19 November 2017

5 TABIAT YANG MENUAKAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...

Wanita dan penjagaan kecantikan memang biasa. Tetapi kadang-kadang bila rutin penjagaan kecantikan telah betul, tetapi kita masih kelihatan lebih tua daripada rakan seusia. Tahukah kita penjagaan kecantikan turut disumbangkan oleh tabiat pemakanan kita.

Sekiranya anda mempunyai salah satu tabiat yang dinyatakan ini, sila ubah agar anda tidak menjadi tua sebelum masanya. 



  • SUKA BERJAGA MALAM
"Beauty sleep" bukan sekadar cakap-cakap, tapi ianya memang perlu untuk         menjaga kecantikan. Orang yang kurang tidur akan mempunyai mata               sembap dan lingkaran hitam serta wajah yang pucat. ini membuatkan               anda kelihatan kurang sihat dan tidak menarik pada pandangan orang. 
  • JARANG MINUM AIR
Air amat penting untuk mengekalkan kelembapan dan membantu menghantar nutrien penting kepada kulit. Sel kulit dapat dipermudakan dengan lebih cepat. Sebaliknya kekurangan air akan menyebabkan kulit menjadi kering, tegang, mengelupas yang akan menjadikan kita kelihatan tua. Selain meminum air, anda juga boleh memakan makanan yang tinggi kandungan airnya seperti mentimun, tomato dan terung. 
  • SUKA MAKANAN MANIS
Kalau anda adalah orang yang 'mesti' memakan makanan manis selepas makan, anda sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut. Makanan yang tinggi gula bukan sahaja menyebabkan anda gemuk, malah menambahkan risiko diabetes dan masalah kulit seperti jerawat dan kedut.
  • BERSENAM HANYA BILA MAHU KURUS 
Senama secara tetap membantu mencegah penyakit berkaitan usia. Senaman harian dapat menurunkan paras kartisol dan meningkatkan hormon yang berguna seperti testosteron. Ia juga membantu mengawal tekanan darah tinggi, memperbaiki mood dan memastikan diri kuat dan fleksibel bila umur meningkat. 
  • MAKAN SECARA TERGESA-GESA ATAU MAKANAN SEGERA
Makanan segera mempunyai paras garam, lemak, dan kolestrol yang tinggi yang akan mempercepatkan proses penuaan dan menambahkan kecenderungan untuk gemuk. Elakkan makanan yang diproses dan makan makanan semula jadi.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.4322400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya