27 November 2018

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Biasanya kita selalu bercakap mengenai penjagaan luka pembedahan bersalin ataupun Caeserian. Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis luka pembedahan antaranya pembedahan patah, pembedahan perut dan termasuklan pembedahan untuk kencing manis.

Setiap jenis luka pembedahan ini haruslah dijaga dengan baik dan teliti bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman dan luka menjadi teruk. 



Cara Elak Luka:

1. Pemeriksaan Yang Kerap
Periksa tubuh anda terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya anda sedar jika ada luka kecil. Gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat

2. Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari
Mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.
Antara suplemen yang membantu untuk luka pembedahan ialah : 


ESP


• Membantu memeperbaiki sel tisu yang rosak dan membantu pembentukan sel tisu yang baru

VIVIX
• Melindungi sel dari kerosakkan akibat jangkitan
• Memperbaiki sel, meningkat prestasi sel, dan menggalakkan pergerakan sel

NUTRIFERON

• Mengukuhkan system imun badan
• Melindungi dari influenza

VITA C
• Membantu mengurangkan rasa sakit
• Mengurangkan parut luka pembedahan
• Membantu pembentukan kolagen dalam badan

VITA LEA

• Membekalkan keperluan nutrient pada tubuh
• Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka dalaman dan luaran


TESTIMONI VIVIX UNTUK LUKA PEMBEDAHAN BERSALIN




TESTIMONI VIVIX UNTUK PEMBEDAHAN DAN MEMBANTU KESIHATAN DALAMAN




TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PULIHKAN TISU LUKA BAHAGIAN PUNGGUNG



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU LUKA ANDA????

1. Memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin (sindrom metabolik)

Vivix kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Pengambilan secara berterusan memberi manfaat untuk mengurangkan risiko berlakunya kerosakan sel sekaligus mengelak berlakunya nanah dan luka lambat sembuh.

2. Kawal kepekatan glukosa dalam darah.

Ramuan Vivix yang kaya dengan  polifenol melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah juga mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.

3. Mengaktifkan enzim SIRT1

Enzim SIRT1  bertanggungjawab merembeskan hormon insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Kecekapan hormon insulin dalam menjalankan fungsinya mampu mengelak penyakit kencing manis dan komplikasinya.

4. Menggalakkan Penyembuhan Luka Dengan Cepat

Vivix mengandungi polifenol anthocyanins yang dapat membantu menyembuhkan luka dengan segera.

Diabetes menyebabkan tahap imuniti tubuh berada pada tahap yang rendah dan tindakan leukosit polymorphonuclear menjadi kurang cekap. Sel-sel ini bertanggungjawab untuk memusnahkan agen asing di dalam badan. Apabila berlaku luka ia mengambil masa yang lama untuk sembuh, atau tidak boleh bertindak balas untuk merawat. Dalam keadaan itu, pemotongan anggota merupakan satu-satunya tindakan yang boleh dibuat.

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian




25 November 2018

KENAPA MEMILIH UNTUK BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Melalui pengalaman 3 kali menjalani kelahiran secara pembedahan membuatkan saya agak serik dan sekiranya diberi pilihan, mestilah bersalin secara normal dan mudah menjadi pilihan. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipilih seandainya ia adalah ketetapan Allah atau  pun memang sudah tiada pilihan dan memberi risiko kepada anak di dalam kandungan. 



MENGAPA BERSALIN PEMBEDAHAN MENJADI PILIHAN???

Terdapat banyak sebab mengapa bersalin secara pembedahan menjadi pilihan atau ianya dicadangkan oleh hospital. Sesetengahnya dilakukan pada situasi yang kritikal, ada sebahagian pula dicadangkan untuk mengelakkan komplikasi, dan ada juga yang dirancang (elektif).

6 SEBAB MENGAPA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

1. PLASENTA PREVIA

Selama kehamilan, rahim wanita akan berkembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar ke arah atas menjauhi serviks. Plasenta previa inilah keadaan di mana plasenta ini tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutupi jalan laluan kelahiran.
Antara gejala plasenta previa yang paling biasa adalah pendarahan tanpa disertai rasa sakit. Perdarahan tersebut biasanya terjadi pada 3 bulan terakhir masa kehamilan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kategori plasenta previa. Hanya jika ia tergolong dalam kategori major, bersalin secara pembedahan terpaksa dijalankan.

2. KEHAMILAN SONGSANG 

Menurut Dr Izzat melalui Malaysian Medical Gazette, terdapat beberapa jenis songsang yang boleh berlaku pada ibu hamil. Posisi yang paling biasa extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi. Maksudnya, apabila doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari vagina, mereka akan merasakan punggung bayi.
Menurut beliau, ada masanya kes ini ibu masih dibenarkan untuk bersalin secara normal.

3. BAYI LEMAS (FETAL DISTRESS)

Punca bayi lemas dalam kandungan adalah kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan – iaitu jauh lebih rendah berbanding kadar normal.
Sekiranya ia berlaku, pembedahan caesarean perlu dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa bayi.

4.  BUKAAN LAMBAT/POOR PROGRESS

Menurut BabyCenter, jika bukaan rahim terlalu lambat – iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda bermasalah.
Umumnya, proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebarang sebab tertentu. namun ia biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.

5. ULANGAN / REPEAT CAESAREAN

Menurut sumber, 60-80% wanita yang pernah bersalin secara pembedahan boleh bersalin secara normal. Keadaan ini digelar vaginal birth after cesarean (VBAC).
Sungguhpun begitu, terdapat kes tertentu di mana ia boleh menyebabkan masalah seperti rahim pecah dan risiko kematian pada bayi. Sekiranya terdapat tanda-tanda komplikasi, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan untuk menyelamatkan keadaan.

6. MASALAH DARAH TINGGI / KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Darah tinggi ketika hamil dikaitkan dengan pre-eklampsia, di mana kondisi ini boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.
Bagi pesakit kencing manis atau diabetes gestasi, ibu hamil berkemungkinan mempunyai saiz bayi yang besar atau komplikasi kesihatan yang lain. Semua ini antara punca anda bermasalah untuk melahirkan bayi tersebut secara normal.
Sebagai pesakit, ibu-ibu boleh membuat pilihan setelah mendengar pendapat daripada doktor pakar dan membuat pilihan yang wajar setelah menimbang segala risiko. Ibu haruslah mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang proses bersalin agar dapat membuat keputusan yang selamat untuk kelahiran bayi anda. 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya