4 Ogos 2017

SPINA BIFIDA KETIKA KEHAMILAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Tarikh 25 Oktober nerupakan Hari Spina Bifida dan Hydrocephalus Sedunia. 

APAKAH ITU SPINA BIFIDA?

Spina Bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikkanya kelihatan menonjol. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal colum). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Ianya berlaky dibahagian bawah tulang belakang dan jaraang berlaku di bahagian atas. 



                               



Jenis kecacatan pada tulang belakang


Spina Bifida dan Anencephaly

Kadang-kadang sebahagian otak juga terdedah dan dikenali sebagai Anencephaly. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah kerana wanita hamil tidak mengambil asid Folik. Antara faktor lain yang turut mempengaruhinya ialah :


    • FAKTOR GENETIK 
    • Wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat seperti Epilepsi. 
    • Menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti
Kehamilan janin yang berhadapan dengan SPINA BIFIDA boleh dikesan ketika kandungan berusia 12 minggu menerusi imbasan dengan melihat pembentukan tulang belakang janin. 

PEMAKANAN SEBELUM KEHAMILAN

Folat adalah makanan utama yang diperlukan sejak awal kehamilan dan sebelum kehamilan. Folat ialag Vitamin B yang juga dikenali sebagai Vitamin B9. Ianya boleh didapati dalam beberapa jenis makanan namun ianya terhad kepada kuantiti yang tidak banyak. Folat mempunyai pelbagai fungsi penting untuk tubuh terutamanya ketika hamil kerana ianya diperlukan untuk membentuk material genetik seperti DNA dan menyokong perkembangan sel-sel di dalam badan. 

Folat di dalam bentuk asid folik merupakan pelindung daripada kesan kecacatan tiub neural (NTD) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi tulang belakang bayi, tengkorak dan otak sepanjang tempoh kehamilan. 


Antara makanan yang mengandungi folat secara semulajadi adalah seperti :

  1. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap
  2. Kekacang seperti kacang kuda
  3. Biji-bijian
  4. Labu
  5. Buah-buahan
Wanita hamil haruslah mengambil 400 mikrogram asid folik daripada makanan yang mengandungi folat, supplemen atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada pengambilan makanan yang mempunyai sumber folat dalam pemakanan seharian. 

Wanita hamil perlu mengambil folid asik secara konsisten setiap hari kerana pengambilan asid folik dengan makan (seperti susu) akan meransang rembesan gastrik dan menyokong penyerarapan nutrien dengan baik. 




ikhlas penuh cinta
~ummi Tasneem. Kauthar.Ali~
0124322400




3 Jun 2017

DARAH TINGGI





 BISMILLAH WAL HAMDULILLAH






Tekanan Darah

-TEKANAN DARAH ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

CARA TEKANAN DARAH DIUKUR

Tekanan darah ada  2 ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :
  • 120/80 mmH   
         -Nombor atas (120)
         Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil sitolik.

·                  -Nombor bawah (80)
      Menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil diastolic.

*Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
  
TEKANAN DARAH BERUBAH-RUBAH

Kadar tekanan tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doctor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
·     Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama,maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

TEKANAN DARAH OPTIMA: 130/80 mmHg


Jika Tekanan Darah Optima (130/80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara :
 
     1. Memeriksa tekanan darah anda secara berkala
-2 kali setahun jika kadarnya normal atau lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angina ahmar atau serangan jantung.

·     2. Tidak merokok
-Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih cepat.

·     3. Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak
-Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
-Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang. 

·   4. Kekalkan berat badan unggul
·   5. Bersenam secara berkala
·   6. Elakkan pengambilan alcohol



TEKANAN DARAH TINGGI : Lebih daripada 130/85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

 JIKA TEKANAN DARAH TINGGI
 

  1. Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
  2. Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doctor/ pegawai farmai
  3. Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda     

Apa yang perlu KITA TAHU??
·         
   Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat.
·   Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.


AKIBAT DARAH TINGGI

  1. Serangan jantung
  2.  Angin ahmar
  3.  Kegagalan jantung
  4.  Kerosakan buah pinggang

 TESTIMONI 1 
MENGAMALKAN VIVIX DAN MEMBANTU STABILKAN BLOOD PRESSURE.
 



TESTIMONI 2:
DARAH TINGGI KEMBALI NORMAL SETELAH MENGAMALKAN DETOKS




IKHLAS PENUH CINTA
-LITTLE NAJMI HAYATI-
0124322400

 



Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya