25 November 2017

PENCETUS STRESS KANAK-KANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Apa itu stres? 

Stres adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi seseorang kesan daripada tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan oleh susuatu bebanan yang menimpa seseorang. Apabila berlakunya stres, tubuh badan akan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan keadaan ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Biasanya kita beranggapan orang dewasa sahaja yang pernah mengalami stress sedangkan kita terlupa bahawa kanak-kanak dan remaja juga amat sensitif pada stress. Mereka mudah mengesan dan bereaksi kepada stress yang berlaku di dalam keluarga, selain turut mengalami stress mereka sendiri. Biasanya apa sahaja perkara yang boleh menimbulkan rasa takut atau bimbang akan mencetuskan stress pada kanak-kanak. 



TANDA-TANDA STRESS

1. Kanak-kanak Prasekolah


  • Marah
  • Gelisah
  • Sukar makan dan tidur, termasuk mengigau
  • Takut bersendirian
  • Kembali kepada perangai bayi
  • Menggigil ketakutan
  • Menangis yang sukar dikawal
  • Menyendiri
2. Kanak-kanak Sekolah
  • Tidak percayakan orang
  • Mengadu sakit kepala atau sakit perut
  • Merasa tidak disayangi
  • Hilang selera makan
  • Suka tidur
  • Kerap terasa mahu membuang air kecil
  • Terkencing waktu malam
  • Tidak peduli tentang sekolah atau persahabatan
  • Menyendiri
  • Risau tentang masa depan
3. Remaja
  • Marah
  • Kecewa
  • Tidak percaya kepada semua perkara
  • Rendah keyakinan diri
  • Sakit perut dan sakit kepala
  • Serangan panik
  • Memberontak
Sebagai ibu bapa, kita mempunyai banyak cara untuk membantu menangani stress kanak-kanak dan remaja. 2 perkara paling utama bagi ibu bapa ialah mewujudkan persekitaran yang bebas stress dan membantu mereka membentuk kemahiran menangani masalah secara positif.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan stress ialah :

  1. Memperakui perasaan mereka dan meyakinkan mereka bahawa anda memahami kenapa mereka berasa sedih atau takut. 
  2. Bina kepercayaan dan biarkan anak anda tahu bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada pengalaman yang mengajar.
  3. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan pada anak. Kerap berikan pelukan pada anak anda.
  4. Tingkatkan kekuatan keluarga.
  5. Nyatakan apa yang anda harapkan daripadanya tanpa terlalu tegas. 
  6. Prihatin dengan kemahuan anak bukan kemahuan kita semata. 
Cara membentuk kemahiran menangani masalah secara positif ialah:  
  1. Memberikan contoh yang baik. Tenangkan diri anda dan luahkan rasa marah dengan cara yang betul. 
  2. Galakkan pemikiran rasional : Pastikan anak kita tahu akibat perbuatan mereka.
  3. Berbincang secara terbuka dan beritahu apa yang berlaku pada diri kita dan galakkan mereka menceritakan masalah mereka.
  4. Cari aktiviti atau hobi yang mereka suka dan galakkan mereka melibatkan diri.
  5. Galakkan mereka mengamalkan pemakanan sihat.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya