24 Oktober 2016

APA ITU HFMD?




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Apa itu HFMD


APA ITU HFMD?

HFMD atau lebih dikenali dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus ) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. 

Kebannyakkan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan. 

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

Tanda atau gejala awal yang dapat dikenal pasti pada sikecil anda ialah:

  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Pada peringkat awal anda akan dapat melihat bintik merah seperti ruam di sekitar mulut, tapak kaki atau tapak tangan sikecil anda. 

  • Ulser di tekak dan mulut
Terdapat ulser di dalam mulut sikecil dan si kecil akan mula menolak makanan dan minuman

  • Demam
Pada peringkat awal si kecil akan diserang demam dahulu dan suhu badan akan meningkat. Ibu-ibu perlu memantau si kecil untuk memastikan suhu badannya tidak meningkat.

  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Ibu-ibu haruslah mengenalpasti keadaan si kecil anda dan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas, pastikan si kecil anda terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Pastikan langkah pencegahan dan keselamatan anak anda diambil bagi mengatasi merawat dan mengatasi HFMD. 


ikhlas penuh cinta
-Ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400



25 September 2016

KENALI APA ITU ARTRITIS REUMATOID




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Alhamdulillah bertemu lagi kita setelah beberapa purnama ummi menyepikan diri...ewahhh.heheeh....sibuk sikit sejak dua menjak + x brapa sihat badan...sibuk dengan kursus hritue dan balik2 haritue mmg demam terus. En.baba cakap ummi kena demam sendi urat...mmg sakit hbis satu badan.Bawak2 insaf sekejap dari segala aktiviti berat.heheheh

Ouchhh...bercakap tentang tentang demam sendi urat sejak kebelakangan ini ramai anak2 muda yang sudah mendapat sakit sendi. Bukankah pada tanggapan kita sakit sendi hanya penyakit yang biasa dihadapi oleh warga emas. Tanggapan kita sebenarnya silap kerana sakit sendi atau dikenali sebagai artritis reumatoid (RA) boleh terjadi kepada semua individu pada semua peringkat umur. 


Penyebab Rheumatoid Arthritis

Penyebab rheumatoid arthritis adalah sistem kekebalan tubuh yang seharusnya melawan infeksi, tetapi justru menyerang sel normal pada persendian dan membuat sendi terasa nyeri, bengkak, dan kaku.

Walau alasan kenapa sistem kekebalan tubuh keliru menyerang tubuh dalam rheumatoid arthritis masih belum diketahui, ada beberapa faktor yang bisa meningkatkan risiko, seperti faktor usia, hormon, genetika, dan kebiasaan merokok.


KENALI APA ITU ARTRITIS REUMATOID



RA paling biasa adalah berlaku pada golongan remaja atau individu muda. Penyakit artritis menyebabkan sakit, bengkak, dan kaku pada sendi. Jika sebelah lutut atau tangan mempunyai artritis anggota badan bertentangan juga biasanya akan turut terjejas. Artiritis sering menjejaskan lebih daripada satu sendi dan boleh terjadi pada mana-mana sendi.



-Radang pada sendi tangan-




Presiden Yayasan Artritis Malaysia yang juga Pakar Runding Reumatology Pusat Kepakaran Universiti Malaya (UM), Professor Madya Sargunan Sockalingam berkata, dianggarkan 0.5 % penduduk Malaysia menderita Reumatoid Artritis berdasarkan data tahun 1990-an dan tiada data baru setakat ini. Sumber- Mingguan Malaysia: Ahad 14.09.2016.


Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran mencengkam dan menggerakkan tangan dalam melakukan tugasan harian seperti memakai baju, mandi, memasak dan melakukan kerja rumah.


Tanda awal Artritis :

  • Demam ringan atau simptom selsema
  • Letih
  • Hilang selera makan
  • Kelenjar bengkak
  • Masalah tidur
  • Lemah badan
Kenal pasti tanda-tanda awal serangan artritis pada tubuh anda..Pastikan langkah-langkah awal dilakukan.

Nanti entry seterusnya saya akan kongsikan dengan semua simptom yang dapat dikenalpasti untuk serangan atritis. Moga ianya dapat membantu semua sahabat.

ikhlas penuh cinta 
-ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400






Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya