28 November 2017

5 SEBAB ANAK TOLAK SUSU IBU

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua

Bagi ibu-ibu yang menyusu.. Pernah X bila smpai satu ketika, si kecil kita dah mula pandai utk tidak menyusu..pastu, kita yang gelabahnie mulala X keruan. Mulalah membuat andaian yang anak tidak sihat  atau X lalu nk mkan. Biasanya kita beranggapan anak kita tidak sihat atau hendak tumbuh gigi. 

Rupanya andaian kita kadang-kadang tersilap kerana si kecil kita mempunya i sebab mengapa mereka menolak direct breasfeeding. 


Antara sebab bayi anda menolak susu ibu adalah kerana : 

  • Bayi kenyang


Kemungkinan bayi baru sahaja menyusu datau masih belum berasa lapar. Memberi payudara pada si comel ketika mereka masih kenyang tidak menarik perhatiannya untuk menyusu.

  • Bayi pramatang


Susu ibu adalah sangat penting bagi membantu pertumbuhan system imuniti si comel serta perkembangan bayi pra matang. Akan tetapi mereka masih lemah dan tidak kuat untuk menghisap puting payudara ibu. Jangan berputus asa keran ibu yang mempunyai bayi pra matang atau kecil akan berasa stress dan tertekan kerana si comel mereka tidak pandai menyusu secara terus pada payudara.

  • Bayi sakit atau demam


Sekiranya si kecil demam, mereka akan kurang menyusu. Ini kerana ketidakselesaan pada bahagian tekak atau badan berasa lemah. Jangkitan di bahagian telinga juga akan mengakibatkan tekanan di bahagian dalam telinga. Bayi yang mengalami jangkitan kulat dengan tumbuhnya tompokan putih atau oral thrush di dalam mulut terutama di kawasan bibir, lelangit atau lidah.

  • Aliran susu terlalu laju


Pengaliran susu yang terlalu laju boleh saja membuatkan bayi tersedak atau terbatuk pada permulaan sesi menyusu. Ini menyebabkan si kecil melepaskan payudara ibu. Pengaliran susu yang terlalu laju membuatkannya terkejut, tersedak, muntah atau menangis. Kadangkala si comel akan mengetap bahagian putting ibu bagi melambatkan pengaliran susu.

  • Aliran susu terlalu perlahan



Aliran susu yang perlahan ketika menyusu atau diperah. Ada ibu yang mengalami keadaan payudara terasa penuh dan berat namun hanya sedikit sahaja susu yang hasil diperah. Aliran susu yang perlahan juga menyebabkan bayi geram dan akhirnya menangis lalu menolak. Ibu tertekan, sakit atau kepenatan, pengambilan kafein yang tinggi, merokok, alkhohol, pengambilan ubat tertentu atau saluran susu yang tersumbat boleh memperlahankan aliran susu akibat menurunnya produksi susu. 


Nota Cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya