18 September 2014

RESEPI DARI HATI : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Jmpa lagi kita semua.harinie just nak sharing tentang resepi...nasi lemak?laksa penang?mee bandung?hehehe.no.no.no ok.hrnie sya nk share dgn anda semua bagaimana mudahnya menjemput rezki.Oh,sya bkn ustazah k..ustajah itu mungkin.hahaha.just nk berkongsi sedikit tips dan rahsia.utk detailnya blhja beli buku then baca sndiri.hahaha.kat sini saya nk share a few tips yg kita blh amalkn...sebenarnya menjemput rezki itu adalah lebey mudah dari mencari rezeki..Jom sama2 kita berkongsi...

Tips2 Mudahnya Menjemput Rezeki

1. Bersyukur kepada Allah dalam setiap perbuatan.Bersyukur atas sebanyak mana pn rezki yg Allah berikan. jgn asyik rasa x ckupja.

2. Utamakan beribadat terutamanya solat 5 waktu. kemudiannya solat TAHAJJUD dan diikuti solat DHUHA

-“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Fadhilat Solat Tahajjud
-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

Fadhilat Solat Dhuha
-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. 

Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3. Beristigfar kepada Allah
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
- Beristigfar bukannya sesuatu perkara yg susah.sambil melakukan sesuatu pekerjaan kita blh sambil beristigfar dan berzikir kepaada Allah

4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) 
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5. Bersedekah dan membuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

6. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

InsyaAllah sya akan tmbah lagi info berkaitan perkongsian ini...Sebahagian dr amalan diatas diharapkan dapt menjadi kunci buat sya dan kwn2 semua utk diamalkan.Bagi SID dlm kumpulakn GMF,sebahagian dripadanya dah termasuk dalm Master Checklist kita.Diharpkan ia dpt menjadi rutin dalm hidupan seharian.


Ikhlas penuh cinta:
Ummi Tasneem & Kauthar



Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya