Bismillah wal hamdulillah
Alhamdulillah dah memasuki November rupanya kita..kejapja setahun berlalu.Anak2 pun dah makin besar. Alhamdulillah si kecil Muhammad Ali Furqan dan menganjak 1 tahun 7 bulan. Dah makan macam-macam dan dah lasak sungguh. Kakak-kakak pun dh x nak main dengan adik. Mainnya memang anak lelaki betul. Lasak..fuhhh!!hari-hari ummilah nk melayan dia main bola.adoiii, comel sungguh.
Eh, harinie ummi just nak sembang-sembangja...ada sahabat yang sembang-sembang dengan ummi dia bgtau anaknya mmg jenis susah makan atau kata lain "picker eater". Ummi rasa nak memikat selera anak bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Tambah-tambah kalau ada mommy yg sedikit regic dengan pemakanan anak2. Bagi saya pengalaman anak sulung membuatkan saya agak serik. Si kakak jadi agak memilih bila saya terlalu mengawal pemakanan anak saya. Tapi anak ke2 dan ke3 saya biarkan dorang memilih sendiri makanan kesukaan cuma saya memantau sahaja anak-anak saya.
Susah rupanya nak memikat selera anak-anak yang jenis susah makan. Sebagai ibu, kesabaran amatlah penting dalam memastikan anak makan mengikut keperluan gizi pemakanan. Ibu perlulah mencari penyebab utama masalah ini berlaku dan dalam masa yang sama ibu perlu tahu cara yang betul mengatasinya.
1. Berat badan menurun
Idealnya berat badan anak pada umur setahun adalah tiga kali ganda daripada berat badannya semasa lahir. Kemudian ia perlu menjadi empat kali ganda setelah berumur 2 tahun.
Namun jika anak susah makan, maka pertumbuhannya menjadi tidak sempurna dan berkemungkinan berat badannya akan statik ataupun menurun. Apabila anak tidak mahu makan, maka khasiat pemakanan yang diperlukannya tidak dapat dipenuhi. Sudah tentu ianya tidak baik untuk pertumbuhannya.
2. Daya tahan tubuh menurun
Setelah berat badan menurun, daya tahan tubuh juga akan menurun kerana tidak cukup zat. Akibatnya anak akan mudah diserang penyakit.
3. Kecerdasan terganggu
Kekurangan nutrisi daripada pelbagai jenis makanan akan mengganggu perkembangan otak anak.Pada usia satu hingga enam tahun, perkembangan otaknya berlaku pantas. Selepas tahap usia ini perkembangan akan mula menurun. Jika kita tidak memaksimumkan tempoh usia ini pertumbuhan kecerdasan anak akan terencat.
ikhlas penuh cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan