BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua. .alhamdulillah atas nikmat setahun yg penuh indah Allah kurniakan pada kita..esok bakal menginjak ke tahun baru penuh dengan harapan dan semangat baru..anak2 pun semua akan mula bersekolah esok. Ada yg bakal memulakan persekolahan pertama kali dan ada yang telah memasuki tahun ke 2,3, dan seterusnya.
Untuk mommy2 yang pertama kali hantar anak ke taska atau tadika,pastinya berdebar-debar nak melihat reaksi si anak esok.hehehhe.Entry sebelum nie ada ummi kongsikan tentang FAKTOR ANAK TIDAK MAHU KE TASKA DAN TADIKA dan harinie ummi nak share tentang cara pujuk anak untuk seronok ke taska dan tadika..Alhamdulillah pengalaman sendiri ketiga-tiga anak memang dihantar sepenuhnya ke taska dan tadika.
Actually, banyak sebb yang boleh menjadi punca yang menyebabkan anak tidak mahu ke taska dan tadika. Kita sebagai ibu bapa haruslah peka kepada masalah anak2. Antara tidakan yang boleh dilakukan ialah :
1. BERI PENDEDAHAN AWAL
Sebelum menghantar anak ke taska dan tadika buat pertama kali, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi gambaran awal dan mendedahkan anak-anak dengan situasi atau persekitaran bakal taska dan tadika yang mana mereka bakal di hantar. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sana seperri ramai kawan, guru yg baik serta tempat permainan.
2. LAWATAN KE TASKA ATAU TADIKA
Setelah memberi pendedahan awal, bawalah anak-anak ke taska dan tadika tersebut agar mereka tidak akan rasa asing di hari pertama. Kenalkan anak-anak kepada guru dan kawan-kawan agar merek Mudah mesra.
3. LATIHAN BANGUN AWAL
Kanak-kanak seawal umur 4-6 memang sukar bangun pagi. Pastikan sebulan sebelum bermulanya sesi persekolahan kita telah melatih mereka untuk tidur dan bangun awal. Pastikan anak bersiap awal supaya kita sendiri tidak kelam kabut melayan karenah mereka.
4. BELIKAN ALAT TULIS WATAK KARTUN KEGEMARAN
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk suspaya anak berminat pergi ke sekolah.
5. JANGAN AMBIL LAMBAT
Kanak-kanak tidak suka jika kita menganbil mereka lambat . Sila jauhi masalah ini kerana dikhuatiri kelewatan kita akan menjadi punca mogok mereka keesokan harinya.
6. JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK
Pastikan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh dan guru di taska dan tadika agar ia dapat menimbulkan keyakinan kepada anak dan mereka berasa selamat dan sepanjang di taska. Jika berkesempatan , berikan pujian untuk anak dihadapan pengasuh dan guru bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hatinya.
Nota Cinta :
Ummi Tasneeem.Kauthar. Ali
012. 432 2400
1 ulasan:
anak2 memang suka gi taska walaupun kadang2 amek lambat..hhee
Catat Ulasan