31 Julai 2013

Tips Tambah Susu Ibu


Bismillah wal hamdulillah

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

Cabaran ibu menyusu yang paling sinomin adalah susu sedikit. Ketahui 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu. Buat dengan istiqamah, insyaallah susu ibu yang sedikit akan bertambah banyak.

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. 

Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.

2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter
Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.

3. Makanan Seimbang
Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. 

Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.

4. Makan Penggalak Susu Ibu
Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.

5. Ambil Pil/Suntikan Hormon
Ini jalan terakhir. Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya. 

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu akan lebih berkesan sekiranya ibu tambah dengan doa kepada-Nya. Pasanglah niat seawalnya untuk menyusukan anak. Mohon pada Allah agar diberikan kekuatan dan semangat kuat untuk meneruskan penyusuan hingga 2 tahun.

Dan jangan terlampau fikirkannya. Cukup ke susu aku? Boleh ke aku pam di pejabat? Apa kata kawan-kawan dan sebagainya. Just do it. Susukanlah anak dan pamlah diwaktu pejabat dan rumah. Insyaallah jika ibu usaha sungguh-sungguh pasti susu ibu pun sungguh-sungguh nak keluar.

Jadi cubalah 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu!!

ummi:blh p.m sya utk dptkn set penyusuan dari shaklee

call/p/m:0124322400
whatsapp:0147134806

Slimming Set Shaklee


Bismillah wal hamdulillah




Untuk kuruskan badan,kita semua perlu melalui 3 proses utama.Ramai yang tidak berjaya kuruskan badan walaupun dan ambil pelbagai produk dan mencuba pelbagai cara.Jadi 3 proses utama tu perlu kita lalui untuk memastikan usaha kita bejaya dan memperoleh  apa yang kita impikan..Meh saya terangkan 3 proses tu?


-DETOX / BUANG

Proses Detox sangat penting kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.Untuk anda yang masih tak tahu apa itu proses Detox,Detox ini adalah satu proses untuk membersihkan usus.Melalui proses Detox ini segala toksin dalam badan,lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas usus dibersihkan barulah segala nurtien yang baik akan mudah diserap ke dalam badanpada tahap maksimum.Jika anda mengalami masalah sembelit,herb-lax dan alfalfa adalah pilihan terbaik.Tetapi herb-lax tidak sesuai dimakan oleh ibu yang menyusukan  bayi.Tapi jangan risau ibu menyusu tetap boleh melalui proses Detox  yang lebih lembut dengan pengambilan alfalfa.Apabila usus sudah dibersihkan dan dicuci sepenuhnya, ini dapat mengelakkan perut dari buncit. Selain dari memudahkan proses penghadaman

2- BINA / PROTEIN
Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.Selain itu,protein juga membnatu meningkatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan perkembangan otot.Lebih menarik,protein mampu menjaga nafsu makan kita dan menjaga otot supaya bebas lemak.Shaklee menawarkan 2 produk yang mengadungi Protein terbaik sebagai makanan tambahan untuk anda yang ingin mengusukan badan.Cinch Shake adalah antara minuman protein berperisa yang sedap dan hanya sesuai di ambil oleh ibu yang tidak menyusukan bayi.Kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri  akan menggangu tumbesaran bayi.Jadi,untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak ESP atau Energizing Soy Protein adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan,Esp juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

3- BAKAR / LECITHIN

Dalam proses membakar lemak dan memecahkan lemak serta menghalang penyerapan minyak dalam badan,Shaklee menyediakan 2 pilihan vitamin yang mana kedua-dua ini boleh diambil oleh semua.Tidak kira ibu menyusukan anak atau tidak.Omega Guard dan Lecithin adalah pilihan terbaik untuk membantu proses bakar.Omega Guard mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.Di mana ia berfungsi sebagai agen yang mampu membuatka  anda kurang selera makan selain daripada membantu memecahkan lemak.Lecithin pulak,berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain.Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

Kalau berminat dengan produk di ats,jgn malu segan...blh p.m sya yek

FB: Fakhrati Aziz
Fakhrati Aziz & Azman Abu bakar
Shaklee Independent Distributor
i.d : 928633
p.m/call:0124322400
whatsapp:0147134806

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya