Bismillah wal hamdulillah
Assalamualaikum semua.
Harinie ummi nak share sikit crita tentang Diabetes. Diabetes
atau kencing manis terjadi apabila pancreas tidak berupaya menghasilkan insulin
yang mencukupi bagi memproses gula kepada tenaga.
Entry kalinie ummi nak share
5 TIP mencegah diabetes
1. SARAPAN PAGI
-Penelitian
menunjukkan bahawa seseorang yang sering sarapan memiliki kadar gula darah yang
lebih rendah jika dibandingkan dengan orang-orang yang jarang sarapan. Justeru
kita digalakkan tidak melewatkan sarapan pagi.
2. MAKANAN SIHAT
-Elakkan
makanan yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah seperti nasi, roti dan
juga kentang. Kita digakkan mengambil makanan berasaskan gandumseperti oat mil,
bijirin dan roti penuh serat untuk mengawal kadar gula dalam darah.
3. AIR PUTIH
-Minum
segelas air yang menyegarkan dapat membantu gula dalam darah. Sebuah kajian
dalam jurnal Diabetes Care menemukan bahawa orang yang minum air putih sekitar
500ml atau kurang setiap hari, risikonya sekitar 30% memiliki kadar gula dalam
darah adalah tinggi.
4. JANGAN SIMPAN STOK MAKANAN MANIS DI RUMAH.
-Orang
dewasa juga kadang-kadang gemarkan makanan manis seperti kanak-kanak.Elakkan
daripada menyimpan makanan manis di rumah. Gantikan dengan buah-buahan ,
kekacang, kismis dan kurma sebagai kudapan.
5. AKTIF
-Jarang
melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh akan meningkatkan kadar gula
dalam darah. Sebaliknya, aktif bergerak mampu menurunkan kadar gula darah
sekaligus meningkatkan sensiviti insulin. Kajian menunjukkan seseorang yang
berjalan kaki setiap hari akan menurunkan risiko untuk terkena diabetes
sehingga 30%.
Ikhlas penuh Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan