19 November 2017

5 TABIAT YANG MENUAKAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...

Wanita dan penjagaan kecantikan memang biasa. Tetapi kadang-kadang bila rutin penjagaan kecantikan telah betul, tetapi kita masih kelihatan lebih tua daripada rakan seusia. Tahukah kita penjagaan kecantikan turut disumbangkan oleh tabiat pemakanan kita.

Sekiranya anda mempunyai salah satu tabiat yang dinyatakan ini, sila ubah agar anda tidak menjadi tua sebelum masanya. 



  • SUKA BERJAGA MALAM
"Beauty sleep" bukan sekadar cakap-cakap, tapi ianya memang perlu untuk         menjaga kecantikan. Orang yang kurang tidur akan mempunyai mata               sembap dan lingkaran hitam serta wajah yang pucat. ini membuatkan               anda kelihatan kurang sihat dan tidak menarik pada pandangan orang. 
  • JARANG MINUM AIR
Air amat penting untuk mengekalkan kelembapan dan membantu menghantar nutrien penting kepada kulit. Sel kulit dapat dipermudakan dengan lebih cepat. Sebaliknya kekurangan air akan menyebabkan kulit menjadi kering, tegang, mengelupas yang akan menjadikan kita kelihatan tua. Selain meminum air, anda juga boleh memakan makanan yang tinggi kandungan airnya seperti mentimun, tomato dan terung. 
  • SUKA MAKANAN MANIS
Kalau anda adalah orang yang 'mesti' memakan makanan manis selepas makan, anda sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut. Makanan yang tinggi gula bukan sahaja menyebabkan anda gemuk, malah menambahkan risiko diabetes dan masalah kulit seperti jerawat dan kedut.
  • BERSENAM HANYA BILA MAHU KURUS 
Senama secara tetap membantu mencegah penyakit berkaitan usia. Senaman harian dapat menurunkan paras kartisol dan meningkatkan hormon yang berguna seperti testosteron. Ia juga membantu mengawal tekanan darah tinggi, memperbaiki mood dan memastikan diri kuat dan fleksibel bila umur meningkat. 
  • MAKAN SECARA TERGESA-GESA ATAU MAKANAN SEGERA
Makanan segera mempunyai paras garam, lemak, dan kolestrol yang tinggi yang akan mempercepatkan proses penuaan dan menambahkan kecenderungan untuk gemuk. Elakkan makanan yang diproses dan makan makanan semula jadi.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.4322400-

18 November 2017

WANITA DAN KESUBURAN

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua.. 


Alhamdulillah si kecil Muhammad Ali Furqan dan memasuki 1tahun 7bulan. Sedang dalam fasa belajar bercakap...mmg x terlayan. Asyik panggil baba, tatak,  ammi.. Hahhaa.. Pelat lagi. Tapi dh bnyk words yg dh blh sebut.


Sekejap ja rasa dh 3 orang anak. Nak tambah??? InsyaAllah belum lagi lah.. Bnyk lagi misi yg belum tercapai. Bila lama nant, dh ada yg tnya bila nak menambah??? Biasa la org kitakan... Klu x dak,  di katanya x subur.. Macam2. Terkenang saat mula2 berkahwin dlu..Allah rezkikan kami pun lambat nak timang cahaya mata..hampir setahun menunggu..

Allah rezkikan saya mengandung ketika ulangtahun perkahwinan kami yg pertama. Bagi saya mmg x lama memandangkan waktu tue saya kena smbung belajar. Jadi x kisah sgt. Tp nak tahan ke mulut manusia tue mmg kena BERTABAH!!. tapi saya percaya semua ada hikmah dan perancanganNya. Cuma kita kena berusaha..

Saya sendiri selepas kawin period mula dtg x menentu. Gelong org cakap. Walhal waktu bujang dlu... On time ja.. Ramailah yg bagi petua suruh cuba mcm2..alhamdulillah yg mana x membebankan memang saya cuba.. Antara last ikhtiar saya,  saya sendiri amalkan GLA COMPLEX start bulan ke7 dan kemudian saya pergi mengurut. Alhamdulillah dengan izin Allah hbisja period bulan tue saya pregnant.

Saya nak share dengan semua tentang khasiat GLA COMPLEX DAN SET KESUBURAN SHAKLEE.





SET KESUBURAN

Antara supplement dalam set kesuburan ialah :

Energizing Soy Protein
  1. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%
  2. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
  3. Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  4. Menguatkan rahim terutamanya bagi wanita yang pernah mempunyai sejarah keguguran.
  5. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  6. ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
  7. ESP mengawal ‘mood swing' pada wanita ketika PMS dan wanita menopause.

OMEGA GUARD

Omega 3 ialah salah satu lemak sihat yang sangat diperlukan oleh badan kita dalam usaha meningkatkan peluang untuk hamil. Kita boleh dapatkan khasiat Omega 3 ini dari ikan yang berminyak seperti Mackerel dan Salmon.

Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan yang paling semulajadi serta menyingkirkan bahan-bahan kimia berbahaya seperti plumbum, merkuri dan arsenik.

VITA LEA

Terdapat satu  mineral penting yang terkandung dalam Vitalea yang terbukti dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita, iaitu Zinc.

Zinc mempunyai kesan secara langsung terhadap tahap kesuburan wanita. Banyak kajian yang mengaitkan kekurangan Zinc dengan tahap rendah kesuburan lelaki dan juga wanita. Para isteri perlu memastikan mereka mendapat keperluan harian Zinc sekurang-kurangnya 15 mg dalam sehari.

B-COMPLEX

Dalam B Complex Shaklee, terdapat Vitamin B6 yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap kesuburan seorang wanita dengan menyumbang kepada keseimbangan hormon kewanitaan. Vitamin B6 amat membantu dalam mencapai tahap keseimbangan normal antara dua hormon penting wanita; hormon Estrogen dan Progesteron.

Vitamin B6 meningkatkan peluang untuk conception dan menurunkan risiko untuk keguguran.



Gla Complex Shaklee diekstrak dari biji benih Borage dan digabungkan dengan minyak matahari serta Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan optimum GLA (Gamma Linolenic Acid) ke dalam badan.

GLA adalah sumber terbaik Omega 6 yang membantu mengawal selia hormon Estrogen dan ini akan membantu mendapatkan keseimbangan hormon yang norma


Ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya