22 November 2017

DIABETES KETIKA HAMIL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

APA ITU GDM??

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.


Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
o    Sejarah keluarga menghidap diabetes
o    Mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum hamil
o    Wanita hamil berusia 35 tahun ke atas
o    Pernah menghidap kencing manis di kehamilan sebelumnya
o    Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar atau melebihi 4kg
o    Wanita hamil kembar
o    Wanita hamil yang mengalami masalah terlalu banyak air ketuban

RAWATAN

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-

  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

SUPPLEMENT CADANGAN




1) Esp

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2) B Complex 

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3) Vitalea 

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix 

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin C 

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma, tips dan cara pengambilan yang betul dengan membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di Negeri Kedah dan inginkan produk Shaklee secara COD (Cash On Delivery) bagi kawasan Guar Chempedak, Gurun, Bedong , Sungai Petani, Yan dan Alor Setar boleh sms/whatsapp Fakhrati. 012.4322400

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya