BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua
Hari nie ummi nak share dengan kawan-kawan tentang masalah ketidaksuburan dikalangan suami dan isteri. Bila bercakap tentang tidak subur, ramai yang beranggapan hanya wanita yang biasanya tidak subur. Sedangkan masalah ketidaksuburan ini juga boleh berlaku pada suami atau orang lelaki. Untuk memastikannya, kedua-dua pihak haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan/kesuburan di hospital.
Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan
Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat
berbanding dengan wanita. Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi
semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita,” ujarnya.
Sebelum berusaha untuk merawat masalah ketidaksuburan, adalah lebih baik
untuk mengenali punca-punca ketidaksuburan terlebih dahulu
MASALAH KETIDAKSUBURAN
Ketidaksuburan sering dikaitkan
dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita,
ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel
telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga
sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi
pensenyawaan.
Manakala bagi lelaki pula,
ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung
sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika
masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.
MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN WANITA
1. Endometriosis
Tisu yang menyerupai endometrium
yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di
luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim,
usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding
rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini tumbuh di luar
rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak
dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi
gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita
rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan
beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan
kemandulan dan keguguran.
Saluran Fallopian adalah organ
penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan berenang
ke ovum wanita untuk tujuan
persenyawaan.
Kerosakan tiub Fallopian berlaku
apabila ianya tersumbat akibat jangkitan
kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.
3. Hormon dan haid
Ketidakseimbangan hormon adalah
berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.
Ketidakseimbangan hormon menyebabkan
gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan
wanita.
4. Fibroid
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang
berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan
pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami
haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia
boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser
5. Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome-PCOS)
Sindrom Ovari
Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku
ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid
dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia
20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak
saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Antara ciri utama PCOS
adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang
tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon
lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
Antara
tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea)
dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan
(hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit
menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male
baldness).
KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN LELAKI
KEKURANGAN SPERMA
Kurang sperma juga
dikenali sebagai oligospermia adalah salah satu masalah ketidaksuburan untuk
lelaki dimana cecair air mani suami ejakulasi mengandungi jumlah sperma yang
kurang daripada biasa. Ia akan mengurangkan peluang persenyawaan dan
kehamilan. Jumlah sperma dianggap rendah daripada biasa jika suami mempunyai
kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani. Walaubagaimanapun,
ramai lelaki yang mempunyai masalah sperma masih berjaya menjadi ayah.
PUNCA KEKURANGAN SPERMA
Antara punca kekurangan sperma ialah seperti
- Lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua
- Kegunaan alkohol, rokok dan dan dadah.
- Terdapat unsur genetik yang tidak normal.
- Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan.
- Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat.
- Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan.
- Ketidakseimbangan hormon.
- Memakai seluar yang terlalu ketat
- Mempunyai vasektomi sebelum itu.
- Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
- Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik.
- Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser.
- Mengambil ubat-ubatan tertentu.
- Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras
CARA MENGATASI
Tingkatkan imuniti :
- Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
- Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesiti. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh piramid makanan
- Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
- Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
- Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan