Bismillah wal hamdulillah.
Assalamualaikum semua.
Pernah tak mommy-mommy ada pengalaman bila nak hntar anak ke tadika?contoh : mengamuk x nak pergi atau menangis dr bangun tidur,bawakla sampai dh nak ke taska.
Ini pengalaman biasa yg saya dah lalui sejak 3 tahun lalu. biasala anak-anak,ada masa mood dorang ok dan ada masa swing sja.hehehe.susahkan nak handle. Teringt kenangan waktu en.suami bekerja d KL dan saya handle sorg anak2..Fuhhh!!!mencabar keimanan gitu.hahhaa.
Jom, berkongsi 5 faktor anak tidak mahu ke tadika dan taska.
1. TERLALU LAMA BERCUTI
Masalah ini bermula daripada rumah di mana ianya melibatkan anak yang tinggal di rumah bersama ibu bapa dalam tempoh yang lama. Sebagai contoh, apabila terlalu lama bercuti, anak yang terlalu rapat dengan ibu bapa cuba meraih perhatian yang sama sepanjang tempoh tersebut.
2. TIDAK SELESA DENGAN PERATURAN
Ada anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan peraturan tadika atau taska. Jadi anda perlu beri penjelasan agar dia perlahan-lahan belajar untuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Pujuk anak anda dengan memaklumkan ianya bagus untuk membentuk peribadinya di kemudian hari.
3. BOSAN
Ada kemungkinan juga anak kita tidak mahu ke taska atau tadika akibat rasa bosan lantaran dihadkan daripada melakukan apa-apa yang biasa mereka lakukan secara bebas di rumah.
4. TAKUTKAN SESEORANG
Apabila dirinya tidak membiasakan diri dengan seseorang seperti pengasuh atau gurunya, dia pasti menjadikan aspek itu sebagai punca dia tidak mahu ke taska atau tadika. Hal ini kerana mereka cuba mengelak untuk berjumpa dengan orang yang tidak disukai . Ibu bapa haruslah menyelidik supaya perkara ini dapat diatasi.
5. TERLALU MANJA
Anak yang sentiasa dalam kawalan ibu bapa sebelum ini, pasti akan menjadi manja dan tidak mahu berpisah untuk tempoh masa yang lama. Apabila ibu bapa tiada di hadapan pandangan, mereka akan berasa takut dan bimbang serta berperang dengan emosi dalamannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan