15 November 2018

BOLEH ATAU TIDAK MANDI SELEPAS PEMBEDAHAN???


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Ada ibu bersalin yang tidak mandi selama berhari-hari selepas pembedahan dengan alasan risau luka pembedahan terkena air. Terkenang sewaktu ummi berpantang anak sulung,ummi sendiri mengalami masalah yang sama. Kebetulan dalam family ummilah orang pertama yang bersalin secara pembedahan maka kaedah penjagaan pun buat semua orang terkial-kial.



Sewaktu hari pertama pulang ke rumah ada saudara yang dah bagi petua untuk ummi tak mandi atau mandi dengan alaskan wrapping plastik bagi mengelakkan luka terkena air mandi sedangkan ummi dah dipesan di hospital untuk biarkan air mengalir pada luka pembedahan memandangkan di hospital ummi dah pun mandi tanpa alas sebarang plastik.

Siapa kata tak boleh mandi langsung?? Mungkin ia mitos yang selama ini dimomokkan oleh orang dulu-dulu atau juga cerita pengalaman orang lain yang luka pembedahannya lambat sembuh disebabkan kerap terkena air.

Bila boleh mandi selepas pembedahan?

1. Selepas boleh bangun

Sejurus selepas menjalani pembedahan dan sedar sepenuhnya selepas 6 jam, kita digalakkan untuk terus mandi bagi membersihkan diri. Pastikan bahagian dressing tidak basah .

** Jika dressing basah, beritahu nurse awal-awal.

2. Selepas tiub kencing telah di cabut.

Ada sesetengah wad, mereka akan menguruskan ibu dahulu seperti menukar pad dan membenarkan ibu untuk ambulasi keesokan harinya selepas tiub kencing dicabut.

3) Selepas Wound Inspection.

Kebiasaannya pemeriksaan luka (Wound Inspection) akan dilakukan keesokan harinya. Anda boleh mandi selepas itu jika anda bimbang dressing basah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas pembedahan???

• Anda perlu melakukan pergerakan seawal mungkin bagi mengelakkan deep vein thrombosis (darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki) – Jika tidak dirawat, ia akan pecah lalu berlaku pulmonary embolism (salur darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku itu)

• Jika sakit di kawasan pembedahan, ampu kawasan luka dengan bantal.

• Jika batuk atau bersin (cara sama seperti di atas)

• Pakai seluar dalam sedikit besar atas pusat agar tidak memberikan tekanan ke bahagian luka.

• KERINGKAN luka selepas mandi atau berpeluh yang banyak.


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 





14 November 2018

TIP PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Hari ini ummi nak berkongsi dengan semua beberapa tips untuk golongan wanita yang akan menjalani pembedahan tidak kira apa jenis pembedahan seperti bersalin, cyst atau fibroid di mana pembedahan tersebut melibatkan luka pembedahan perut atau luka pembedahan pada bahagian lain. 



Tip penjagaan ini dikongsikan bagi membantu ibu-ibu bagi memastikan luka pembedahan cepat sembuh dan bebas dari sebarang jangkitan kuman.

1. MELAKUKAN PERGERAKAN AWAL

  • Ibu hendaklah bangun dan cuba berjalan perlahan-lahan di sekitar katil bagi memastikan ibu dapat bangun dan bagi mengelakkan risiko darah beku pada ibu tersebut. Ianya juga dapat membantu peredaran darah dalam tubuh. 

2. KEBERSIHAN TEMPAT LUKA

  • Pastikan luka anda sentiasa bersih dengan memastikan air melalui kawasan luka pembedahan bagi mengelakkan adanya kuman pada kawasan tersebut. Setelah mandi, pastikan luka tersebut di lap bersih dan dikeringkan atau dianginkan seketika bagi memastikan ianya tidak lembap kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. 

3. PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT


  • Ibu digalakkan makan makanan tinggi vitamin C kerana vitamin C membantu pembetukan kolagen yakni protein yang memulihkan tisu tubuh.
  • Makanan yang kaya dengan asid Omega-3 juga anti radang dan elok untuk menyembuhkan luka. Sayur- sayuran seperti brokoli dan sawi juga elok diamalkan semasa berpantang.
  • Pengambilan protein juga dapat membantu merawat luka agar cepat sembuh.

4. JANGAN ANGKAT BENDA BERAT


  • Samada bersalin secara normal ataupun pembedahan, ibu tidak boleh mengangkat sebarang benda melebihi berat bayi. Jika perlu, minta bantuan untuk sesiapa mengangkat bayi dan berikan kepada ibu jika ingin menyusu. Mengangkat berat boleh memberi tekanan kepada luka bersalin pembedahan. Malah, luka berpotensi untuk terbuka. Bahaya tau ibu.

5. PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN

  • Ibu-ibu digalakkan mengambil vitamin tambahan sebelum dan sesudah pembedahn. Ini kerana, badan perlu dipersiapkan dengan bekalan nutrisi dan mineral sebelum menerima kejutan akibat pembedahan. Pembedahan mengakibatkan anda kehilangan darah dan juga proses penyembuhan memerlukan bekalan darah yang lebih dari biasa. Vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan semestinya Multivitamin Vitalea (mengandungi iron dan zinc), B complex, Protien dan Vitamin C.
Ini adalah sebahagian daripada tip yang dapat ummi kongsikan dengan semua dan mungkin dapat membantu ibu-ibu di luar sana. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu dalam penjagaan luka pembedahan. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya