23 November 2017

TIP PENJAGAAN LUKA SELEPAS BERSALIN


BISMILLAH WAL HAMDULILLA

Assalamualaikum semua...

Harinie ummi nak share sedikit tip penjagaan luka bersalin untuk ibu-ibu. Upss, luka bersalin secara pembedahan ya. wahhh, terkenang kenangan 7 tahun yang lalu saat czer dan berpantang anak pertama. Mencabar betul sebb 1st time czer. Yang ke2???Allah....lagi bnyk dugaan. Sampai admit wad semula dan masuk dewan bedah kali ke2 sebb "wound bounding". Pengalaman ngeri dalam hidup. Admit smpai hampir seminggu...Allahuakhbar...Kenangan. Tapi czer yang ke3, mmg penuh ketenangan dan berpantang juga sangat tenang...Alhamdulillah. 


Proses penyembuhan luka bergantung kepada banyak faktor. Antaranya aliran darah yang cukup, pemakanan sihat dan sebagainya. Kes luka terbuka mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman atau terdapat pengumpulan darah beku. Tanda-tanda jangkitan termasuklah kemerahan, kesakitan, terdapat cecair atau nanah, berbau serta demam. Ianya dapat dielakkan dengan penjagaan yang baik seperti berikut :

  • Pastikan luka sentiasa bersih
  • Mandi seperti biasa
  • Jangan menggaru tempat luka
  • Keringkan luka dengan tuala bersih
  • Biarkan luka terdedah kepada udara/anginkan
  • Amalkan pemakanan yang berzat dan seimbang serta mengambil suplemen seperti zat besi dan multivitamin untuk memastikan darah mencukupi
Ibu-ibu berpantang, mohonlah bantuan suami atau ibu kita untuk membantu menjaga luka pembedahan kita dengan mencuci dan memastikan ianya tidak berair dan sentiasa  kering. Pastikan juga kita tidak melakukan kerja-kerja yang berat dan lasak bagi memastikan tiada sebarang komplikasi pada luka pembedahan tersebut.

Moga kita selamat melalui proses berpantang dengan selesa dan selamat. Dan moga ianya menjadi momen indah dalam kehidupan kita.


Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
Founder Akhtar Group
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya