26 November 2017

TIP MUDAHKAN ANAK TIDUR AWAL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Ummi nak share sedikit dengan mommy-mommy semua sedkit tip untuk mudahkan anak tidur dan bangun awal. Yalah, pengalaman sendiri mmg mengajar ummi betul. Alhamdulillah Allah hadirkan anak sulung yang sangat memudahkan...Tidur yang memang awal, pukul 9 memang dah mula nak tidur. Tapi berbanding anak ke dua....huwaaa, mmg jenis yang susah tidur dan susah bangun. Lengkap pakej nya,..hahaha.




Hampir 70% anak yang berusia bawah 5 tahun mengalami masalah untuk tidur awal dan ianya menjadi isu sensitif di kalangan ibu bapa kerana kekurangan tidur di kalangan anak akan menyebabkan ibu bapa juga akan menjadi letih. Masalah keletihan akibat kekurangan tidur boleh menyebabkan anak meragam, hiperaktif, masalah tumbesaran dan juga masalah pembelajaran. 

Jom berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa bagi memudahkan anak tidur awal dan bangun awal. 

1. Jadual tidur dan bangun
  • Sediakan jadual tidur dan bangun pada anak. Beritahu dan berbincang dengan mereka tentang jadual tersebut. Tampal jadual tersebut dalam bilik tidur anak. 

2. Waktu tidur teratur
  • Sentiasa konsisten dengan jadual masa tidur dan masa bangun anak. Jam biologi mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas tingkah laku tidur dan bangun seseorang kanak-kanak. Bila kita telah menetapkan jadual mereka, bermakna kita juga memprogramkan tubuh badan anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan.

3. Tidur sebentar
  • Galakkan anak kita untuk tidur sebentar pada waktu siang yang dikenali sebagai "daily naps".Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang "naps" akan lebih bertingkah laku agresif dan juga kerap terjaga pada waktu malam. Kanak-kanak yang mendapat "naps" yang cukup akan tidur dengan lebih baik pada waktu malam. 

4. Makan awal
  • Sediakan jadual makan yang lebih awal sekiranya kita mahu anak masuk tidur lebih awal. Adalah sangat perlu bagi ibu bapa menghadkan waktu bermain komputer dan juga menonton televisyen pada anak-anak terutamanya waktu malam.

5. Nutrisi yang baik dan sihat
  • Nutrisi juga sangat mempengaruhi tahap tenaga dan tidur kanak-kanak. Pastikan anak kita tidak mengambil makanan yang mengandungi kadar protein dan gula yang tinggi sebelum waktu tidur kerana protein dan gula yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih peka dan susah tidur. 

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya