12 Julai 2015

Cara mengatasi sembelit anak

Bismillah wal hamdulillah


Anak anda mengalami sembelit?

Sembelit  berlaku apabila air besar terkumpul lama di dalam usus besar dan menyebabkan usus besar menyerap terlalu banyak air. Ia mendorong kepada air besar yang keras dan sekaligus membuatkan ia sukar dilepaskan.



Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan:

  • Kepayahan ketika membuang air besar atau tarikan pada otot pinggul yang menandakan kesan penahanan pergerakan usus.
  • Sakit perut
  • Kekejangan
  • Terkencing secara tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh air besar menekan pada pundi kencing.
  • Air besar yang terlekat pada seluar dalam anak disebabkan air besar yang telah penuh terkumpul keluar
Penyebab Sembelit

  • Kekurangan serat makanan kerana serat makanan membantu melembutkan air besar dan memudahkan pergerakan usus.
  • Sesetengah ubat boleh menyebabkan ketidakselesaan ini. Ibu bapa yang meminta nasihat doktor bagi masalah usus anak mereka seharusnya memaklumkan doktor mengenai ubat ubatan yang sedang diambil anak mereka.
  • Menahan proses pembuangan air besar
  • Penyahidratan yang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
  • Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar merekakurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.

CARA ATASI SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK


1. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG


Latih anak-anak untuk minum air kosong. Minum air kosong dapat menghindari sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.
2. PELBAGAIKAN MAKANAN FIBER


Contoh makanan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan seperti ini membantu pergerakan usus lebih lancar dan melancarkan pembuangan. Anak-anak saya memang suka makan semua jenis buah, kecuali yang masam-masam, tak kiralah buah-buahan tempatan ataupun luar negara. 

3. TEKNIK URUTAN
Ini saya belajar masa anak pertama dulu. sesuai bagi bayi bawah 6 bulan yang belum diberi minum air kosong mahupun makanan pejal. Caranya baringkan bayi, cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini adalah untuk merangsang pergerakan najis dalam usus lebih lancar.
4. AMALKAN SUPLEMEN MUDAH HADAM
Saya akan memastikan anak-anak akan mengambil Mealshake dalam 1 hari. Mudahnya Mealshake ini sebab ianya boleh dicampurkan ke dalam minuman kegemaran mereka. Dulu saya campur dalam Milo, sekarang dengan Vico. Kalau anak-anak masih minum susu botol boleh dicampurkan dalam susunya. Rasa memang sedap, sebab perasa vanila dan baunya wangi.
ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

10 Julai 2015

Multivitamin untuk Kanak-kanak



Bismillah wal hamdulillah

Selalunya kita mendengar tentang Multivitamin untuk orang dewasa.Tetapi Shaklee telah mengambil langkah hebat dengan memperkenalkan Multivitamin Kanak-kanak. Setelah setahun tiada dipasaran, akhirnya awal Januari 2015 Shaklee telah mengadakan super come back. Hadir dengan wajah dan formula baru.

Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka. Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem inum, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.

Dinegara kite sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kite menafikan yang anak-anak kite termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.

Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee


1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.



3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.



4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.


5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.


7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.











Nama Produk : Vitalea for Children
Harga Runcit : 


ikhlas penuh cinta:
-ummi Tasneem dan Kauthar-
0124322400

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya