24 Disember 2017

NAK KURUS TETAPI SELALU LAPAR????



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Bagi kawan-kawan yang sedang cuba untuk berdiet, memang setiap masa akan berperang dengan rasa laparkan???hahhaa...nk mengawal nafsu makan tue bukanlah sesuatu yang mudahkan....

Rasa lapar tidak selalu disebabkan kerana kita belum makan. Kurang tidur, terlalu stress, gangguan hormon, emosi jiwa bahkan menonton TV juga dapat membuat kita lapar. Selain itu, ahli endokrin (hormonal) Dr. Belinda Lennerz menyatakan pilihan makanan kita juga mempengaruhi rasa lapar. 



Lennerz menjelaskan, makanan yang tinggi lemak, protein, dan serat membantu tubuh mencapai rasa kenyang selama beberapa jam sebelum waktu makan, tetapi makanan yang berasaskan karbohidrat sederhana seperti roti putih, nasi putih, makanan berasaskan kentang dan minuman manis menyababkan kita selalu ingin makan lagi kerana ia cepat diserap dan dicernakan.


CARA MENURUNKAN BERAT BADAN UNTUK MEREKA YANG SUKA MAKAN 

  • Makan menggunakan piring kecil
  • Pilih karbohidrat yang mengandungi banyak serat seperti beras merah atau gandum penuh (whole wheat)
  • Ganti makanan manis dengan lebih sihat
  • Minum dua gelas air sebelum makan
  • Ambil lebih protein
  • Bergerak dengan lebih aktif 
  • Dapatkan tidur yang cukup

5 BUAH RENDAH GULA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN



  • Keluarga beri ( strawberi, rasberry dan blackberry)
  • Tembikai
  • Avokado
  • Kiwi
  • Leman dan limau

70 % KELIHATAN LEBIH PENUH

  • Makan dengan pinggan yang bersaiz kecil membolehkan anda makan makanan yang digemari tetapi dengan saiz hidangan yang lebih sedikit.Penyelidikan Universiti Groningen mendedahkan pinggan yang 70% kelihatan penuh membuat kita merasa cukup makan. Padahal jika diletakkan ke pinggan normal, porsinya kelihatan lebih sedikit. 
Moga perkongsian ummi ini dapat membantu sahabat-sahabat yang sedang dan dalam perjalanan untuk berdiet..Yang penting istiqamah dan terus menjaga pemakanan anda. Pastikan pengambilan air mengikut kadar keperluan tubuh anda.


Jadual keperluan air mengikut berat badan

"Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air"


Kesimpulannya, pastikan niat asal kita adalah kurus untuk sihat...dan untuk menjalankan tugas2 kita sebagai hambanya. Amin. 

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya