24 Oktober 2016

APA ITU HFMD?




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Apa itu HFMD


APA ITU HFMD?

HFMD atau lebih dikenali dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus ) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. 

Kebannyakkan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan. 

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

Tanda atau gejala awal yang dapat dikenal pasti pada sikecil anda ialah:

  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Pada peringkat awal anda akan dapat melihat bintik merah seperti ruam di sekitar mulut, tapak kaki atau tapak tangan sikecil anda. 

  • Ulser di tekak dan mulut
Terdapat ulser di dalam mulut sikecil dan si kecil akan mula menolak makanan dan minuman

  • Demam
Pada peringkat awal si kecil akan diserang demam dahulu dan suhu badan akan meningkat. Ibu-ibu perlu memantau si kecil untuk memastikan suhu badannya tidak meningkat.

  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Ibu-ibu haruslah mengenalpasti keadaan si kecil anda dan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas, pastikan si kecil anda terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Pastikan langkah pencegahan dan keselamatan anak anda diambil bagi mengatasi merawat dan mengatasi HFMD. 


ikhlas penuh cinta
-Ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400



Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya