11 Februari 2018

NUGGET AYAM HOMEMADE


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua....dah lama ummi tak sharing masak-memasak ummi kat sini. Sibuk sungguh sejak memasuki Februari nan indah. Hhahaha..alhamdulillah sibuk sikit hujung minggu smlam sebab ada kenduri dekat rumah in-law...Memang jumaat dan sabtu kami kat kampungla jawabnya.

Biasa hujung minggu memang ummi akan ambik sedikit masa untuk restok barang dapor.Senang sikit time nak memasak tue...Biasa balik rumah, dh smpai pkl 6 lebey2 mmg zasss terus solat dan terus bersilat kat dapor. Klau prepare sesiap seminggu mmg mudahla keja ummi..

Ni Ahad baru sempat nak topup sayur mayur bagai...ikan topup sikitja sebab en.baba mmg suka ikan yang fresh. Nak masak baru g beli...Sayuran wajib kat rumah mstla carrot, tomato, seleri, brokoli dan timun.hahaha...sayur hijau lain, nak mask jugak bru beli...Biasa sayur2 ni mmg ada sentiasa sebb mudah nak buat sup untuk anak2. X kira sup ikan atau ayam...tomato dan seleri mmg penyedap rasa...Nyum2..

Ehhh...jommm, nak share resepi stok makanan anak2..ckup utk 2,3 hari..dah hbis nant kita topupkan balik.



Stok bahan sayuran



RESEPI NUGGET AYAM
===============
Sedikit isi ayam bahagian dada
Carrot yang di parut
Seleri
Bawang merah
Bawang Puteh
Telur ( sebiji if suka.klu tak...okja tak letak telur)

Cara-cara :

1. Kisarkan semua bahan diatas.
2. Masukkan ke dalam loyang
3. Kukuskan selama 20-30 minit
4. Tutup api dan sejukkan
5. Potong mengikut kesukaan anda

Untuk Goreng :

1. Celupkan nugget yang dipotong tadi kedalam telur
2. Gaulkan bersama serbuk roti
3. Goreng sehinngga garing
4. Siap dimakan bersama sos dan mayonis.



Nie stok ummi untuk 2,3 hari...esok kita goreng...Ali dah hentam setengah pun..sedap katanya. Mmg sedap..terasa manisnya seleri. Mommy2 blh tambahkan lagi bahan2 lain cth oregano or mix herbs. Ummi letakkan habbatus sauda untuk anak-anak yang tak berapa sihat. 

Alhamdulillah moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012-4322400-


8 Februari 2018

7 SEBAB PAYU DARA MENGENDUR


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua.


Menjadi masalah buat seseorang wanita terutamanya wanita yang belum berkahwin dan mereka yang telah berhenti dari menyusukan anak. Masalah yang sering dialami adalah berkenaan keadaan payudara mereka. 



Antara 7 sebab mengapa payu dara mengendur ialah :

1. Penuaan

Kolagen yang dihasilkan oleh badan semakin berkurang

2. Menjadi ibu

Kehamilan dan penyusuan bayi menyebabkan saiz payu dara berubah-ubah, sekaligus meregangkan tisu payu dara.

3. Diet secara mendadak

Setiap kali kita menambah atau mengurangkan berat badan yang banyak (sekitar 14kg) tisu payu dara akan mengendur.

4. Merokok

Tabiat ini melemahkan dan menuakan kulit kerana semakin sedikit darah sampai ke permukaan kulit.

5. Tidak menggunakan pelindung suria (sunscreen)

Cahaya ultra ungu akan meregangkan kolagen dan merosakan kulit, sekaligus menyebabkan payu dara kendur.

6. Memakai baju dalam yang tidak betul

Lebih banyak payu dara anda bergerak, lebih tinggi tekanan pada kulit dan kolagen payu dara. Ini merupakan punca paling utama payu dara mengendur.

7. Senaman impak tinggi

Kolagen payu dara akan rosak bila anda melakukan pergerakan yang berulang-ulang.

Ketika sebagai wanita seharusnya menjaga aset yang telah dikurniakan ini kepada kita. Penjagaan payu dara juga dapat memastikan daripada penyakit barah dan sebagainya.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-




Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya