Bismillah wal hamdulillah
Assalamualaikum semua..
Apa itu GULA?
Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semula jadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.
Gula yang paling biasa adalah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan beberapa bijian sarapan.
Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jenis-jenis GULA
1. Gula Semula Jadi
Gula yang terdapat secara semula jadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.
2. Gula Tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti di dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.
KESAN GULA TERHADAP KESIHATAN
1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.
3. Mengakibatkan gangguan gastrousus.
4. Menggalakkan pembentukan karies gigi.
5. Mengakibatkan kekurangan nutrien disebabkan kecenderungan individu yang mengambil gula secara berlebihan.
7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap, dan kordial,
- Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Elakkan mengambil snek dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
- Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
- Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
- Pilih produk makanan dan minuman yang label "rendah gula" dan "bebas gula
MAKAN SECARA SIHAT
AMALKAN 5M
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan sayur-sayuran
- Melebihkan buah-buahan
ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan