BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Rahim Jatuh??
Rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang
menyokong organ pelvis seperti Rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Wanita
khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim
jatuh. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita
yang sudah menopous. Semakin meningkat usia maka semakin berisiko untuk rahim jatuh.
Keadaan Rahim jatuh ini mempunyai empat tahap iaitu:
Pertama :
Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu
kira-kira 1 cm dari dalam pangkal rahim
Kedua :
Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1 cm daripada
pangkal rahim
Ketiga :
Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang
vagina
Keempat :
Rahim terkeluar dari vagina dan tidak boleh masuk
semula
PUNCA RAHIM JATUH
Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa factor yang berkaitan dengan
kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan
belum menopous, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti.
- Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forceps dan vakum
- Ibu yang melahirkan bayi besar (berat melebihi 3.5 kg ke atas) atau kelahiran kembar
- Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10 cm.
- Wanita yang mempunyai ramai anak
- Ibu yang mengalami obesiti
- Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan kea rah pelvis
- Ibu yang mengalami batuk berpanjangan
- Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok
- Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi menyebabkan batuk yang berpanjangan
- Sembelit yang berpanjangan
- Kerap mengangkat objek yang berat walaupun dalam postur badan yang betul
TANDA-TANDA RAHIM JATUH
Wanita harus peka akan tanda-tanda ini. Keadaan Rahim yang
semakin menurun akan ditandai pelbagai symptom antaranya :
- Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen
- Kencing tidak lawas
- Mudah terkencing semasa batuk atau bersin
- Sakit belakang atau pinggang (lower back pain)
- Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung
- Mengalami keputihan yang banyak
- Pendarahan yang disebabkan ulser pada rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan