BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Tekanan Darah
-TEKANAN DARAH ialah tekanan yang
dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh
denyutan jantung.
CARA TEKANAN DARAH DIUKUR
- 120/80 mmH
Menunjukkan
tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil sitolik.
· -Nombor bawah (80)
Menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil diastolic.
*Masa yang paling baik untuk
mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau
baring.
TEKANAN DARAH BERUBAH-RUBAH
Kadar tekanan tidak sama sepanjang masa. Ia
sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doctor anda akan
memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar
tekanan darah anda yang sebenar.
· Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi
daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama,maka keadaan ini dikenali
sebagai Tekanan Darah Tinggi.
TEKANAN DARAH OPTIMA: 130/80 mmHg
Jika Tekanan Darah Optima (130/80
mmHg)
Anda perlu terus mengawal tekanan
darah anda dengan cara :
1. Memeriksa tekanan darah anda secara berkala
-2 kali setahun
jika kadarnya normal atau lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika
anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angina ahmar atau serangan
jantung.
· 2. Tidak merokok
-Nikotin dari
asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat.
Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam
lebih cepat.
· 3. Makan secara sihat, dengan mengurangkan
pengambilan garam dan lemak
-Garam
berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan
di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
-Lemak
berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya
tebal dan kejang.
·
4. Kekalkan berat badan unggul
· 5. Bersenam secara berkala
· 6. Elakkan pengambilan alcohol
TEKANAN DARAH TINGGI : Lebih daripada 130/85 mmHg.
Misalnya, jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar tekanan darah anda adalah
terlalu tinggi.
JIKA TEKANAN DARAH TINGGI
- Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
- Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doctor/ pegawai farmai
- Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda
Apa yang perlu KITA TAHU??
·
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak
menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah
tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat.
· Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda
menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda
secara berkala.
AKIBAT DARAH TINGGI
- Serangan jantung
- Angin ahmar
- Kegagalan jantung
- Kerosakan buah pinggang
TESTIMONI 1
MENGAMALKAN VIVIX DAN MEMBANTU STABILKAN BLOOD PRESSURE.
TESTIMONI 2:
DARAH TINGGI KEMBALI NORMAL SETELAH MENGAMALKAN DETOKS
IKHLAS PENUH CINTA
-LITTLE NAJMI HAYATI-
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan