23 Julai 2015

5 Gaya duduk yang perlu dielakkan semasa mengandung


BISMILLAH WAL HAMDULILAH

AssalamualaikumMalam nie tiba-tiba teringatkan sorang kawan saya yang tengah sarat mengandung. Mungkin dh gerak balik kg halaman. Maklumlah lusakan dh nk raya. Semua sibuk pulang ke kg masing. Bukan apa,tgok dia dkt pejabat pn nk duduk pn punya susah...sakit belakang katanya. Ni macam manala dia duduk dalam kereta 4 almost 9 jam. Fuhhh..mcm patah pinggangla jawabnya. Kadang-kadang kita x tahu yang cara duduk yang betul perlu diamalkan ketika hamil kerana ianya dapat mengurangkan masalah sakit belakang serta membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan terutamanya pada fasa akhir kehamilan.Untuk pengetahuan kita, duduk secara membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan memasuki ruang pelvis dengan bahagian belakangnya, sekaligus menyukarkan proses kelahiran.Disini saya ingin berkongsi tentang 5 posisi duduk yang perlu dielakkan.







1. MEMBONGKOK

Elakkan duduk membongkok semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada bahagian belakang. Kandungan yang semakin membesar sudah menambah bebanan saraf tunjang anda, apatah lagi kalau anda membongkok. 
Tip Duduk : 

Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.

2. KAKI BERJUNTAI

Duduk dengan kaki berjuntai akan menambah pengaliran darah ke kaki, sekali gus menyebabkan kaki bengkak. Elakkan dari menyilang kaki ketika duduk. 

Tip Duduk:

Sentiasa pastikan tapak kaki mencecah lantai dan berkeadaan rata (memijak lantai sepenuhnya), dengan paha lurus di atas kerusi ( kaki dan paha dalam kedudukan 90 darjah).

3. TIDAK BERSANDAR

Duduk tanpa bersandar akan menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian belakang. Sokong belakang anda sebanyak mungkin dengan menggunakan kerusi bersandar penuh. Jangan sesekali duduk di atas bangku atau kerusi sandar rendah.


4. MEMBONGKOKKAN BADAN KE DEPAN


Walaupun bahagian belakang anda mungkin lurus, tetapi gaya duduk sambil membongkokkan badan ke depan akan menekan kandungan. Cara ini bukan sahaja tidak selesa untuk ibu, malah berbahaya pada bayi. Pada peringkat akhir kehamilan, tulang sangkar rusuk anda mungkin menekan bdan bayi.


5. BARING BERSANDAR

Banyak yang suka berbaring sambil meninggikan bahagian belakang kala berada di atas katil. Cara bersandar begini akan menambahkan tekanan pada saraf tunjang

Tip Duduk :

Selain cara duduk, pastikan masa anda berada dalam satu-satu posisi adalah tidak terlalu lama. Wanita hamil tidak boleh berada di posisi duduk atau berdiri melebihi 30 minit. Anda dinasihatkan berehat dengan berjalan-jalan seketika. Jika menaiki kereta, berhentilah dengan kerap bagi mengurangkan tekanan semasa duduk.


Tip Penting :

Wanita hamil juga boleh menggunakan seperti kain tuala yang digulung atau bantal kecil untuk menambah sokongan pada bahagian belakang supaya duduk lebih selesa.
Jika ingin mengubah posisi duduk, jangan sekadar memusingkan bahagian badan  sehingga paras pinggang sahaja tetapi harus memusingkan seluruh badan anda. 


ikhlas penuh cinta :
-ummu Tasneem & Kauthar-
0124322400 

12 Julai 2015

Cara mengatasi sembelit anak

Bismillah wal hamdulillah


Anak anda mengalami sembelit?

Sembelit  berlaku apabila air besar terkumpul lama di dalam usus besar dan menyebabkan usus besar menyerap terlalu banyak air. Ia mendorong kepada air besar yang keras dan sekaligus membuatkan ia sukar dilepaskan.



Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan:

  • Kepayahan ketika membuang air besar atau tarikan pada otot pinggul yang menandakan kesan penahanan pergerakan usus.
  • Sakit perut
  • Kekejangan
  • Terkencing secara tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh air besar menekan pada pundi kencing.
  • Air besar yang terlekat pada seluar dalam anak disebabkan air besar yang telah penuh terkumpul keluar
Penyebab Sembelit

  • Kekurangan serat makanan kerana serat makanan membantu melembutkan air besar dan memudahkan pergerakan usus.
  • Sesetengah ubat boleh menyebabkan ketidakselesaan ini. Ibu bapa yang meminta nasihat doktor bagi masalah usus anak mereka seharusnya memaklumkan doktor mengenai ubat ubatan yang sedang diambil anak mereka.
  • Menahan proses pembuangan air besar
  • Penyahidratan yang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
  • Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar merekakurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.

CARA ATASI SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK


1. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG


Latih anak-anak untuk minum air kosong. Minum air kosong dapat menghindari sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.
2. PELBAGAIKAN MAKANAN FIBER


Contoh makanan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan seperti ini membantu pergerakan usus lebih lancar dan melancarkan pembuangan. Anak-anak saya memang suka makan semua jenis buah, kecuali yang masam-masam, tak kiralah buah-buahan tempatan ataupun luar negara. 

3. TEKNIK URUTAN
Ini saya belajar masa anak pertama dulu. sesuai bagi bayi bawah 6 bulan yang belum diberi minum air kosong mahupun makanan pejal. Caranya baringkan bayi, cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini adalah untuk merangsang pergerakan najis dalam usus lebih lancar.
4. AMALKAN SUPLEMEN MUDAH HADAM
Saya akan memastikan anak-anak akan mengambil Mealshake dalam 1 hari. Mudahnya Mealshake ini sebab ianya boleh dicampurkan ke dalam minuman kegemaran mereka. Dulu saya campur dalam Milo, sekarang dengan Vico. Kalau anak-anak masih minum susu botol boleh dicampurkan dalam susunya. Rasa memang sedap, sebab perasa vanila dan baunya wangi.
ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya