlu melakukan kawalan pemakanan, ibu mengandung bolehla mencuba beberapa tip bagi mengurangkan dan menghilangkan masalah kencing manis tersebut. 

Antara tip yang dapat dilakukan ialah:

1. MAKAN MENGIKUT JADUAL


  • Penting bagi ibu mengandung untuk mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi memastikan badan kita dapat menghadam dan  penghasilan insulin dalam tubuh berlaku dengan tetap. 
  • Penjagaan waktu makan adalah penting agar kita mendapat metabolisme yang baik. Pakar Nutrisi mencadangkan 6 waktu pengambilan makanan (sajian) sehari iaitu : sarapan, minum pagi, makan tengahhari, minum petang, makan malam dan minum sebelum tidur. 

2. MELAKUKAN SENAMAN RINGAN


  • Ibu mengandung juga digalakkan melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan kerana senaman ini mampu membantu membakar lebih banyak gula, mencegah gaya hidup tidak aktif dan dapat mengawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan. 
  • Lakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya dua kali sehari. Senaman ini mampu membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan meransang metabolisme badan. 

3. PENGAMBILAN MAKANAN SERAT


  • Serat merupakan sumber tumbuhan yang susah untuk dihadamkan. Serat adalah sangat penting kerana membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Serat juga memperlambat pengosongan perut dan mencegah sembelit.
  • Terdapat dua jenis serat iaitu :
            ❤Serat larut air : oat, kekacang, sayur–sayuran, buah-buahan.
            ❤Serat tidak larut air : produk bijirin penuh, beras perang, biskut mil penuh
  • Makanan berserat akan merangsang pengeluaran insulin secara seragam dan menghalang pelepasan insulin yang berlebihan ke dalam darah, membantu menyeimbangkan tahap insulin dan mencegah timbulnya diabetes. 

4. PENGAMBILAN PROTEIN



  • Makan makanan protein secara sederhana 2-3 hidangan sehari. Pilih makanan protein yang kurang lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging kurang lemak.
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

5. PENGAMBILAN VITAMIN

  • Vitamin D penting untuk beberapa proses dalam tubuh kita termasuk penyerapan vitamin dan nutrien penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat. Dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D seperti Susu, Salmon, Daging dan Cendawan. Badan kita akan dapat menyerap nutrien dari makan yang diambil secara berkesan & berterusan sepanjang hari. Vitamin D juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat di usus, yang penting untuk kehamilan yang sihat.

  • Vitamin C. Hasil beberapa penelitian menyatakan bahawa penghidap diabetes berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin C, oleh karena itu pengambilan vitamin C harus diperhatikan. Vitamin C sendiri juga memiliki peranan dalam mengendalikan kadar gula darah dan jumlah kolesterol pada penderita diabetes.
Antara suplemen yang dapat membantu masalah ini ialah : 


MANFAAT SET KEHAMILAN INI IALAH :

❤ESP :
  • Sumber protein yang memberikan tenaga secara berpanjangan. Bantu kawal gula dalam darah waktu hamil. Memelihara kesihatan & kecantikan kulit ibu dan bayi. Membantu pembentukan organ bayi.

❤Vitalea :
  • Multivitamin yang membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Mengandungi iron yang membantu meningkatkan hb.

❤Vitamin C :
  • Meningkatkan Antibodi, membantu melawan penyakit. Mencegah alahan dan masalah gusi berdarah. Menjaga kesihatan kulit ibu hamil untuk elak streachmark yang teruk.

❤Bcomplex with folic Acid :
  • Mengubah makanan menjadi tenaga. Anti-stress / kawal keseimbangan hormon ibu hamil. Menyokong tumbesaran janin secara sihat dan mencegah kecacatan pada janin.

❤Ostematrix :
  • Membantu memelihara kesihatan tulang dan gigi. Membantu mengatasi sembelit. Memberikan tidur yang lebih lena. Menghilangkan sakit-sakit badan, simpul biawak & rasa kebas waktu hamil.

❤Omega Guard :
  • Kandungan EPA & DHA menyokong perkembangan otak bayi. Mengawal kolesterol dan berat badan ibu hamil.



TESTIMONI HB LOW DAN GDM KETIKA HAMIL

Ibu-ibu mengandung bolehlah mencuba tip yang telah saya kongsikan di atas bagi membantu masalah kencing manis ketika mengandung. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi membantu mengatasi masalah anda. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian


5 Oktober 2018

JENIS DIABETES DAN SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

APA ITU DIABETES?

Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh itu ia akan menyebabkan gula dalam darah akan meningkat.

Ada 2 jenis Diabetes iaitu:

1. Diabetes Jenis 1
  • Suatu keadaan dimana tubuh tidak dapat menghasilkan hormon insulin. Sehingga pesakit hendaklah menggunakan suntikan insulin untuk mengatur gula darahnya. Sebahagian besar pesakit adalah anak-anak & remaja.

2. Diabetes Jenis 2


  • Terjadi kerana tubuh tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi atau kerana insulin tidak dapat digunakan dengan baik (resistensi insulin). Jenis ini merupakan yang terbanyak dihidapi pada hari ini (90% lebih), dan sering terjadi kepada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun, gemuk dan mempunyai keturunan diabetes dalam keluarga.



FAKTA RINGKAS TENTANG DIABETES

  • Diabetes yang sering dirujuk oleh doktor sebagai diabetes melitus, merangkumi sekumpulan penyakit metabolik di mana pesakit mempunya tahap glukosa darah (gula darah) yang tinggi, samada ada kerana pengeluaran insulin tidak mencukupi atau kerana sel badan tidak bertindak balas dengan sewajarnya kepada insulin atau kedua-duanya sekali. 
  • Gejala diabetes paling umum termasuk :
  1. Kerap kencing
  2. Rasa teramat haus dan lapar
  3. kenaikan berat badan
  4. Kehilangan berat luar biasa
  5. Kelesuan
  6. Luka dan lebam yang tidak sembuh
  7. Disfungsi seks lelaki
  8. Kebas pada tangan dan kaki
  • Jika anda menghidap diabetes, anda mempuyai keberangkalian dua kali lebih tinggi berbanding seseorang yang tiada diabetes untuk mengalami sakit jantung atau strok. Penghidap diabetes juga cenderung mengalami sakit jantung atau strok pada usia lebih awal daripada orang lain.
  • Diabetes jenis 1 kekal sepanjang hayat, tetapi boleh dikawal menggunakan insulin. Manakala diabetes jenis 2 biasanya dihidapi disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat dan boleh dicegah melalui kombinasi senaman, pemakanan yang sihat dan kawalan berat badan.
  • Komplikasi yang dikaitkan dengan diabetes yang tidak dikawal adalah termasuk kerumitan komplikasi mata, masalah jantung, hipertensi, kesihatan mental dan strok. 

Testimoni pengguna : Bacaan gula makin stabil

Testimoni Pengguna : Beli vivix untuk tenaga...Alhamdulillah bacaan gula makin turun


SET DIABETES SHAKLEE

VIVIX UNTUK KENCING MANIS :
  • Mencegah pembentukan protein AGE ( gula berlebihan + protein yang berlebihan ) yang menjadi punca terjadinya pelbagai komplikasin kencing manis.
  • Resveratrol dalam VIVIX Membantu memulihkan sel yang rosak akibat pembentukan Protein AGE.
  • Resveratrol membantu menurunkan paras gula dalam darah meningkatkan HLD ( Kolesterol baik) dalam darah.
ESP :
  • Mempunyai nilai Indek Glimeks yang rendah yang dapat membantu mengawal kandugan gula dalam darah.
  • Membantu memberikan tenaga tanpa menaikkan paras gula dalam darah.
GLA Complex :
  • Menghalang komplikasin diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
B-Complex :
  • Membantu mengubah gula menjadi tenaga dan sekaligus dapat mencegah dari terbentuknya protein AGE.
  • Membantu mengurangkan masalah sakit saraf bagi penghidap diabetes.
Vita-lea :
  • Membekalkan Zinc yang diperlukan untuk penghasilan insulin.
  • Mengandungi Chromium yang merupakan mineral dalam makanan yang membantu insulin untuk bekerja secara lebih efektif dan membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik.kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.
Alfalfa :
  • Mengandungi mineral Mangan yang dapat bantu menurunkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengaktifkan hormon insulin dalam darah jadi paras gula dalam darah akan kembali ke tahap yang normal

6 Disember 2017

LEMAK YANG MEMBUATKAN PERUT SEMAKIN BUNCIT


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH 




Salah satu dilema apabila mempnyai perut yang buncit ialah kita akan merasa kurang keyakinan untuk menggayakan pakaian dan berhadapan dengan masayarakat. Apa sebenarnya yang menyebabkan lemak cenderung berkumpul di bahagian perut?

1. Pengumpulan lebihan lemak di kawasan perut lebi berbahaya berbanding lemak di bahagian punggung atau paha. Lemak di bahagian perut seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis jenis 2. Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sering menyumbang kepada masalah ini.

2. Makanan tinggi lemak bukanlah penyumbang utama kepada masalah ini tetapi pengambilan kalori yang tinggi dalam apa jua bentuk makanan boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak di bahagian perut. Genetik, diet, umur dan gaya hidup memainkan peranan penting. Mengubah pelan diet kepada makanan yang lebih sihat boleh membantu mengurangkan lemak di bahagian perut. 

3. Kajian yang dilakukan oleh Penyelidik di Universiti Wake Forest mendapati bahawa lemak trans, lemak yang tercipta oleh minyak separa hidrogensi boleh meningkatkan pengumpulan lemak di sekitar bahagian perut. Lemak trans boleh didapati dalam makanan seperti marjerin, pastri, biskut, keropok, dan makanan bergoreng.

4. Makanan segera biasanya tinggi kandungan lemak, makanan berkalori tinggi yang dimakan dalam jumlah yang besar, yang mana semuanya menyumbang kepada lebihan kalori, penambahan berat badan, dan lemak apabila dimakan dengan kerap. 

5. Untuk mengecilkan saiz pinggang, tambahkan bijirin dalam diet anda. Contohnya pilih makan beras perang daripada beras putih. Makanan yang telah diproses boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kajian yang dijalankan oleh the American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa diet kalori terkawal yang kaya dengan bijirin mampu mengurangkan lemak di bahagian pinggang dan perut.

Nota Cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-


8 November 2017

PANDUAN PENGAMBILAN GULA

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua..

Apa itu GULA?

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semula jadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.

Gula yang paling biasa adalah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan beberapa bijian sarapan. 

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. 



Jenis-jenis GULA

1. Gula Semula Jadi

Gula yang terdapat secara semula jadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu. 

2. Gula Tersembunyi

Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti di dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.

KESAN GULA TERHADAP KESIHATAN

1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.

3. Mengakibatkan gangguan gastrousus.

4. Menggalakkan pembentukan karies gigi.

5. Mengakibatkan kekurangan nutrien disebabkan kecenderungan individu yang mengambil gula secara berlebihan. 

7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap, dan kordial,
  • Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan mengambil snek dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan. 
  • Pilih produk makanan dan minuman yang label "rendah gula" dan "bebas gula 
MAKAN SECARA SIHAT

AMALKAN 5M

  1. Mengurangkan gula
  2. Mengurangkan garam
  3. Mengurangkan minyak
  4. Melebihkan sayur-sayuran
  5. Melebihkan buah-buahan

ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-

6 November 2017

5 TIP MENCEGAH DIABETES




Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua.

Harinie ummi nak share sikit crita tentang Diabetes. Diabetes atau kencing manis terjadi apabila pancreas tidak berupaya menghasilkan insulin yang mencukupi bagi memproses gula kepada tenaga.



Entry kalinie ummi nak share 5 TIP mencegah diabetes

1. SARAPAN PAGI

-Penelitian menunjukkan bahawa seseorang yang sering sarapan memiliki kadar gula darah yang lebih rendah jika dibandingkan dengan orang-orang yang jarang sarapan. Justeru kita digalakkan tidak melewatkan sarapan pagi.

 2. MAKANAN SIHAT

-Elakkan makanan yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah seperti nasi, roti dan juga kentang. Kita digakkan mengambil makanan berasaskan gandumseperti oat mil, bijirin dan roti penuh serat untuk mengawal kadar gula dalam darah.

3. AIR PUTIH

-Minum segelas air yang menyegarkan dapat membantu gula dalam darah. Sebuah kajian dalam jurnal Diabetes Care menemukan bahawa orang yang minum air putih sekitar 500ml atau kurang setiap hari, risikonya sekitar 30% memiliki kadar gula dalam darah adalah tinggi.

4. JANGAN SIMPAN STOK MAKANAN MANIS DI RUMAH.

-Orang dewasa juga kadang-kadang gemarkan makanan manis seperti kanak-kanak.Elakkan daripada menyimpan makanan manis di rumah. Gantikan dengan buah-buahan , kekacang, kismis dan kurma sebagai kudapan.


5. AKTIF


-Jarang melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Sebaliknya, aktif bergerak mampu menurunkan kadar gula darah sekaligus meningkatkan sensiviti insulin. Kajian menunjukkan seseorang yang berjalan kaki setiap hari akan menurunkan risiko untuk terkena diabetes sehingga 30%.  


Ikhlas penuh Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

9 April 2017

VIVIX MEMBANTU MASALAH DIABETES




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Diabetes atau dapat disebut dengan kencing manis atau penyakit gula dalam darah. Salah satu jenis penyakit kronik yang mempunyai tanda awal berupa meningkatnya kadar gula di dalam darah akibat adanya gangguan sistem metabolisme di dalam tubuh. Diabetes ini tidak dapat disembuhkan namun kadar gula darah dapat dikawal.



Tahukah kita yang selain dari penyakit jantung, diabetis juga merupakan penyakit No.1 yang melanda masyarakat kita pada hari ini. 1 daripada 5 orang dewasa dianggarkan menghidap diabetis di Malaysia dan Malaysia merupakan negara ke 4 tertinggi rakyatnya penghidap diabetes. 



Antara salah satu fungsi penghasilan Vivix adalah bagi mengawal gula dalam darah. Ini dapat membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula mereka.
Jom kita lihat bagaimana Vivix membantu pesakit kencing manis kawal paras gula dalam darah 


1. Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 
  • Vivix merupakan suppliment Antioksidan, jadi antioksidan yang terdapat dalam vivix menjadi pelindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama membaikpulih sel. Pengambilan Vivix secara berterusan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mencegah sindrom metabolik akibat kerosakan gen di mana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah. 
  • Secara normal, selepas makan, insulin dilepaskan dari pankreas dan memberi signal kepada jaringan sensetif pada tubuh untuk menyerap glukosa dan kadar glukosa akan menurun dalam darah. Tetapi bagi pesakit diabetes, sensitiviti terhadap insulin sgt rendah, kadar rembesan insulin tidak dapat merangkumi atau menyerap sepenuhnya glukosa yang terjadi didalam tubuh selepas pengambilan makanan, sekaligus menyebabkan kadar glukos meningkat dan terkumpul didalam darah. Ini dipanggil Sindrom Resistansi Insulin yang lazimnya mengakibatkan Diabetes Melitus type 2.

  • Disinilah Vivix menjalankan kewajipannya. Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi akan bertindak sehingga keperingkat sel dan memperbaiki sel yang rosak serta memberikan tenaga kepada sel selanjutnya meningkatkan sensetiviti sel utk bekerja dengan lebih sempurna untuk menyerap glukosa dan meningkatkan sensetiviti pankreas utk merembeskan insulin dengan jumlah yang lebih banyak. Ini bagi memastikan glukosa lebih mudah diserap dan ditukar menjadi tenaga oleh sel
2. Membantu  Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah 

  • Karbohidrat yang kita ambil hari2 tu membantu penghasilan tenaga untuk tubuh kita, dimana ianya akan dicerna dan ditukar menjadi glukosa. Di situlah terhasilnya tenaga. Jika pengambilan karbohidrat berlebihan dan tidak terkawal akan mengakibatkan glukosa berlebihan dilepaskan serentak. Akibatnya tidak semua glukosa dapat ditukar menjadi tenaga sekaligus berisiko untuk diabetes. 


  • Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee di mana ia membantu mengurangkan risiko diabetis dengaan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan dalam darah. 

3. Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.
  • Glukoma merupakan penyakit yang menghantui pesakit kencing manis kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, pasakit juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat sekiranya terluka sehingga ke suatu tahap di mana anggota badan terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata. 

4. Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE 
  • Gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pembentukan Protein AGE (advanced glycation end products) yang menyebabkan sel-sel tubuh rosak sekaligus tidak mampu berfungsi dengan baik.  Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

TESTIMONI PESAKIT DIABETES


"Alhamdulillah...setelah 11 tahun menghidap diabetes akhirnya dengan pengambilan VIVIX membantu seorang ibu menurunkan bacaan gula dalam darah."



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya